-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, September 24, 2014

Mr. Selfish, Mrs. Selfie [ 1, 2, 3, 4, 5 & 6 ]




1


WAKTU pagi sememangnya waktu yang sibuk buat semua orang yang bekerja kecuali pada hari minggu. Jam menunjukkan hampir ke pukul 8.30 pagi. Syazana yang sudah bersiap-sedia untuk ke tempat kerja kini memakai kasut pula. Jam di pergelangan tangannya dibelek seketika. Semerta otaknya teringatkan sesuatu. Matanya meliar ke sekeliling sudut rumah sewa itu. Hana! Ya Allah, minah ni belum bangun ke? Dia lupa ke hari ni hari Isnin? Adoiii! Syazana membuka kembali kasutnya. Dengan pantas dia menuju ke bilik teman serumahnya. Pintu bilik diketuk bertalu-talu.
“Hana! Woiiii! Dah lewat ni! Kau tak nak pergi kerja ke?!” pekik Syazana sekuat hatinya. Bibirnya dikemam-kemam apabila tiada sahutan daripada Hana. Geram.
Tangannya mengetuk pintu lagi. Nak kena betul si Hana ni! Tangan aku pun dah sakit ketuk pintu bilik dia! “Woii!! Hana! Kau tak kerja ke? Ya Allah.. Aku dah penat la. Aku pergi dululah kalau macam ni!”
Pintu bilik Hana terbuka dengan tiba-tiba. Ya Allah! Syazana mengucap dan beristighfar berkali-kali. Rasa tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Wajah Hana yang terpampang sedang tersengih itu membuatkan Syazana rasa mahu mencekik-cekik leher Hana. Mana tidaknya, rupanya Hana sudah siap berpakaian kerja dan menggalas beg sandang. Tapi, sempat ber’selfie’! Siap dengan monopod lagi tu untuk selfie!
“Zana, sini kejap! Sebelum pergi kerja, jomlah kita selfie dulu..” panggil Hana dengan muka excited tak ingat dunia.
Syazana menolak bahu Hana. “Selfie kepala hotak kau! Cubalah kau tengok jam kat dinding tuuu! Dah pukul berapa? Kau kerja pun masuk pukul 9 kan? Kau dah gila ke, Hana? Apa nak jadilah dengan kau ni. Kuat betul dengan selfie kau tu!” leter Syazana panjang-panjang.
Hana mencemik. Mulutnya berkumat-kamit mengajuk leteran Syazana. “Alah, baru 8.45 pagi. Bos aku tu baik.. aku selalu lewat 5 – 10 minit tapi dia takde pulak membebel macam kau ni.”
“Memanglah dia tak membebel. Kalau tiba-tiba kau dapat surat berhenti kerja, macam mana? Kau jangan ingat orang tu diam je, dia takde fikir apa-apa. Orang yang pendiam lebih bahaya dari orang yang banyak mulut, kau tau tak? Kena pulak yang jenis makan dalam dan simpan dalam hati. Bila dah meletup, habislah kau!”
“Yelah, yelah... daripada kau membebel ni, jomlah kita pergi kerja. Nanti lewat pulak!” Hana malas hendak mendengar leteran Syazana. Tangan gadis itu ditarik cepat-cepat lalu dibawa ke muka pintu.
“Kau ni bila aku beri nasihat, mula la kau nak larikan diri..” kata Syazana geram.
“Alah, aku tahulah. Besok lepas subuh, aku terus pergi kerja. Okey?” Hana tersengih dan mengangkat kameranya. Menyempat lagi tu ber’selfie’ dalam masa yang sama sedang bercakap dengan Syazana.
Syazana tergeleng-geleng. Nak tergelak pun ada melihat gelagat Hana yang kelakar. Hanya sebuah senyuman kecil dihadiahkan buat Hana. “Iyelah tu nak pergi kerja lepas subuh. Hahaha!”
Syazana memakai kasut lalu melambai pada Hana yang sedang menyimpan monopod ke dalam beg sandangnya. “Ewahh, perli nampak?!”
Syazana menjungkit bahu seraya menghidupkan enjin keretanya. Proton Persona SE milik Syazana meluncur keluar dari garaj kereta rumah mereka. Hana mencemik. Dia masuk ke dalam keretanya. Walaupun keretanya hanyalah kereta Perodua Kancil, Hana sangat sayangkan keretanya itu. Sampai dah crowded setiap sudut keretanya itu dihias dengan teddy bear kecil dan perhiasan lainnya. Pink color gitu.
Dengan wajah yang kembali excited, dia membetulkan sedikit rambutnya dan sempat ber’selfie’ sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerjanya. Itulah hobi Hana semenjak sudah mempunyai telefon pintar sendiri yang dibeli dengan mengorbankan sebulan gajinya. Sampaikan Hana terpaksa berpuasa dan hanya memakan mi segera untuk merealisasikan impiannya memiliki Samsung Galaxy S5 yang terbaru itu.


DATIN Salmi mengerling kelibat Hana yang baru masuk ke dalam pejabat. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.05 pagi. Lewat lagi pekerjanya itu masuk kerja! Bulan ini sahaja sudah 5 kali Hana datang lewat. Datin Salmi menggumamkan bibirnya kerana geram. Tak boleh dibiarkan lagi si Hana ni! Dah buat macam office ni bapak dia yang punya pula.
“Hana..” tegur Datin Salmi yang sudah tercegat di sebelah meja kerja Hana.
Hana tersentak. Dia masih tidak berani untuk mendongak.
“Syarifah Nur Hanani binti Ahmad,” panggil Datin Salmi beserta nama penuh Hana.
Hana menelan liur. Dengan perlahan wajahnya diangkat. Sebuah senyum kambing dipamerkan. Hatinya begitu cuak melihat wajah serius majikannya itu. Haih, takkanlah apa yang Syazana cakap pagi tadi nak jadi kenyataan kut? Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini... Semoga bos aku tak marah aku sampai kena buang kerja.. amin.. wajah Datin Salmi ditiup-tiupnya sedikit dengan doa tadi.
“Ya, datin...” sahut Hana teragak-agak.
“Awak tahu apa kesalahan awak?” duga Datin Salmi.
Hana menggigit bibir bawahnya dan menunduk. “Tahu, datin... datang lambat,” jawab Hana perlahan.
“Ikut saya ke bilik saya kejap,” ujar Datin Salmi tegas. Dia berlalu bersama Hana ke dalam bilik pejabatnya.
Hampir 30 minit Hana di dalam bilik Datin Salmi. Sama seperti yang Syazana katakan awal tadi, Hana telah dimarahi secukupnya kerana selalu datang kerja lambat. Rupanya Datin Salmi yang nampak lemah-lembut dan pendiam pun pandai mengamuk juga. Belum sampai setahun dia mengenali Datin Salmi kerana dia baru bekerja di pejabat itu selama 6 bulan. Mujurlah Datin Salmi masih memberikan Hana peluang untuk mengubah sikap datang lambatnya itu.
Hana keluar dari bilik Datin Salmi dengan keluhan dan wajah sugul. Hairie yang berjiran di sebelah meja kerjanya mengangkat kening tanda ingin tahu apa yang dibualkan oleh Hana dan Datin Salmi. Hana buat tidak tahu kerana malas hendak melayan Hairie yang memang suka menyakatnya itu. Kalaulah Hairie tahu, habislah dia kena bahan nanti. Hana duduk di meja kerjanya, menyambung tugasan kelmarin yang terbengkalai.
“Amboi, sejak bila kau tak faham bahasa isyarat yang simple macam tadi? Aku tanya kau, apa dah jadi? Kau borak apa dengan Datin Salmi tu?” Hairie memulakan bicara namun Hana masih berpura-pura sibuk membuat kerja.
“Kau tak payah nak buat rajin sangatlah. Kau jawablah pertanyaan aku dulu, baru buat kerja kau..”
Hana menjeling Hairie. “Amboi-amboi. Sibuk aje kau ni. Datin panggil aku tadi tu, adalah hal yang kami bincangkan. Hal penting tau! Kau mana tau..”
“Kau kena marah, kan? Sebab selalu datang kerja lambat. Aku tahulah, saja je aku nak tanya kau! Hahahaha!” sembur Hairie dengan ketawa geli hati.
Terasa menyirap darah Hana mendengar kata-kata Hairie itu. Dah tahu tapi sengaja nak bertanya? Dia sengaja cari pasal lagilah tu! Hana mencubit lengan Hairie dengan sekuat hatinya. Dipulas-pulas pula cubitan di lengan Hairie sehingga lelaki itu menyeringai kepedihan lalu dilepaskan.
“Aku gurau aje laa.. Kau ni apahal garang sangat macam singa? Harap muka je lawa dan nampak lemah-lembut. Padahal, perangai dah macam jantan!”
“Haa.. kau tahu takut! Selama ni pun dah selalu kena cubit dengan sepak terajang dengan aku, kau tak serik ke? Tahu nak menyakat aku aje kau ni!” bebel Hana dengan wajah bengang. Fail yang terdampar di mejanya diambil dan diselak-selak. Berura-ura mahu memulakan kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.
Hairie mengusap lengannya yang merah dan kepedihan. Sesekali dia mencuri jeling wajah ayu jelita di sebelahnya itu. Rambut Hana yang ikal separas bahu itu direnung lama, turun pula ke leher jinjang Hana. Gulp! Terasa tertelan air liur pula. Hairie terus merenung alis mata Hana yang sedang tekun meneliti ke dalam fail yang dipegangnya. Bibir yang kemerahan milik Hana pula dijamah matanya. Amat mempersonakan sekali. Bertuahlah sesiapa yang memiliki gadis itu kelak.
Hana perasan Hairie masih mendiamkan diri selepas kena cubit tadi. Terus kepalanya dipusing ke arah kanan, memandang Hairie yang sedang mengelamun tak sudah. “Woii! Kau tengok apa lagi? Kau buat kerja kau tu!”
Hairie tersentak dari lamunannya. Dia tersengih panjang memerhati wajah cemberut Hana di sebelahnya. “Kau ni kalau marah, lagi nampak lawa..” bisik Hairie perlahan.
Hana bagai terdengar Hairie berkata sesuatu.
“Apa??!” dahinya dikerutkan selaras dengan pertanyaan yang terbit.
“Eh, mana ada aku cakap apa-apa pun? Kau ni laa... berangan! Dah, pergi buat kerja kau tu...” ujar Hairie cepat-cepat. Ingin menutup bicara Hana.
Hana mencebik. Kepalanya dipusing kembali ke hadapan. Matanya dicerunkan ke arah fail tadi. Malas hendak mempedulikan Hairie lagi. Sebenarnya Hana tahu lelaki itu ada menyimpan perasaan terhadapnya. Bukannya dia tidak perasan yang Hairie selalu mengelamun sambil merenungnya. Cuma dia tidak betah mahu melayan blues dan jiwang-jiwang ni. Hana seorang yang ceria dan suka berkawan.
Hana juga jenis yang tidak kisah pandangan orang terhadap dirinya asalkan Hana tahu dia tidak melakukan perkara yang salah. Kalau setakat orang nak mengata dia gila selfie atau tak tahu malu asyik bergambar sana-sini, Hana tak hairan langsung! Biarlah mulut mereka nak mengata, bukan boleh tutup pun mulut manusia ni. Asalkan Hana tak melakukan jenayah atau perbuatan yang tidak elok.


SEORANG pemuda tegap dan segak bergaya turun dari sebuah kereta BMW 3 Series terbaru Gran Turismo. Matanya melilau ke sekeliling kawasan ruang letak kereta di situ. Hatinya terasa panas membara melihat tiada satu pun petak kosong untuk memarkirkan keretanya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan tidak berlengah lagi, dia melarikan jemarinya ke atas skrin Iphone 5S miliknya itu, menjawab panggilan dari si pemanggil.
“Ya, Shakir?”
“Wei, Fir.. Eh, Yang Berbahagia Encik Firdaus Irham. YB kat mana? Dah penat saya menunggu ni, haa.. Susah betul nak keluar dengan YB yang busy ni..” suara Shakir di hujung talian kedengaran tegang beserta sindiran. Mana tidaknya, Firdaus sudah satu jam lambat.
“YB? Apa kau merepek ni? Ala, kau sabarlah kejap. Aku tengah cari parking ni. Bengang betul dari tadi aku pusing dah dekat satu jam belum dapat parking yang sesuai..” gerutu Firdaus geram. Memang dari tadi dia mencari dan mencari parking yang dekat dengan pintu masuk kompleks membeli belah itu tetapi tidak jumpa-jumpa.
Shakir menepuk dahi. “Parking yang sesuai? Maksud kau? Takkanlah satu pun takde parking dalam masa kau mencari parking tu? Come on laa.. Setahu aku, parking lot sampai 5 tingkat!”
“Yelah, ada tu memanglah ada yang kosong..”
“Habis tu? Apa masalahnya? Parking aje laaaa..” geramnya Shakir mendengar penjelasan Firdaus.
“Aku nak parking yang dekat dengan pintu masuk. Kau pun tahu yang kereta aku ni mahal. Kalau kena pecah karang, siapa nak jawab? Lagipun, aku malas nak berjalan jauh atau mengingat tempat aku letak kereta kat mana. You know me..” tiada langsung raut bersalah yang terpamer di wajah Firdaus ketika itu. Langsung tidak memikirkan perasaan Shakir yang menunggu lama.
“Astaghfirullahal’azim...” berkumat-kamit mulut Shakir beristighfar. Dahi ditepuk berkali-kali. Kepala digeleng-geleng. Tidak menyangka yang Firdaus sampai begitu sekali mencari tempat parkir kereta. Inilah pertama kali dia mengajak Firdaus menemaninya ke kompleks membeli-belah itu.
Dia teringin benar menonton sebuah filem Hollywood yang hanya ditayangkan di pawagam situ. Dan sudah semestinya tayangan perdanalah yang mahu ditonton oleh Shakir. Tiket VVIP sudah dibeli oleh Firdaus. Shakir tidak terkejut pun jika Firdaus sampai membeli tiket VVIP kerana Firdaus memang seorang yang berduit pun. Yang Shakir terkejut sekarang ini, kes parking pun kena cari parking yang sesuai? Aduh, macam nilah agaknya kalau dah ajak orang berstatus tinggi keluar ke tempat awam sebegini.
“Eh, okeylah. Biar aku pusing satu round lagi. Kejap lagi ada kut parking yang sesuai tu.. See you later,” cepat-cepat Firdaus mematikan talian. Dia masuk semula ke dalam keretanya lalu mula memulas stereng untuk mencari tempat meletak kereta.


SHAKIR menilik jam tangannya. Dah 10 minit berlalu sejak talian telefon dimatikan oleh Firdaus. Dari kejauhan, Shakir nampak batang tubuh Firdaus yang sedang menghampirinya sambil melambai. Shakir menarik nafas lega kerana hanya lagi lima minit tayangan perdana itu akan bermula. Nasib baik tak terlepas opening cerita tu. Gumam Shakir di dalam hati.
“Hah, dah jumpa parking kau?” sindir Shakir. Wajah cemberutnya membuatkan Firdaus ketawa.
“Hei.. Kau jangan emo macam perempuan, boleh? Aku dah jumpa tadi. Kebetulan dekat giler dengan pintu masuk. Aku rasa tempat tu memang khas untuk aku kut,” Firdaus menjawab selamba.
Shakir mengepal penumbuknya dan ditayang ke wajah Firdaus. “Ni, kau nampak tak apa ni? Sekali aku bagi sebiji, lebam biji mata kau, tau? Mana aku tak emo, kau tu lembab sangat. Nasib baik tak terlepas time tayangan tu tau! Ha, kat mana parking yang kau jumpa tu?”
“Betul-betul kat depan pintu masuk. Kalau tak silap aku, parking tu reserve untuk pengurus besar shopping complex ni..”
Shakir terkedu seketika. Matanya membuntang. Tidak percaya dengan kata-kata Firdaus tadi. “Kau biar betul?!”
“Apasal? Kau nampak muka aku ni macam muka orang tengah joking ke?” Firdaus membetul-betulkan rambutnya sambil melipat cermin mata hitam lalu dimasukkan ke dalam poket baju kemeja berjenamanya. Gayanya seperti tidak mempedulikan Shakir yang terkejut. Apa yang nak dipelikkan? Biasalah tu, kereta mewah kenalah ada tempat khas untuk diletakkan.
Shakir menepuk dahi. Biarkan ajelah.. kalau kena saman ke, kompaun ke, duit dia.. bukan duit aku. Shakir melihat jam tangannya. Seminit lagi tayangan hendak bermula. “Okeylah.. jomlah kita masuk. Tayangan dah nak mula. Apa-apa hal, kau tanggunglah pasal kereta kau tu. Aku tak nak tanggungjawab. Okey, bro?”
Firdaus tersenyum dan mengangkat ibu jarinya. Shakir hanya menggeleng-geleng. Dahinya diusap berkali-kali tanda masih tidak percaya dengan tindakan Firdaus tadi. Memang betul-betul selfish si Firdaus ni. Dari dulu sampai sekarang, suka buat ikut suka hati dia aje. Tak kiralah perkara itu akan menyusahkan orang lain atau tidak. Tapi selalunya, memang segala tindakan Firdaus selalu menyusahkan orang lain. Memang Firdaus layak kalau digelar orang, Mr. Selfish.


2


HANA tergesa-gesa keluar dari ruang pejabat untuk ke tandas. Rasa sudah tidak dapat menahan lagi sakit perutnya itu. Tersalah makan ke tengah hari tadi agaknya? Hana tidak dapat menjawab persoalan di dalam benaknya itu kerana fikirannya lebih ke arah ingin segera sampai ke tandas. Memang terasa memulas perutnya ketika ini. Memulas tahap tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Hana segera masuk ke tandas apabila sudah sampai di hadapan pintu tandas. Hampir 15 minit Hana berada di dalam tandas. Membuang segala yang patut dibuang. Terasa lemah tubuh badannya selepas keluar dari tandas. Lututnya bagai sudah tidak boleh menahan beban berat badannya. Hana memegang perutnya yang masih memulas. Sekali lagi dia masuk ke dalam tandas. Kali ini 10 minit pula dia di dalam. Tidak cukup dengan cirit-birit, dia turut muntah-muntah. Sah ni! Aku keracunan makanan! Hana sempat berfikir sendiri ketika sudah tersangat lemah untuk bergerak.
Kena update gambar aku tengah sakit dalam Instagram ni. Selfie dululah.. Hana mengambil gambar di hadapan tandas dengan wajah yang pucat lesi. Selesai selfie, dia terus memuat naik gambarnya ke dalam Instagram dan turut dikongsikan ke akaun Facebook serta Twitternya. Nak terpengsan dah dia ketika itu kerana terlalu lemah hendak berjalan. Hana sedar tubuhnya melayang mahu rebah ke lantai..
Tangan sasa seseorang pantas menyambut tubuh Hana dan menahan gadis itu dari rebah ke lantai. Hana membuka matanya yang hampir tertutup. Laa, Hairie?! Bila masa dia ada dekat sini? Hana cuba untuk berdiri tegak dan cuba meleraikan pegangan Hairie di bahunya. Usahanya tidak berjaya kerana pautan Hairie terlalu kemas dan dia juga sudah kehilangan tenaga.
“Hana! Kau ni.. dalam sakit-sakit pun kau nak berselfie. Pelik betul kau ni. Siap update dalam Instagram dengan Facebook lagi. Twitter pun kau update. Kau ni memang sah dah gila!” marah Hairie. Dia sungguh risau melihat keadaan Hana yang lembik itu.
“Aku.. aku rasa, aku keracunan makanan. Kau sejak bila ada kat sini? Mana kau tahu yang aku sakit?” suara Hana lemah.
“Aku nampak kau keluar masuk tandas tadi dan aku tunggu sampai kau selesai. Aku tengok, dah lembik-lembik keluar tandas pun kau sempat selfie. Ini yang aku nak marah ni. Geram aku dengan kau ni!” jawab Hairie keras. Dia mengemaskan lagi pautan di bahu Hana. Dipapah tubuh Hana ke kerusi berdekatan dan Hana didudukkan.
“Ohh.. alaa, biasalah tu. Dunia moden sekarang ni kan dah canggih dengan kemajuan teknologi. Mana la tau lepas aku update tu nanti ramai yang like dan komen. Nanti prihatin la sikit kawan-kawan aku dalam laman sosial tu dengan aku. Entah-entah, ramai yang datang melawat aku nanti..” Hana memberikan alasan.
“Sudahlah merepek tu. Jom, aku bawakan ke klinik..”
“Takpe ke? Datin Salmi tak marah ke? Kau kan pekerja contoh dalam pejabat kita...” sempat lagi Hana menyindir Hairie.
Hairie mengeluh. Banyak cakap pula si Hana ni. “Aku bagitau la nanti dekat dia. Apa susah? Ini kan kes emergency. Biasa la ni..”
Hana tergelak kecil walaupun lemah. “Baik pulak kau. Selalunya kau kan suka menyakat aku aje...”
Hairie terdiam. Jari telunjuknya kini terlekat di bibir Hana. “Sekali-sekala aku baik dengan kau. Dah, kau diam boleh? Jom, aku bawak ke klinik. Dah teruk aku tengok kau..”
Di dalam hati Hairie, perasaannya terhimpit. Antara rasa risau dan rasa kasih yang berbunga-bunga buat Hana. Hendak diluahkan, Hairie terasa malu. Kerana memendam perasaan inilah yang membuatkan Hairie selalu tidur tidak lena pada waktu malam. Kadang-kadang bahagia, kadang-kadang terasa terseksa dengan perasaan sendiri. Hairie buntu.


SYAZANA tertawa mendengar cerita Hana. Amboi, aku tengah sakit macam ni dia boleh ketawa? Nak aje Hana melesing kepala Syazana ketika itu. Geramnya tidak terkata. Semerta sebuah cubitan kecil hinggap di peha Syazana. Gadis itu menyeringai kepedihan.
“Kau ni memang sampai hati betul. Sampai hati kau ketawa bila aku cerita yang aku sakit?” Hana menjegilkan mata pada Syazana.
Syazana masih berbaki ketawanya walaupun kepedihan dicubit Hana. “Mana tak gelak.. cerita kau memanglah agak menyedihkan. Tapi ada part yang lucu. Kau aje yang tak sedar yang cerita kau tadi tu ada yang lucunya...”
“Apa yang kelakarnya? Apa?” terjah Hana.
“Cuba kau bayangkan.. kau tengah sakit-sakit nak berak dan ulang masuk tandas tu.. disaksikan oleh seorang lelaki yang handsome dan macho macam Hairie tu. Lepas tu, kau buat lawak pulak pergi selfie depan tandas tu? Jatuh saham kau, wei!”
“Ahh! Ada aku kisah? Setakat si Hairie tu... malas aku nak layanlah!” Hana memusing-musingkan bebola matanya tanda malas hendak melayan jika Syazana masih ingin memuji-muji si Hairie.
“Hei, kau buta ke? Dia tu sayang dekat kau, tau tak? Semua orang boleh teka layanan seorang kawan biasa dengan layanan seorang lelaki yang ada hati dengan seorang perempuan. Atau kau saja nak jual mahal? Rugilah kau kalau kau buat tak nampak si Hairie tu. Kalau akulah, aku dah lama couple dengan dia..” Syazana mengunyah keropok lekor yang baru dimasukkan ke dalam mulut.
Siaran televisyen di hadapan mereka yang menayangkan sebuah drama melayu di TV3 bertajuk ‘Rindu Awak 200%’ ditatap kosong. Dia masih menanti reaksi Hana selepas mendengar kata-katanya tadi. Lama Hana terdiam membuatkan Syazana menoleh ke arah gadis kecil molek itu. Ya Tuhan... dia boleh selfie dengan keropok lekor. Syazana menepuk dahi dan menggeleng-geleng.
“Woi! Bagilah reaksi sikit lepas aku bercakap. Kau ni...” protes Syazana geram. Ditolak bahu Hana dengan kasar. Hampir terjatuh Samsung Galaxy S5 milik Hana. Badan gadis itu hampir tumbang ke sebelah kiri sofa panjang yang diduduki mereka.
“Hei, kalau nak bercakap pasal si Hairie tu baik tak payahlah. He is not my type. Dia bukan termasuk dalam ciri-ciri lelaki yang aku suka..”
“Habis tu, lelaki macam mana lagi yang kau suka? Kira okeylah si Hairie tu. Handsome and caring. Baik hati pun ada aku tengok..”
“Baik hati? Tang mana tu cek oii? Selalu buli aku adalah! Baik ke tu? Naya weh, naya..” saja Hana mengeluarkan loghat utara yang tak berapa nak jadi.
Syazana tergelak geli hati mendengar loghat utara Hana itu. Dah macam apa lagi. Syazana orang Kedah, jadi dia tahu bagaimana menyebut sesuatu perkataan loghat utara dengan betul. Dan memang gaya sebutan Hana tadi tidak terlalu tepat.
“Tolonglah jangan cakap utara. Kelakar, kau tau tak?” Syazana ketawa kuat.
Hana berkerut dahi. “Amboi, dia punya gelak besaq no! Sakan!”
Syazana memukul bahu Hana sambil ketawa. Memang kelakar bila dengar orang bandar sebut loghat utara ni. “Dahlah, kau tak payah cakap utara lagi! Karang tak tidur kau malam ni sebab aku gelak kuat-kuat sampai pagi..”
“Yelah, aku cuma nak cakap yang si Hairie tu not my taste laa.. aku tahu dia suka kat aku. Tapi aku saja buat-buat tak faham,” terang Hana sambil menggigit keropok lekor yang sedikit liat. Puas ditarik-tarik dengan giginya lalu dikunyah perlahan.
“Dah tu, kau suka lelaki yang macam mana?” duga Syazana. Rasa berminat pula dia hendak mengetahui ciri-ciri lelaki idaman si gadis manis itu.
“Aku suka lelaki muda yang berjaya dan kaya-raya. Yang berharta, yang berduit, yang boleh belikan aku macam-macam benda yang aku nak! Hahaha!” jawab Hana sambil tertawa. Macam tengah bergurau sahaja gayanya.
“Kau bergurau ke apa ni? Aku seriuslah!”
Hana memicit pipi Syazana lembut. “Betullah! Aku tak bergurau..”
Syazana terbeliak. Dipicit balik pipi Hana yang sedikit tembam itu. Pipi yang comel kemerah-merahan itu bertambah merah kesan dari cubitan kecil Syazana. Hana menepis tangan Syazana. “Adoi! Aku picit pipi kau lembut-lembut je. Apasal kau cubit pipi aku kuat-kuat ni? Pedihnyaaaa!”
“Masalahnya sekarang, kau ada calon ke? Silap-silap, jadi andartu kau tunggu lelaki macam tu! Satu dalam sejuta, weh! Eh, tapi tak sangka kau ni mata duitan jugak, kan?”
“Hei, dunia sekarang ni semua pakai duit. Arwah mak aku pun pesan suruh aku cari lelaki kaya, tau! Dia nak tengok anak dia hidup senang-lenang.. calon tu takde lagilah. Tapi aku akan berusaha mencari calon seperti yang aku describe tadi!” dengan yakin Hana bersuara.
“Kesian Hairie... kau tak nak try ke dengan dia? Bagi aku laa.. Hairie memang ada ciri-ciri jejaka idaman semua gadis. Manalah tahu, dah cuba nanti kau terus sayangkan dia sangat-sangat dan terus ajak kahwin,” Syazana melangut memandang siling, seperti berangan-angan. Matanya bersinar selepas berkata-kata.
“What? Kahwin? No, no, no! Dengan Hairie memang taklah. Tapi kalau aku dah jumpa lelaki kaya, barulah aku akan ajak dia kahwin terus!” Hana pula yang seakan berangan-angan.
Syazana menolak bahu Hana yang kelihatan berkhayal. Lamunan Hana terbang entah kemana. Bibirnya digumam, geram. Suka hati saja Syazana mahu menolaknya begitu. Nasib aku tak ada heart attack. Kalau tak, dah arwah aku dibuatnya.
“Kalau kau berkenan sangat dekat si Hairie tu, apa kata kau yang pergi mengayat dia? Aku support kau 200%! Hee..” Hana tersengih dengan lebar melihat riak wajah Syazana yang mula berubah.
Pipi Syazana mulai merona merah. Memanglah dia berkenan sangat dengan Hairie. Tapi, masalahnya sekarang ni Hairie tu sukakan Hana. Takkanlah dia hendak terhegeh-hegeh pulak kut? Memalukan aje..
“Kau jangan nak merepek. Nanti buat malu muka aku aje tau.. sebab si Hairie tu suka kat kau. Bukan aku.. kau faham? Aku ni bukan jenis perempuan terhegeh-hegeh nak dapatkan lelaki walaupun aku suka giler kat lelaki tu. Tau?!” getus Syazana dengan muka geram. Mahu tak geram melihat wajah Hana yang jelas-jelas sedang mengusiknya.
Hana ketawa terbahak-bahak. Dengan cepat, dia berselfie berlatar belakangkan wajah Syazana yang tengah geram itu. Lagi bertambah geram Syazana dibuat Hana.
“Hana! Kau baik delete gambar tadi! Aku geletek kau sampai pagi kalau kau tak delete!” jari telunjuk Syazana melurus ke arah Hana yang masih tertawa.
“But what to do? Aku dah upload dalam Instagram.. linked to Facebook and also Twitter!”
“Delete! Please la delete woi!” Syazana merebut Samsung Galaxy S5 dari tangan Hana. Dia memeriksa Instagram Hana. Rupanya Hana hanya bergurau. Dia belum memuat naik gambar tadi rupanya.
Hana masih belum berhenti ketawa. Seronok melihat wajah masam Syazana dan rungutan teman serumahnya itu. “Kau ni pun.. agak-agaklah. Takkan aku nak upload gambar muka kau sememeh macam tu? Hahaha!”
“Nasib baik. Kalau tak, terimalah hukuman geletek sampai pecah perut kau ketawa!” geramnya Syazana ketika itu. Diserahkan kembali Samsung Galaxy S5 ke tangan Hana setelah memadamkan gambar tadi. Bukan boleh percaya sangat si Hana yang gila selfie tu. Karang datang gila dia, tidak mustahil dia betul-betul akan memuat naik gambar itu.
Tawa Hana semakin mereda. Dipandang wajah Syazana yang masih mencuka. “Ala, kau ni. Itu pun nak merajuk. Senyumlah sikit.. kita hidup sama-sama sebumbung ni kenalah ada usik-usikan dan gelak tawa. Kalau tak, tak happening la!”
“Amboi kau. Pandai betul kau berkata-kata. Time aku, kau boleh pulak cakap macam tu. Kalau time kau yang kena usik dengan aku, samalah jugak kau mesti buat muka seposen jugak kan!” potong Syazana bernas, memulangkan paku buah keras.
Hana menjungkit bahu. “Well, that’s life! Hahaha!”
Pecah ketawa Hana dan juga Syazana. Sememangnya pada setiap malam, suara gelak tawa mereka akan sentiasa memenuhi ruang dalam rumah sewa mereka itu. Sehari tidak berborak antara mereka, memang tidak sah! Tak kiralah tentang apa pun, mesti mereka akan berborak panjang pada setiap malam.


FIRDAUS termenung kebosanan. Jika berada di rumah banglo empat tingkat milik arwah ibu dan abahnya itu, Firdaus tentu terasa sunyi dan keseorangan. Sejak ibu dan abahnya meninggal dunia serentak dalam sebuah kemalangan jalan raya 15 tahun lepas, dalam sekelip mata Firdaus bergelar anak yatim piatu. Harta peninggalan arwah abahnya sebanyak berbilion-bilion ringgit semuanya menjadi milik Firdaus mutlak seorang diri kerana dia adalah anak tunggal.
Syarikat milikan abahnya pula diserahkan di bawah jagaan Pak Usu Firdaus yang sangat setia dan jujur. Firdaus bersyukur mempunyai bapa saudara yang baik hati serta penyayang seperti Pak Usunya. Sedikit pun Firdaus tidak merasakan kehilangan kasih sayang seorang bapa. Pak Usunya juga tidak mempunyai keluarga sendiri. Sekian lama Pak Usunya itu membujang kerana terlalu sibuk dengan kerja di syarikat. Sejak dari menjadi orang kanan arwah abahnya, sehinggalah menjadi pengarah urusan syarikat.
Firdaus sudah 25 tahun sekarang dan dia tidak berminat langsung untuk menguruskan syarikat abahnya itu. Walau berkali-kali Pak Usunya memujuk, Firdaus tetap dengan keputusannya tidak mahu mengambil tahu walau sedikit pun hal mengenai syarikat. Dan Firdaus bercadang ingin menyerahkan milikan syarikat itu sepenuhnya kepada Pak Usunya memandangkan selama ini Pak Usunya lah yang sentiasa bertungkus-lumus memajukan syarikat itu sehingga syarikat itu mampu berdiri gah di Malaysia sebagai salah sebuah syarikat paling terkemuka serta disegani.
Helaan nafas yang berat dilepaskan oleh Firdaus setelah lamunannya terhenti. Wajah arwah ibu dan abahnya terbayang pula di ruangan mata. Pedih hati Firdaus mengingati senyuman kedua insan tersayangnya itu. Sangat lembut dan penuh rasa kasih sayang. Firdaus sangat merindui kasih sayang mereka berdua. Air mata mula menitis di pipi Firdaus. Sayu hatinya apabila setiap kali teringatkan arwah ibu dan abahnya. Selalunya ketika berseorangan beginilah yang menjadikan Firdaus begitu. Di setiap sudut rumah yang sunyi itu terdapat memori tentang ibu dan abahnya. Walaupun Firdaus masih kecil ketika mereka masih hidup, namun Firdaus dapat mengingati banyak memori mengenai ibu dan abahnya.
Iphone 5S milik Firdaus tiba-tiba berbunyi. Cepat-cepat Firdaus mengesat air mata yang belum kering di pipinya. Barulah Firdaus sedar yang dia sudah jauh berfikir. Di skrin Iphone tertera nama Pak Usunya. Firdaus tersenyum kecil sebelum melarikan jari telunjuknya di atas skrin telefon pintar itu.
“Assalamualaikum, Fir..” suara garau Pak Usu terdengar dari dalam telefon.
“Waalaikumussalam, Pak Usu!”
“Kau tengah buat apa? Sihat ke?” soal Pak Usu lagi.
Firdaus tersenyum lagi. “Sihat aje, Pak Usu... Pak Usu tu sihat ke tak? Dah makan ke belum?”
“Mestilah sihat. Cuma belum makan aje ni,” terdengar tawa kecil Pak Usu meledak.
“Kenapa belum makan? Tak lapar ke?” Firdaus mulai risau. Pak Usunya itu memang selalu begitu. Workaholic sangat sampai tidak tentu masa makan. Itu sahaja yang merisaukan Firdaus.
“Sebab tu Pak Usu call ni. Nak ajak Fir makan dengan Pak Usu. Boleh temankan Pak Usu makan ke tak ni?”
“Eh, mestilah boleh! Pak Usu nak makan kat mana? Nanti kita jumpa kat sana aje..” soal Firdaus sambil mula mengangkat punggungnya.
“Tak naklah makan luar. Anak saudara Pak Usu kan pandai masak. Kejap lagi Pak Usu sampai rumah Fir.. teringin pulak nak makan western,” getus Pak Usu lembut.
Firdaus tergelak. “Pak Usu.. Fir suruh kahwin tak nak. Kan dah susah asyik makan luar dengan makan makanan Fir masak je. Kalau ada Mak Usu, mesti dia yang masakkan hari-hari sampai gemuk Pak Usu nanti. Tapi, dengan syarat kena cari bini pandai masaklah! Waktu tu, Pak Usu mesti dah tak ingat nak datang sini makan!”
“Eh, ke situ pulak dia ni!” protes Pak Usu mendengar usikan dari Firdaus.
Firdaus tergelak-gelak. “Betul la Pak Usu. Pak Usu pun tahu Fir cakap benda yang betul. Pak Usu patut kahwin dah. To have someone taking care of you all the time, kan?”
Pak Usu terdiam mendengar kata-kata Firdaus yang banyak benarnya. Belakang leher digosok-gosok. Dahi pula berkerut-kerut. “Okeylah, Pak Usu dah nak drive ni. Jumpa Fir kat rumah nanti! Okay, Mr. Celebrity Chef?”
Firdaus tersengih. Mentang-mentanglah Firdaus seorang Selebriti Chef yang sedang popular pada masa kini, ada sahaja Pak Usunya itu nak mengusik. Minat Firdaus di dalam dunia masakan memang terpupuk sejak kecil lagi. Semasa kecil, Firdaus suka belajar memasak dari ibunya. Paling disukai ialah masakan rendang istimewa ibunya. Sehingga kini Firdaus masih lagi memasak kesemua resipi ibunya bagi mengubat kerinduan terhadap wanita itu.
Selepas habis sekolah, Firdaus terus melanjutkan pelajarannya ke luar negara di dalam bidang masakan. Tidak ketinggalan juga bidang bakeri, kek dan pastri. Sehingga Firdaus menjadi seorang yang professional di dalam bidang masakan dan mendapat tawaran dari berbagai institusi untuk mengambilnya bekerja. Kini Firdaus sudah bergelar seorang Selebriti Chef untuk rancangan masakan di Astro Ria dan Asian Food Channel.


3


PUAN Zakiah mengurut rambutnya yang ikal separas bahu. Gaya rambut curly atau wave yang baru sahaja ditukar semalam ternyata membuatkan dia lebih yakin berhadapan dengan orang terutamanya klien-klien. Skrin Macbook miliknya ditatap lama. Meneliti bait-bait ayat yang sesuai untuk digunakan bagi menarik perhatian klien. Ada projek terbaru yang sedang diusahakan olehnya. Cuma sekarang dia masih kekurangan suatu perkara yang sangat penting dalam menarik minat klien. Iaitu seorang model jelita yang mampu mencairkan mata-mata yang memandang.
Heliza masuk ke bilik pejabat Puan Zakiah bersama beberapa proposal yang sudah disiapkan untuk disemak oleh Puan Zakiah. Team mereka yang diketuai oleh Puan Zakiah itu akan membentangkan mengenai projek baru itu pada minggu hadapan. Selepas projek mereka lulus dan mendapat sponsor dari pihak-pihak tertentu, barulah promosi majalah terbaru mereka akan diadakan secara besar-besaran.
“Ni dia fail-fail proposal yang puan suruh kita orang siapkan tu. Puan semak la yang mana satu yang sesuai ye. Kalau ada apa-apa perubahan, boleh bagitau kita orang..” ujar Heliza tersenyum manis.
Puan Zakiah tersenyum kecil. “Duduk dulu. Saya nak bincang sikit dengan awak pasal projek kita ni.”
Heliza mengangguk lalu duduk. Dipandang wajah Puan Zakiah yang masih anggun dan cantik itu walaupun umurnya sudah mencecah 48 tahun. Tubuh badan Puan Zakiah pun masih langsing seperti anak dara. Entah apalah rahsia kecantikan wanita itu. Pandai sungguh menjaga badan dan kecantikan diri. Tentu suaminya bahagia mempunyai isteri secantik itu. Rasa kagum terbit di hatinya.
“Haa, ada apa hal puan nak bincang dengan saya?”
“Pasal model kitalah. Apa lagi..”
“Kan kita dah pilih beberapa orang model hari tu. Puan tak berpuas hati ke?” Heliza mengerutkan dahinya.
Puan Zakiah menyandar ke kerusi empuk yang didudukinya. Wajah Heliza di hadapannya dipandang sekilas lalu pandangannya kembali ke skrin Macbook. Ada seraut wajah di situ yang menarik perhatiannya untuk dijadikan model mereka. Sebuah senyum penuh makna muncul meniti di bibir Puan Zakiah.
“Model-model hari tu semua saya tak nak. Mereka ada yang terlalu muda dan ada yang tak menepati citarasa saya,” balas Puan Zakiah telus.
“Habis tu, puan ada cadangan model lain ke?” tanya Heliza.
Puan Zakiah tersenyum. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke skrin Macbooknya. Dialihkan menghadap Heliza. “Yes, of course. Macam mana dengan gadis ni? Saya suka cara dia bermain dengan kamera. Dan wajah dia memang sangat ayu jelita. Sesuai dengan konsep majalah terbaru kita nanti.”
Heliza terangguk-angguk. Memang pilihan Puan Zakiah sangat teliti. Ciri-ciri seorang model memang nampak jelas pada gadis di dalam gambar-gambar itu. “Tapi, mana puan dapat gambar-gambar gadis ni?”
“Dalam Twitter,” tersengih Puan Zakiah selepas menjawab.
Heliza juga tersengih. Dah memang Puan Zakiah gila Twitter pun. Tidak hairanlah dia boleh terjumpa gambar gadis rupawan ini di laman sosial itu. “But, how do we contact her?”
“Saya dah siasat latar belakang dia. Suruh kawan saya yang kerjanya private investigator tu yang siasat. Luckily, she’s in KL now. Working somewhere..”
“So, puan dah contact dengan dia ke?” soal Heliza lagi.
“Belum lagi. Saya ingat, besok baru saya nak ke tempat kerja gadis ni. Nak jumpa dan tengok depan-depan dulu dia macam mana. Kadang-kadang, gambar boleh menipu juga kan?” jelas Puan Zakiah lagi. Kedua tangannya disilangkan memeluk tubuh. Kakinya bermain-main di atas lantai untuk memusingkan sedikit kerusi itu ke kiri dan kanan.
Heliza terangguk-angguk lagi. Puan Zakiah sememangnya seorang yang teliti dalam memilih sesuatu. Setiap kriteria akan diambil berat dan dikaji dengan sangat berwibawa. Heliza yakin yang pilihan wanita itu adalah terbaik untuk team kerja mereka. Kalau tidak, sudah tentu pemilik syarikat modeling sebesar ini tidak akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Puan Zakiah untuk menubuhkan team mereka dan memberi peluang menerajui majalah terbaru mereka. Semestinya kebolehan Puan Zakiah sudah diiktiraf oleh ramai pemegang saham terbesar di dalam syarikat itu dan pemilik syarikat itu sendiri.
“Okey, puan. Ada apa-apa lagi yang puan nak bincangkan dengan saya?”
“Tak ada. Awak boleh balik sekarang. Lagipun dah malam ni. Awak pun mesti belum dinner, kan?” getus Puan Zakiah ramah. Senyuman manis meniti di bibir.
“Yelah, puan. Puan tu pun mesti belum dinner. Asyik dengan kerja aje. Jangan workaholic sangat, puan. Kesihatan kena jaga jugak,” pesan Heliza sebelum tersenyum kecil.
Puan Zakiah menutup Macbooknya dan disarungkan ke dalam beg bimbit miliknya. “Saya dah nak baliklah ni. Sebab tu halau awak balik dulu!” Puan Zakiah tergelak kecil.
“Amboi, puan. Halau juga ayat yang digunakan. Sampai hati puan, yeee..” Heliza juga tergelak. Dia tahu wanita itu hanya bergurau. Nasiblah Puan Zakiah tidak terlalu serius dalam hubungannya dengan pekerja. Semua pekerja bawahannya memang selesa bekerja dengan dia.
Selesai menyusun meja kerjanya, Puan Zakiah datang menghampiri Heliza yang juga sudah bangun dari tempat duduk. “Jomlah, balik sama-sama. Tapi saya dinner kat rumah saya la.. Karang merajuk pulak Mr. Husband di rumah tu!”
“Yelah, puan.. Jom!” sambut Heliza senang hati. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik pejabat itu.


HANA turun dari kereta Syazana. Dia melambai ke arah teman serumahnya itu yang masih berada di dalam kereta. Hari ini kereta Hana buat hal. Tak mahu hidup enjin. Hana pun tak tahu kenapa. Kelmarin okey aje! Bikin panas hati Hana aje pagi ini. Hampir diterajang kereta kesayangannya itu. Tetapi apabila difikir-fikir balik, sayanglah pulak nak sepak terajang. Karang lagi teruk pula kereta itu buat hal. Nasiblah Syazana masih belum keluar ke tempat kerjanya. Hana dipelawa menumpang kereta Syazana.
“Wei, Zana. Terima kasih la tolong hantarkan aku ni. Nasiblah tak lewat..” kata Hana seraya melihat jam di pergelangan tangan. Nasib baik tempat kerja Syazana pun tidak jauh dari situ.
“Aik..sejak bila pulak kau kisah datang kerja lewat ke tak ni?” perli Syazana. Tersengih memandang wajah cemberut Hana.
“Amboi! Sempat nak perli aku ye. Jahatlah kau!” protes Hana.
“Hahaha! Okeylah, aku gerak dulu. Karang aku pulak yang lewat masuk kerja. Bye! Assalamualaikum!”
“Okey, bye. Waalaikumussalam. Hati-hati bawak kereta tu! Thanks tau!” jerit Hana apabila kereta Syazana sudah meluncur menuju ke tempat kerjanya.
Hana tergopoh-gapah ingin memasuki bangunan pejabatnya.
“Cik Hana?” panggilan itu membuatkan Hana memberhentikan langkah.
Hana memalingkan wajah ke arah si empunya suara. Seorang wanita anggun bergaya berkaca mata hitam dilihat tersenyum manis. Hana mengerutkan dahinya, cuba mengenali wajah insan yang terasa asing itu. Rasanya dia tak kenal wanita ini. Siapa agaknya?
“Ya, saya..” jawab Hana pendek. Wajahnya masih dilamun perasaan tertanya-tanya siapakah gerangan wanita cantik itu.
“Saya Zakiah dari syarikat modeling Bintara Holdings. Nice to meet you,” Puan Zakiah menghulurkan tangan untuk bersalam.
Dari atas hingga ke bawah dia meneliti Hana. Memang gadis itu punyai kecantikan asli yang boleh membuatkan mana-mana lelaki tergoda. Ternyata matanya tidak salah menilai gambar-gambar Hana dari Twitter. Dalam gambar dengan luar gambar, sama sahaja cantik orangnya. Malah, bila bersemuka begini, lagi bertambah lawa Hana di mata Puan Zakiah. Terasa senang hatinya melihat gadis itu mulai mengukir senyuman manis yang menawan.
“Ya.. Ada apa nak jumpa saya ni ye? Saya sebenarnya on the way nak masuk kerja ni. Ini ofis saya..” ibu jari Hana menunjuk ke arah bangunan pejabat yang tidak sampai sepuluh langkah dari tempat mereka berdiri sekarang.
“Don’t worry. Saya dah cakap dengan ketua awak Datin Salmi yang saya nak pinjam awak sekejap. Ada hal sikit yang saya nak bincangkan,” terang Puan Zakiah lembut.
“Ye ke? Macam penting pulak hal tu sampai Datin Salmi benarkan saya masuk kerja lambat,” perlahan sahaja suara Hana. Pelik dengan Datin Salmi. Hari itu punyalah marah-marah dia datang kerja lambat. Kali ini, boleh bagi peluang pula dia masuk kerja lambat. Pelik.. memang pelik!
“Jom,” ajak Puan Zakiah tanpa berlengah.
Hana keliru. Betul ke ni dia dah cakap dengan Datin Salmi? Jangan-jangan dia ni penculik! Nak menculik aku ke ni? Tiba-tiba aje ‘jom’ dengan aku. Terasa sedikit menggelabah Hana dibuat Puan Zakiah.
Puan Zakiah perasan wajah Hana yang serba-salah dan kelihatan sedikit keliru. Lantas matanya menangkap kelibat Datin Salmi yang keluar dari bangunan pejabat dan sudah tiba di hadapan mereka berdua. “Tu Datin Salmi dah keluar. Awak mungkin tak mudah percayakan saya, kan? Tanyalah dia sendiri..”
Puan Zakiah tergelak kecil melihat wajah Hana yang sudah kemerahan kerana malu. Yelah, dia baru sahaja mencurigai Puan Zakiah. Penculiklah konon. Ada ke orang nak culik perempuan rupa macam kau ni Hana? Terasa membahang wajah Hana. Di dalam hati, dia menyalahkan diri sendiri yang terlampau berjaga-jaga.
“Awak boleh masuk kerja lambat sikit pun takpe. Ni Puan Zakiah, kawan sekolah saya dulu. Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Kan, Kiah?!” sambut Datin Salmi dengan wajah teruja.
“Ha’ahh. Itulah pasal, Mie..”
“Takpe, Kiah. Kau bawalah budak aku ni pergi bersembang kejap. Nanti kita story lagi ye. Aku pun ada kerja kat dalam..”
“Iyelah, Mie. Aku pinjam dia kejap, ek?” Puan Zakiah mengenyit sebelah mata kepada Datin Salmi. Mereka tersenyum sesama mereka sebelum Datin Salmi menghilang ke dalam bangunan pejabat.
“Jomlah, Cik Hana..” ajak Puan Zakiah mesra.
“Kiah.. eh, Kak Kiah... err.. suka hati saya pulak nak panggil. Err.. nak panggil apa ye?” Hana terasa kekok sampai tersasul-sasul.
Puan Zakiah tertawa riang. “Panggil puan aje pun takpe!”
Hana tersengih segan. “Okey, puan. Jomlah!”


PEJAM celik, pejam celik mata Hana ketika ini. Tilam empuk tempatnya berbaring itu terasa selesa dan nyaman pula malam ini. Pandangannya masih terhala pada siling bilik. Mindanya masih cuba memproses isi perbincangannya dengan Puan Zakiah pagi tadi. Sampai kerja-kerjanya di pejabat pun banyak yang tersilap buat. Beberapa kali dirinya dileteri oleh Datin Salmi kerana beberapa kesilapan. Nampak sangatlah dia tidak dapat memberi tumpuan pada kerjanya dari pagi sehingga ke petang. Semuanya gara-gara memikirkan apa yang telah dibincangkan dengan Puan Zakiah.
“Biar betul, Puan Zakiah tu? Nak aku jadi model dia?” Hana menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Masih kurang percaya dengan tawaran yang diterimanya pagi tadi.
“Nak kata tak betul, muka dia memang serius tadi. Siap dah keluarkan surat tawaran lagi untuk aku tandatangan. Kalau tak kerana aku cakap kat dia yang aku nak fikir dulu, entah-entah aku dah selamat sign surat tawaran tu! Betul ke bohong ni?!” Hana memegang kedua belah pipinya. Ditampar berkali-kali dengan lembut. Rasa macam berada di alam mimpi pula.
Syazana memasuki bilik Hana secara terhendap-hendap. Pintu bilik temannya itu tidak ditutup rapat. Jadi, inilah peluang dia untuk menyergah Hana! Syazana tersenyum nakal. Gelak jahat terbit perlahan-lahan.
“Huarrrgghhhhhh!!” sergah Syazana tiba-tiba.
“Hoiii! Nak mampus?!” pekik Hana. Terlompat-lompat Hana di atas katil lalu terturun pula dari katil. Siap buka langkah pencak silat lagi! Mentang-mentanglah pernah belajar silat semasa kecil dulu.
Syazana tertawa besar. Geli hati melihat telatah Hana yang sedang bersilat bagai. Badannya direbahkan ke atas katil Hana. Memeluk bantal sambil ketawa mengilai. Geli hati betul dia! Hana kalau dah melatah, macam inilah jadinya. Jarang boleh lihat Hana melatah. Tapi sekali dia terkejut besar, memang pecah perut orang lain ketawakan dia!
Hana tersedar dari melatah. Wajahnya bengis memandang Syazana yang masih ketawa terbahak-bahak dan berguling-guling di atas tilam empuk katilnya. “Woiii! Kau ni takde kerja ke?!”
Syazana memberi isyarat menyuruh Hana tunggu sekejap sementara dia habis ketawa dulu. Lagi membara terasa jiwa Hana melihat Syazana masih belum mahu berhenti dari ketawa. “Kau kalau kena langkah silat aku tadi, aku tak tahulah apa akan jadi. Entah-entah, jadi belacan kau dibuat aku!”
“Hahahaha! Siapa tak gelak tengok gelagat kau tadi, memang dia ada masalah urat ketawa dia putuslah. Kira aku ni normal la kan boleh ketawa lagi! Hahaha!” Syazana menekan perut yang terasa sebu. Kuat sangat ketawa tadi. Semuanya disebabkan gelagat lucu Hanalah!
“Woiii! Sudah-sudahlah tu. Aku ni bukan peserta maharaja lawak pun. Kau agak-agaklah!”
Tawa Syazana sudah mulai reda. “Okey.. okey..!”
“Okey.. now boleh aku baring balik atas katil aku ni?”
“Silakan, tuan puteri si bujur sireh!” balas Syazana tersenyum-senyum.
“Dah apa kena dengan kau ni, Zana? Kena sampuk ke?” Hana melayangkan tubuhnya ke atas katil di sebelah Syazana.
Syazana menepuk bahu Hana lembut. “Kau tulah yang kena sampuk. Aku dok usha aje kau dari tadi kat sebalik pintu bilik tu. Dok bercakap sorang-sorang. Lepas tu, tampar-tampar pipi sendiri. Kau dah kena mandrem ke apa? Atau, kau dah mula syok kat si Hairie tu?”
“Hisy! Ke situ pulak kau ni! Aku tengah fikirkan masa depan akulah tadi!” jawab Hana jujur. Tidak pernah lagi dia berahsia dengan Syazana selama mereka berkenalan.
Syazana tiba-tiba berasa berminat pula hendak tahu. “Fikir tentang apa?”
“Tadi, ada seorang perempuan lawa. Dia kawan sekolah Datin Salmi. Dia datang semata-mata nak jumpa aku. Kau tahu tak apa yang dia tawarkan kat aku?”
“Haaa.. apa? Apa? Suruh jadi menantu dia ke? Hahaha!” buat lawak pula Syazana ketika Hana sedang serius.
“Hoi! Ke situ pulak kau ni perginya. Biar logik sikit ayat kau tu. Understand?!” bentak Hana. Wajahnya serius memandang Syazana.
“Okey.. apa? Dia tawarkan apa?”
“Dia bagi tawaran untuk aku jadi model kat syarikat modeling dia!” getus Hana serius. Dipandang wajah Syazana yang tidak beriak apa-apa.
“So? Apa yang nak difikirkan lagi? Kau accept ajelah,” sambut Syazana dengan selamba.
“Kau ni! Tengoklah muka aku ni! Layak ke jadi model? Dengan lemak-lemak tepu lagi kat perut aku ni. Kau rasa aku layak ke?” Hana tergeleng-geleng. Dia memang tidak suka meninggi diri walaupun ramai yang memujinya mempunyai kecantikan asli gadis melayu.
“Kau memang layak, Hana. Kau cantik. Kau fotogenik. Kau menawan kalbu. Memang kau layak!” kata-kata Syazana yang seolah-olah menyindir Hana itu membuatkan bahunya dicubit kecil oleh Hana.
“Hoii! Aku mintak pendapat ikhlas dan jujur dari kau ni!”
“Ya Allah, betullah apa yang aku cakap. Itu memang pandangan peribadi aku tentang kau! Kau dah memang layak.. daripada kau berselfie tu, baik kau tonjolkan bakat fotogenik kau tu untuk masa depan yang lebih cerah!”
Hana menepuk dahi. Terasa tertekan pula mendengar pujian Syazana yang melebih-lebih itu.
“Kata nak minta pendapat jujur dan ikhlas dari aku. Dah memang jujur sangatlah tadi tu! Kau nak aku sumpah pun boleh!” tambah Syazana lagi.
“Dah, stop! Tak payahlah sampai nak sumpah-sumpah. Aku cuma rasa macam tak percaya aje. Kan ramai lagi perempuan lain yang lebih cantik dari aku. Tapi, kenapa aku jugak yang terpilih untuk menjadi model dia? Syarikat besar pulak tu. Pelik betul. Minah-minah kacukan kat luar sana lagi layak. Yang ada sijil modeling bagai.. aku ni apa pun tarak. Harap pandai selfie aje dalam laman sosial!” berserabut rasanya kepala otak Hana memikirkan kelayakannya.
“Dah, kau pulak yang kena stop! Tak payah nak fikir kenapa dia pilih kau. Dah tentulah dia ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia nampak ada sesuatu yang istimewa dalam diri kau. Manalah tahu, kan? Kira ini rezeki kaulah. Terima ajelah.. bukan senang nak dapat peluang datang bergolek macam ni tau!”
Hana terdiam dan termenung seketika. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Syazana itu. Mungkin aku yang terlebih fikir agaknya! Hana menggaru-garu lagi kepala yang tidak gatal. Bantal yang berada dalam pelukannya, dipeluk bertambah erat. Hatinya sedikit sebanyak terasa yakin selepas mendapat nasihat dari Syazana.


4


PETANG yang terasa panas membahang. Tidak sabar-sabar Firdaus berjalan untuk memasuki keretanya. Dia baru sahaja selesai membuat rakaman program masakan khas yang akan ditayangkan di stesen TV Astro tidak lama lagi. Program masakan bertemakan ala Italian pula kali ini yang terpaksa dikendalikan oleh Firdaus.
Sebaik sahaja tiba di hadapan keretanya, Firdaus menggagau poket seluarnya. Diseluk berkali-kali poket kiri dan kanan seluarnya. Kunci keretanya tiada di dalam! Panasnya hati Firdaus! Dahlah cuaca tengah panas membahang ketika ini. Ini mesti kerja orang yang uruskan pakaian aku tadi. Cuainya! Terasa membuak-buak kemarahan Firdaus ketika ini. Dengan perasaan tertekan, Firdaus menapak semula ke arah bangunan tempat rakaman program masakan tadi.


HANA membelek dirinya di dalam cermin. Apahal pulak aku kena pakai macam ni dan kena make up macam ni hari ni? Dah macam ala-ala Betty La Fea pulak! Ada pendakap gigi, ada klip-klip kecil dekat rambut, kena pakai spek mata tebal dan besar macam ni. Lepas tu kena ikat rambut bertocang dua macam ini. Alahai.. rasa hendak terpengsan pun ada Hana melihat dirinya sendiri di cermin. Baju pun baju nerd aje!
“Cik Hana.. you’re next. Nanti dia orang akan terangkan konsep untuk hari ni punya shoot,” terang Abang Jep yang merupakan organizer di tempat shooting itu.
Hana sekadar mengangguk dalam kebingungan. Tak payah terangkan pun aku dah tahu! Tengok gaya aku pakai ni, dah dapat agak konsep apa! Hadoiii! Hana mula terasa menyesal menyertai syarikat modeling itu. Ingatkan dapat pakai baju lawa-lawa, kasut lawa-lawa. Berpinar kepala Hana memikirkan tindakannya menandatangani kontrak selama 2 tahun dengan Puan Zakiah petang kelmarin. Kau pun satu Hana, lain kali tu tanyalah dulu nak shoot yang macam mana. Nasib baiklah bukan kena pakai baju yang seksi-seksi ke, bikini ke. Mintak jauhlah..
Sedang Hana mundar-mandir di bilik itu, matanya tertancap pada suatu objek yang berada di atas lantai. Segera dia membongkokkan badannya lantas objek itu diambil. Nampak macam... kunci kereta? Memuncung mulut Hana memerhatikan kunci kereta yang berada di tangannya. Namun, tiba-tiba sahaja kunci itu diragut dengan kasar oleh seseorang.
“Hoii! Kalau dah jumpa kunci orang tu, pulangkanlah!” pekik Firdaus yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Terpinga-pinga Hana melihat wajah kacak yang kemerahan di hadapannya itu. Blur sekejap rasanya kepala otak Hana ketika ini. But, wait! Kenapa pulak aku yang kena marah ni? Aku baru aje jumpa kunci tu. Dah macam pencuri pulak dia marah aku! Ini tak boleh jadi ni!
“Hello, encik. Saya baru aje ternampak kunci tu ada kat atas lantai bawah ni. Saya baru kutip. Faham? Jangan nak main marah aje kalau tak tahu apa yang berlaku. Lagipun, ini kes kecuaian diri awak sendiri! Jangan nak salahkan orang lain pulak!” tempelak Hana kembali. Geram betul dia kerana dimarahi secara tiba-tiba atas kesalahan yang bukan salahnya.
“What? Salah aku? Hei, perempuan hodoh. Kau tu siapa? Kau kenal aku tak? Aku ni seorang yang cermat. Aku takkan cuai macam ni. Ni semua mesti salah orang yang organize baju aku tadi!” tanpa meminta maaf dan berterima kasih pada Hana yang menjumpai kunci keretanya, Firdaus menyalahkan orang lain pula yang menyebabkan kunci keretanya itu tercicir.
“Amboi, bajet artis betul awak ni kan!”
Abang Jep datang menghampiri selepas mendengar bunyi kecoh-kecoh. “Haa, apahal ni terpekik terlolong aje abang dengar dari dalam sana tadi? Kenapa ni Fir?”
“Ni, minah hodoh ni. Dia ambil kunci kereta saya..” balas Firdaus selamba.
Ternganga mulut Hana mendengar gelaran dirinya oleh mamat perasan handsome itu. “Awak nak panggil saya tu, baik-baik sikit!” gumam Hana kegeraman.
“Cik Hana, awak ada ambil kunci kereta si Firdaus ni ke?” tanya Abang Jep tenang.
“Saya jumpa laaa.. atas lantai ni tadi!” hampir terhentak-hentak kaki Hana mempertahankan dirinya.
“Jumpa dan tak pulangkan dengan segera!” potong Firdaus.
Mata Hana terpejam. Geramnya. Boleh pula dia potong percakapan aku! Bibir Hana mula bergetar. Belum sempat lagi Hana membuka mulut mempertahankan dirinya, Firdaus memotong lagi.
“Dahlah! Aku nak cepat ni! Lain kali tu, jumpa kunci kereta orang tolong pulangkan. Okeylah, aku pergi dulu. Aku maafkan kau kali ni. Bye!” tanpa memikirkan perasaan sesiapa pun, Firdaus terus berlalu meninggalkan Hana dan Abang Jep.
Geramnya Hana pada Firdaus! Kaki dihentak-hentak kuat. Abang Jep sekadar tergelak kecil. Dia memang dah faham sangat dengan perangai Firdaus. Selalu sangat Firdaus ke situ untuk merakam program-program masakan.
“Kenapa Abang Jep gelak-gelak ni?” sakit hati Hana melihat gelagat Abang Jep. Macam nak mempermain-mainkan dia aje.
“Cik Hana memang tak kenal lelaki tadi ke? Atau buat-buat tak kenal?”
“Tak kenal langsung! Siapa dia tu? Kerek semacam aje! Geram betul saya!”
“Serius tak kenal? Dia tu Chef Selebriti yang agak terkenal jugak kat Malaysia ni. Takkan tak pernah nampak muka dia kat TV?” terang Abang Jep. Senyum kecil terhias di bibirnya.
Kedua belah kening Hana terangkat serentak. “Ohhh.. patutlah kerek. Retis rupanya!”
“Jaranglah orang tak kenal dengan si Firdaus tu. Sebab dia kan kacak. Selalunya kalau tanya orang perempuan, cepat aje kenal dia,” sambung Abang Jep lagi.
Hana sekadar mengangguk kecil. Rasa tekaknya nak termuntah aje mendengar pujian Abang Jep mengenai Firdaus. Famous sangat ke kalau dah perangai macam tu? Memanglah muka dah tampan. Tapi kalau perangai out, memang sebagai perempuan, aku tak inginlah lelaki macam tu!
“Perangai dia tu memang macam tu ke?” soal Hana pendek. Baik tukar topik keburukan mamat itu pula. Baru best sikit bergosip. Retis kan dia tu.
“Who knows? Tapi selalunya dia memang pentingkan diri dia aje. Memang kebanyakan orang yang kenal dia, semua cakap macam tu..”
Hana mengangguk-angguk. “Ohh.. patutlah perangai macam tu. Mulut macam longkang tak cuci setahun..”
“Alah, abaikan aje dia tu. Orang glamour macam tu, memang perangai pelik sikit. Kira dia tu okey lagilah, walaupun pentingkan diri, dia tak sombong. Selalu juga berborak dengan kita orang..” ujar Abang Jep lagi.
“Ohhhhhhhh...” panjang betul perkataan ‘oh’ yang keluar dari mulut Hana. Seakan-akan mengejek sikap ‘tak sombong’ Firdaus yang baru disebut oleh Abang Jep.
Abang Jep melihat jam tangannya. “Okey, giliran Cik Hana dah sampai ni. Jom masuk ke bilik untuk shoot. Standby dalam 5 minit. Sedikit penerangan tentang konsep selama 5 minit akan diadakan nanti..”
“Yelah.. jomlah,” Hana terpaksa akur walaupun hatinya tidak berkenan dengan penampilan ini untuk dibawa masuk ke dalam majalah.


HANA menghempaskan badannya dengan selesa ke atas sofa di ruang tamu rumah sewanya. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Penatnya berposing! Samsung Galaxy S5nya dikeluarkan dari dalam beg tangan. Aplikasi Instagram ditekan.
Hana buat muka penat dan terus mengambil gambarnya yang sememangnya kepenatan itu. Gambar itu turut dikongsikan ke akaun Facebook dan Twitternya melalui Instagram.
‘Fuhhh! Penat betul hari ni berposing. Kita rest dululah kejap! Malam nanti update lagi! Bye u’olls! #selfieagain’
Begitulah caption yang ditaip oleh Hana. Matanya terasa berat pula selepas memasukkan kembali telefon pintarnya ke dalam beg tangan. Namun tiba-tiba dia menjadi segar apabila ingatannya kembali kepada Firdaus yang kerek petang tadi tu. Tangannya menggagau kembali telefon pintarnya. Browser dibuka pantas. Betul ke mamat tu retis? Kalau betul, mesti ada gambar dia dalam internet! Dengan penuh bersemangat waja, Hana menaip kata kunci di Google Images, ‘chef firdaus’.
Beberapa imej kacak terdampar di dada skrin telefon pintar Hana. Gaya posing yang terlalu professional. Agaknya jadi model pun boleh mamat ni. Fotogenik juga dia ni walaupun perangai kaku macam batu. Hisy, dok puji dia kenapa pulak aku ni. Mamat macam ni kena bagi stok caci maki aje! Bermacam-macam jenis kritikan yang terbit dalam hati dan pemikiran Hana ketika membelek-belek gambar Firdaus. Meluat, menyampah melihat senyuman lelaki itu di dalam internet. Senyuman palsu ni! Tak ikhlas langsung!
“Kau ni dah kenapa? Muka sememeh macam tu! Tengah meluat kat siapa tu?” tanya Syazana pelik melihat kelakuan Hana yang herot semacam aje mukanya.
“Ini haaa! Mamat kerek nak mampus!” Hana menunjukkan gambar Firdaus pada Syazana.
Syazana pelik bagaimana Firdaus ini boleh menjengkelkan Hana secara tiba-tiba. Bagaimana pula Hana boleh kenal dengan chef kacak itu?
“Ini gambar Chef Firdaus yang handsome lagi bergaya kegilaan ramai gadis tu. Kau cakap dia kerek kenapa? Kau tak sihat ke hari ni? Kau baru bangun dari mimpi ke? Kau tertidur tadi dan mimpikan dia?” Syazana memegang pipi Hana yang semulajadi kemerahan. Bertanya dengan perasaan ingin tahu. Sahlah Hana ni bermimpi ni. Mana mungkin Hana mengenali chef itu.
Hana menepis tangan Syazana. “Aku tak mimpilah! Dia ni memang kerek. Aku jumpa dia tadi kat tempat shooting aku. Amboi, sedap hati dia aje panggil aku hodoh!”
“Hah? Apahal pulak dia panggil kau hodoh? Orang secantik selawa macam kau ni dia panggil hodoh? Dia buta ke? Hmmm... eh, tapi betul ke kau jumpa Chef Firdaus ni tadi? Serius?” Syazana berteriak dalam keterujaan. Tenggelam sudah point utama yang disebutkan Hana tadi iaitu Hana yang digelar ‘hodoh’.
“Aku baru nak suruh kau back up aku sikit. Ini tak, teruja pulak kau bila dengar nama mamat kerek tu!” separuh merengek Hana kerana geram dengan Syazana.
Syazana mematikan angan-angannya tadi yang sudah terbang ke langit. Baru nak ajak Hana jumpa lagi dengan Chef Firdaus bila ada peluang. Tetapi memandangkan Hana sedang memerlukan sokongan mental dan fizikal dari aku sekarang ini, baik aku dengar cerita dia dulu. Syazana memegang bahu Hana. Dipandang wajah temannya itu sedalam-dalamnya.
“Okey, kau boleh teruskan cerita kau. Aku sudi mendengarnya..” dah macam skema gila pula ayat-ayat Syazana tika ini.
Hana menarik nafas pendek. “Tadi aku diberikan konsep penampilan dan perwatakan seorang gadis nerd yang ala-ala Betty La Fea. Siap pendakap gigi lagi dengan cermin mata besar dan tebal!”
“Okey.. teruskan..” khusyuk Syazana mendengar satu persatu cerita dari Hana. Dari A sampailah ke Z Hana bercerita tentang pertemuannya dengan Firdaus.
“Begitulah ceritanya.. patut ke dia panggil aku hodoh? Dia mesti ingat aku memang berpenampilan macam tu! Bencilah! Satu lagi, ada ke patut dia tuduh aku macam tu? Sepatutnya dia berterima kasih sebab aku jumpa kunci kereta dia!”
“Alaaa.. apa susah? Kau pergi jumpa dia lagi.. pakai lawa-lawa sikit. Baru dia tahu siapa kau.. hehehe!” cadang Syazana.
Mudah betul kedengarannya. Tapi, payah bagi Hana. Malaslah Hana hendak berjumpa lagi dengan mamat itu. Malas juga dia hendak menonjolkan dirinya yang sebenar di hadapan Firdaus. Hana bukan seorang yang suka meninggi diri dan menunjuk-nunjuk pun! Biarlah pertemuan mereka itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir. Noktah. Titik!


5


SEBULAN berlalu. Hana semakin dikenali dalam bidang peragaan. Gambar-gambarnya selalu mendapat perhatian dari ramai pihak. Ada yang menjemputnya untuk menyertai pentas peragaan. Tetapi Hana menolaknya kerana Hana tidak pandai hendak berjalan cat walk bagai. Lagipun, Hana malu serta segan jika dirinya menjadi tontonan ratusan malah ribuan penonton yang datang menyaksikan pertunjukan fesyen.
Puan Zakiah tersenyum melihat Hana yang masih berjalan menuju ke arahnya. Tangannya segera melambai ke arah gadis cantik itu. Puan Zakiah memerhati penampilan Hana. Dari rambut ikal yang beralun sehinggalah ke baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh dan juga sandal. Biarpun berpenampilan ringkas, Hana sudah kelihatan cantik. Inikan pula jika dia memperagakan baju-baju untuk majalah mereka. Kafe Old Town White Coffee itu menjadi pilihan Puan Zakiah untuk berjumpa Hana. Senang sikit hendak berborak di kafe begini.
“Duduklah, Hana..” pelawa Puan Zakiah dengan sebuah senyum kecil.
“Dah lama puan tunggu ke? Sorrylah tadi saya ada hal sikit..” Hana tersengih. Alasan itu hanya rekaan semata-mata. Sebenarnya dia terlambat kerana sempat berselfie dulu sebelum datang.
“Takpe. Saya pun baru datang dalam 10 minit lalu.. ingatkan Hana yang awal,” sahut Puan Zakiah dengan senyum simpul.
Hana mengusap pipi sebelah kanannya seraya tersenyum segan silu. Terasa segan pula kerana selalu datang lambat ketika perjumpaan dengan Puan Zakiah. Nasib baiklah wanita itu jenis yang penyabar orangnya. Lagi tabah dari Datin Salmi gitu.
“Puan nak bincang apa dengan saya kali ni?” soal Hana, mengubah topik kekok awal tadi. Puan Zakiah hanya tersengih.
“Saya nak awak bawa watak dan penampilan first awak dulu. Masa mula-mula shoot dulu. Ingat lagi konsep apa?”
Hana mula terasa kurang enak. Terbayang kembali imej penampilan hodoh yang terpaksa ditonjolkan pada sesi photoshoot sebulan yang lepas. Namun lidah Hana kelu untuk menolak permintaan wanita itu. “Ingat, puan..”
“Good. Kalau ingat, dalam minggu depan kita akan start photoshoot. Tapi outdoor.. ada kisah yang perlu awak faham kali ni. Awak kena bawa watak berpenampilan lebih kurang hari tu, dengan kisah tersendiri. Kira kali ini ada jalan cerita la. Awak kena fahamkan kisah tu untuk menjiwai emosi ketika photoshoot tu nanti,” Puan Zakiah menjelaskan secara terperinci.
Hana cuma mengangguk lemah. Terpaksalah dia menjiwai semula watak perempuan hodoh itu. Tiba-tiba sahaja terngiang semula panggilan Firdaus kepadanya. ‘Perempuan hodoh!’. Jauh di sudut hati Hana, memang sampai mati pun dia akan ingat panggilan lelaki itu terhadapnya.
“Hana?” panggilan Puan Zakiah mengembalikan Hana ke alam nyata.
“Ye, saya..” jawab Hana pantas.
“Awak dengar apa yang saya terangkan tadi? Faham tak?”
“Faham, puan.. Emm, kat mana kita nak buat photoshoot tu?”
“Di Melaka. Awak free kan? Boleh ambil cuti dengan Datin Salmi? Tentulah boleh, kan?” soalan itu dijawab sendiri pula oleh Puan Zakiah. Iyalah, mentang-mentang Datin Salmi tu kawan sekolah dia.
“Lagipun, photoshoot tu dijadualkan sehari aje. Kita pergi tiga hari dua malam. Bolehlah awak bersiar-siar juga nanti,” tambah Puan Zakiah, menambahkan lagi minat Hana untuk pergi.
Melaka?! Bestnya! Teruja Hana mendengar. Hana hanya tersengih-sengih. Nak tergelak pun ada juga. Sejak dua menjak ni, Datin Salmi tidak berapa ambil kisah pun dia nak datang kerja lambat ke, awal ke. Kalau nak ambil cuti, mesti approved punya! Seronoklah kalau ini macam. Baik aku kerja dengan Puan Zakiah terus lagi senang. Sebab dah banyak masa aku sekarang ni pun sekarang asyik mengikuti sesi fotografi bersama Puan Zakiah.
“Saya rasa, boleh kut. Datin Salmi kan kawan sekolah puan. Hehehe..” getus Hana perlahan. Keterujaan Hana memang tidak dapat dibendung.
“Okay, so next week ye. Jangan lupa pulak!”
“Takkan lupa punyalah, puan!” balas Hana bersemangat.
Tak kisahlah kena pakai macam Yo Soy Betty La Fea pun, asalkan aku dapat peluang bersiar-siar di Melaka. Belum pernah lagi kaki aku menjejakkan kaki ke sana. Lagipun, dah lama betul aku tak pergi bercuti. Kalau ajak Syazana sekali pun best ni!


SUASANA di gelanggang badminton itu riuh-rendah dengan suara-suara manusia yang datang untuk bermain badminton. Ada yang membawa ahli keluarga, ada juga yang datang bersama kawan-kawan. Terdapat 20 buah gelanggang yang disediakan di situ dengan kadar sewaan satu gelanggang RM20. Ianya tidaklah mahal kerana masing-masing pemain yang datang semuanya membawa teman seramai 3 orang. Jadi, bolehlah mereka berkongsi duit untuk membayar sewa gelanggang itu. Lebih ramai yang datang, lebih jimat.
Firdaus menggalas beg raket berjenamanya. Bukan calang-calang jenama raket itu. Harga raketnya mencecah hampir ke seribu ringgit. Raket berjenama Yonex itu adalah raket eksklusif yang direka khas untuk pemain badminton nombor satu negara, Dato’ Lee Chong Wei. Shakir di sebelah hanya mampu menggigit jari melihat raket mahal yang dimiliki oleh Firdaus itu. Sekali pun Firdaus tidak membenarkan Shakir meminjam raket tersebut walaupun diminta berkali-kali oleh Shakir.
Peluh menitis di dahi dan pipi Firdaus, membuatkan dia cepat-cepat mengambil sapu tangan di dalam kocek seluar panjangnya lantas peluh itu dilap sehingga kering. Perasaan inilah yang paling terbaik sekali iaitu perasaan selepas bermain badminton. Peluh bersukanlah kiranya. Ia dapat menyihatkan badan dan membentuk tubuh yang sentiasa kekal menarik. Tidak perlu ke gym pun tak apa.
“Kau ni... kedekutlah. Aku dah banyak kali mintak pinjam raket tu. Aku tak mampu beli, so aku nak try la pukul sekali guna raket tu. Kau ni, itu pun nak berkira dengan kawan sendiri!” kembang-kempis hidung Shakir menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya.
“No, no, no, no.. Tak boleh!” jari telunjuk Firdaus bermain-main di depan muka Shakir menandakan yang dia memang takkan memberi pinjam raket itu.
“Kedekut betul. Piiirraaahhhhh!!” gerutu Shakir geram.
Firdaus tertawa besar. “Jomlah, balik. Lagipun masa dah tamat kan 2 jam. Aku dah penat sangat ni. Nak balik makan pulak ni!”
“Makan aje kau tau! Badan tak gemuk-gemuk pun! Aku yang tengah makan hati ni, kau tak ambil kisah pun kan?” bebel Shakir.
“Laa.. Manusia memang kena makan untuk hidup. Pasal makan hati tu aku tak tau, okey..” balas Firdaus bersahaja.
Shakir menggigit bibir. Geram dengan gelagat Firdaus. Malas dia nak bercakap lagi.
“Kau free tak next week?” soal Shakir tiba-tiba.
Firdaus mengerutkan dahi. “Kenapa?”
“Aku nak ajak kau pergi Melaka. Aku rancang nak pergi bercuti untuk release tension. Tapi tak tahu nak pergi dengan siapa. Itulah aku try ajak kau. Manalah tahu, kau sudi temankan aku bercuti,” jawab Shakir.
Firdaus berfikir-fikir dulu. Mengingati jadualnya pada minggu hadapan. Rasanya semua rakaman program masakan akan selesai dalam minggu ini. Minggu hadapan Firdaus memang mempunyai kelapangan. Amboi, Shakir ni. Macam pakai ilmu pula boleh meneka waktu kelapangan aku! Firdaus berkata sendiri di dalam hati.
“Kau ada ilmu ke? Kenapa kau boleh tahu yang aku free minggu depan?” Firdaus menduga Shakir.
Terkejut Shakir yang mendengar. “Woii! Kau baik-baik sikit cakap tu. Aku tak teka pun kau free. Aku tanya aje kau free ke tak! Ada beza, okey!”
Firdaus menarik sengih. Ditolak kasar bahu Shakir yang berjalan di sebelahnya. “Haa.. tahu takut! Saja aku nak takut-takutkan kau..”
“Puii.. tak takut pun! Setakat kau ni..” memuncung bibir Shakir.
“Minggu depan jangan lupa. Melaka!” sambung Shakir sebelum Firdaus masuk ke dalam kereta.
“Yelahhhh!! Tapi kau booking hotel. Aku tak nak hotel murah-murah. Pastikan 5 bintang. Faham? Untuk aku, bilik suite. Untuk kau, lantaklah asalkan jangan mahal-mahal sangat..”
“Hoii! Kaulah booking. Kau banyak duit. Kalau aku yang booking, habislah pokai!” gerutu Shakir.
“Malas aku nak bersusah-payah. Kau yang ajak. Jadi, kaulah booking. Kau takde duit, nanti kau cakap aje. Aku kasi nombor kad kredit aku..”
Shakir menepuk dahi. Dasar selfish. Memang tak mahunya bersusah-susah. Semua nak senang aje. Adoiii! Kenapalah kawan aku yang sorang ni macam ni? Kawan baik pulak tu. Macam manalah aku boleh berkawan baik dengan dia ni? Macam mana aku boleh tahan dengan dia selama ni? Shakir pening memikirkan perjalanan persahabatan mereka selama ini.


“HELLO, puan. Assalamualaikum. Puan ada dekat mana?” Hana memulakan bicara. Samsung Galaxy S5nya dilekap rapat ke telinga. Bunyi hiruk-pikuk di kawasan pekan itu membuatkan Hana menjadi kurang pendengaran tentang butir bicara Puan Zakiah di dalam talian.
“Apa, puan? Tak dengarlah. Kuat sikit..” Hana cuba untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Puan Zakiah namun gagal.
Syazana di sebelah berpeluk tubuh menunggu talian dimatikan oleh Hana. “Jom kita ke sana dulu. Aku tengok kat sana tu lengang sikit. Kau call dia kat sana aje..”
“Hah, yelah.. jom!” ajak Hana.
Mereka berjalan beriringan. Sampai sahaja di tempat yang dinyatakan oleh Syazana, Hana mula menelefon Puan Zakiah semula. Setelah bercakap-cakap dengan wanita itu, Hana mengelap peluh yang mulai menitis di dahinya.
“Ha, dia cakap apa?” soal Syazana, turut menyeka titisan keringat yang sudah membanjiri wajahnya.
“Kata Puan Zakiah, kita kena ke Philea Resort and Spa kat Ayer Keroh. Sekarang kita kat mana ye? Eh, kat mana kau parking kereta kau tadi?” jawab Hana sambil melabuhkan punggung ke kerusi kayu berhampiran.
Gelagat manusia yang lalu-lalang hanya dipandang kosong. Fikirannya lebih ke arah ingin segera sampai ke hotel untuk berehat secukupnya kerana keesokan harinya, dia dijadualkan ke sesi fotografi selama satu hari suntuk.
“Kita kat Ayer Keroh la ni. Tinggal nak cari hotel tu aje kan.. Hah, aku parking dekat hujung sana tu. Jomlah, aku pun dah terasa panas gila ni!” rungut Syazana lemah.
“Jom, jom!” ajak Hana. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan Syazana menuju ke arah kereta.
Tiba-tiba, Hana terpandang seorang lelaki yang sedang membeli kopi di Starbucks berdekatannya. Matanya membesar dan dia terus bersembunyi di sebalik kereta Syazana. Apa pulak mamat kerek ni buat kat Melaka ni? Adoiii.. Keluh Hana sendirian.
Syazana menepuk belakang Hana membuatkan Hana terkesima seketika. Segera wajahnya dialih ke arah Syazana. Kening Syazana kelihatan terangkat sebelah. “Hoii! Kau dah kenapa ni terhendap-hendap macam orang buat salah aje?”
“Shhh!!” jari telunjuk Hana diletakkan ke bibir Syazana.
“Apa yang ‘shhh’?”
“Alaa, kau diam aje laaaaa!”
“Apahal ni?”
Hana menarik Syazana supaya tunduk juga berselindung di sebalik kereta. Mata Syazana meliar ke hadapan, arah yang sedang menjadi tumpuan Hana. Mulut Syazana ternganga. Ehh! Itu kan Chef Firdaus yang handsome tu!
“Wei! Tu chef yang kau gaduh hari tu kan?” Syazana tersenyum simpul.
“Yelah. Baguslah kalau kau kenal dia. So, boleh diam tak? Karang dia nampak aku kat sini!”
“Yo, yo, yo! You should take a look at yourself. You look fine. Gorgeous! So, kalau dia tengok kau pun rasanya tak salah. Lagipun, masa dia jumpa kau dulu, rupa kau tak macam ni kan!” tukas Syazana pula.
Hana terfikir balik. Ya tak ya juga, ya. Masa dia jumpa aku dulu, penampilan aku macam ala nerdy sikit. Eh, bukan nerdy sikit. Nerdy sangat-sangat sampai dia gelarkan aku perempuan hodoh! Terasa panas pula hati Hana mengingati semula panggilan itu.
“Malas aku nak tunjuk-tunjuk diri aku macam ni dekat dia! Boleh blah!” ucap Hana geram. Dia tidak menunggu lama, terus memasuki perut kereta diikuti Syazana.
“Yang aku pelik, apa dia buat kat sini ye? Macam berjodoh pulak kau orang ni boleh berjumpa kat sini!” Syazana tergelak-gelak sambil memakai tali pinggang keledar. Hana turut memakai tali pinggang keledar dengan wajah cemberut. Meluat dan menyampah melihat gelagat Firdaus yang sedang menghirup kopi di bahagian luar dan berpayung kafe Starbucks itu.
“Eh, hello! Tolong jaga sikit mulut kau tu! Tak kuasa aku nak ada jodoh dengan dia tu. Perangai macam apa entah!” marah Hana.
Syazana tertawa lagi. Lucu sungguh muka Hana bila memuncung begitu. “Aku bergurau aje.. lagipun, kalau betul jodoh kau dengan dia, kau boleh tolak takdir ke? Soal jodoh ni kan Allah yang tentukan!”
“Haa, tau pun kau. Jodoh Allah yang tentukan. Apahal kau pulak yang nak menyibuk tak tentu pasal ni?” ujar Hana memulangkan paku buah keras.
Tersentak Syazana mendengar serangan balas dari Hana itu.
“Dah, dah! Cer buka Waze. Cari alamat hotel yang kita nak pergi tu. Karang sesat pulak tak guna GPS!” Syazana menukar topik perbualan.
Hana tergelak besar. “Haaa.. tahu pun kau ubah topik bila kena kat batang hidung kau sendiri, kan? Hahaha!”
Hana mencapai telefon pintar yang terselit di poket jeansnya. Aplikasi GPS yang diberi nama Waze dibuka oleh Hana lalu alamat hotel disetkan olehnya. Telefon itu kemudiannya dilekatkan pada phone holder yang terpacak di atas dashboard kereta itu.


6

“ASSALAMUALAIKUM, Hana..”
“Waalaikumussalam, mak long. Kenapa call ni tiba-tiba? Mak long sihat tak?” tanya Hana sebaik sahaja mendengar suara ibu saudaranya, Mak Long Faridah. Yalah, jarang orang tua itu hendak menelefon. Ini tiba-tiba pula dia telefon. Mesti ada sebab.
“Mak long dengar cerita, kau pergi Melaka. Betul ke?” soalan bertukar soalan pula. Langsung tidak dijawab pertanyaan Hana mengenai kesihatannya.
Hana menepuk dahi. Ini mesti abah yang bagitau mak long! Adoii, abah ni kan.. Hana terguling-guling di atas tilam empuk bilik hotel yang serba mewah itu.
“Hana datang urusan kerja, mak long. Kenapa?”
“Mak long bukan apa. Dah lama tak jumpa kau. Datanglah rumah mak long nanti lepas dah habis kerja dan nak balik KL,” ujar Mak Long Faridah dengan suara sedikit teruja.
Hana menepuk dahi lagi. Bukannya dia tidak mahu ke rumah mak longnya itu di Port Dickson. Cuma dia meluat dengan anak sulung mak longnya itu yang asyik mengurat dia sejak dulu. Abang Farid itu bukan boleh nampak Hana. Ada sahaja ayat-ayat puitis dan berbunga-bunga yang akan didendangkan di hadapan Hana nanti. Malas dan rimas betul Hana hendak melayannya berborak dari pagi sampai ke petang nanti! Asyik nak mengacau Hana 24 jam. Nak berkepit aje kalau boleh. Gangguan mental pulak nanti jadinya, Hana oii!
“Err.. mak long. Saya bukannya apa.. saya busy sikit sekarang ni. Banyak sangat kerja saya. Nantilah kalau ada kelapangan baru saya pergi sana, ye..” Hana mencipta alasan lapuk. Dah itu sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu.
Terdengar keluhan kecil Mak Long Faridah. Sedikit sebanyak Hana berasa bersalah kerana mengecewakan orang tua itu. Tak boleh, tak boleh pergi sana! Aku tak boleh jumpa Abang Farid sewel tu. Nanti aku yang sewel! Hana mengentalkan hatinya.
“Kalau macam tu, tak apalah. Kau sampaikan salam mak long pada abah kau dan adik kau si Hamdan tu ya...”
Terasa lega Hana mendengar Mak Long Faridah berkata begitu. Mak longnya itu sudah lama hidup menjanda. Ada pula anak lelaki 3 orang semuanya. Semuanya pula lasak-lasak belaka sampaikan Mak Long Faridah tidak sempat untuk mencari pengganti arwah suaminya. Hidupnya semata-mata hanya untuk membesarkan anak-anak lelakinya sahaja selama ini.
“Insya-Allah, mak long. Akan saya sampaikan nanti!”
“Assalamualaikum,” ucap Mak Long Faridah.
“Waalaikumussalam,” jawab Hana sambil melepaskan nafas lega.
Sebaik meletakkan Samsung Galaxy S5nya ke atas tilam, Hana menghembus nafas yang sangat panjang dan berat. Lega betul! “Fuhhh! Selamat aku! Kalau tak, sewel jadinya!”
Syazana menumpukan perhatian pada wajah lega Hana. “Selamat? Apa maksud kau? Kau dah sewel ke?”
“Takde apa-apalah. Kau tak payah tahu!” sengih Hana. Lebar gitu.


KEESOKAN harinya, Hana awal-awal lagi sudah ke set penggambaran. Sesi fotografi yang berjalan dengan lancar pada hari tu membuatkan semua orang berpuas hati dengan prestasi Hana. Lagi-lagi Puan Zakiah. Tersengih-sengih dia kerana suka melihat aksi Hana yang fotogenik. Memang tidak salah dia memilih Hana sebagai model untuk majalahnya. Sesi fotografi itu diadakan di Pantai Klebang.
Sudah hampir waktu maghrib, barulah segalanya selesai selepas hanya 3 kali waktu berehat selama sejam setengah dalam masa photoshoot itu. Hana sudah kepenatan sangat. Dia ingin segera kembali ke bilik hotel. Nak mandi! Hana membetulkan cermin mata tebal dan besar yang dipakainya. Imej hodoh itu membuatkan Hana malu untuk berjalan memasuki kereta kerana masih terdapat ramai orang di situ. Hana nak tunggu keadaan lengang sikit barulah dia balik. Akhirnya Hana mengambil keputusan untuk melepaskan lelah seketika di celah-celah batu di tepian pantai berdekatan. Jauh juga Hana berjalan. Mentang-mentanglah ‘cuti’, jadi dia tidak perlu bergegas balik ke bilik untuk solat maghrib.
Sampai di suatu tempat yang agak selesa, Hana duduk di atas batu-batu di tepi pantai itu. Lama Hana termenung menikmati suasana senja yang merah. Betapa cantiknya pemandangan di dada langit yang semakin gelap. Terasa dirinya begitu kerdil dan lemah. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
“Kau ke tepi sikit boleh? Aku nak lalu ni,” sapa seorang lelaki yang tiba-tiba muncul.
Hana mendongak. Sebaik terpandang wajah itu, dada Hana mulai berombak. Wajahnya merah menyala. Bukan malu ke apa. Tapi marah! Marah dengan lelaki itu. Marah kerana kes yang sebelum ini, dan juga marah dengan apa yang baru lelaki itu cakap kepadanya. Tak ada budi bahasa langsung! Dekat sini pun dia ni ada?? Biar betul!
“Eh, kau lagi? Kalau tak silap aku, kau ni perempuan hodoh hari tu kan? Yang liat nak pulangkan kunci kereta aku tu?” Firdaus tersengih sinis.
Hana memejamkan mata. Gerammmmm! Bibirnya sudah menjuih dan terkumat-kamit semacam hendak menerkam Firdaus. “Woii, alien! Awak ni datang dari planet mana?!”
Firdaus tersentak mendengar panggilan ‘alien’ itu. Kali ini dia pula yang terasa nak marah. “Mulut kau baik-baik sikit.”
“Tahu pun marah orang panggil awak bukan-bukan! Yang awak panggil saya hodoh tu apasal?!”
“Dah tengok cermin ke belum ni? Dah memang kau hodoh. Kau tengok muka aku ni. Banding dengan alien. Sama ke? Tak masuk akal betul kau nak samakan aku dengan alien!”
Hana terdiam mendengar kata-kata Firdaus. Nak balas apa ni? Nak balas apa kat mamat kerek ni? Hana menggaru-garu kepala. Nak kata muka dia macam beruk? Nanti dia suruh bandingkan muka dia dengan beruk pulak. Memang tak sama!
“Dahlah, buang masa aku aje bertekak dengan kau kat sini!” Firdaus ingin melangkah pergi, tetapi Hana menghalang.
“Kau ni dah kenapa? Kau stalk aku sampai ke sini ke? Kemaruk nak tengok muka aku sampai tak dapat beza dengan alien? Ke tepilah!!” Firdaus cuba untuk meneruskan perjalanan tetapi tetap dihalang oleh tubuh Hana. Kalau mengelak lagi, jatuh lautlah jawabnya.
“Kau ni.. ke tepilah!” Firdaus dengan beraninya menolak kepala Hana dengan jari telunjuknya. Tindakan spontan itu sahaja yang dapat difikirkan oleh Firdaus tika ini.
Hana tiba-tiba hilang pertimbangan dan terjatuh ke dalam laut. Firdaus terpinga-pinga di atas batu. Memerhati tubuh Hana yang tenggelam timbul. Rasa cemas mulai bersarang. Se’selfish’ mana pun dia, takkanlah dia nak biarkan orang mati kerana dia? Ini tak boleh jadi! Firdaus terjun ke laut untuk menyelamatkan Hana.
Kaki Hana kekejangan sebaik terjatuh ke dalam laut. Itulah yang membuatkan dia tidak dapat berenang ke tepian. Hana sudah banyak tertelan air laut sebelum tubuhnya dipaut oleh Firdaus. Segera Firdaus menarik tubuh Hana ke tepian dan menolak Hana naik ke atas batu-batu. Terasa penat dan keletihan Firdaus buat seketika, tetapi dia perlu memeriksa Hana sekiranya gadis itu memerlukan bantuan pernafasan.
Hana tiba-tiba tidak sedarkan diri. Tanpa berfikir panjang, Firdaus terus memberikan pernafasan mulut ke mulut seperti yang telah dia pelajari di kolejnya dahulu. Lama juga Firdaus mengulangi aksi pertolongan cemas itu. Ditekan-tekan juga dada Hana. Tidak lama kemudian, Hana tersedar dan memuntahkan air laut yang ditelan tadi. Terbatuk-batuk Hana, cuba untuk mencari keselesaan kerana tekak serta hidungnya terasa begitu perit. Ditolak tubuh Firdaus yang cuba untuk memaut tubuhnya.
“Kau duduk diam-diamlah! Aku cuba tolong kau ni!” Firdaus memeluk Hana supaya gadis itu duduk diam dan bertenang. Terlupa sudah yang mereka bukan mahram. Cemas punya pasal sampai terlupa!
“Tepiii!!” marah Hana. Terbatuk-batuk lagi.
“Ke sini, aku tolong kau!” Firdaus cuba mengangkat tubuh Hana.
Hana terdiam dan barulah dia teringat yang Firdaus baru sahaja menyelamatkan dia tadi daripada mati lemas. Dibiarkan lelaki itu memegang bahunya. Lantas, hanya dengan sekali angkat sahaja, tubuh Hana sudah berada di dalam cempungan Firdaus. Hana terasa malu melihat tubuh Firdaus. Walaupun berbaju t-shirt, badan sasa itu kelihatan sungguh seksi apabila basah.
“Assalamualaikum!” tiba-tiba ada seorang lelaki yang bersuara dari belakang mereka.
“Waalaikumussalam...” Firdaus menoleh. Hana juga cuba untuk melihat siapakah lelaki itu.
Lelaki berkopiah itu tidak keseorangan. Dia ditemani 5 orang lagi lelaki yang juga berkopiah. Hati Firdaus mulai dilanda resah. Bimbang jika apa yang difikirkan benar-benar kenyataan. Takkanlah mereka ini dari jabatan agama Islam? Ya Allah!
Hana menelan liur. Dia melihat keadaan dirinya dan juga Firdaus. Dahlah basah macam ni. Tak ada orang lain pula yang menemani! Memang mencurigakan! Hana tergeleng-geleng. Tidak percaya dengan apa yang baru berlaku. Janganlah mereka ini dari jabatan agama Islam sudah!
“Kami dari Jabatan Agama Islam Melaka. Tumpang tanya, apa hubungan kamu berdua ni? Suami isteri yang sah ke?” soal lelaki tadi.
Sekeping kad ditayang di hadapan Firdaus dan Hana. Kad itu adalah kad pengenalan diri bahawa mereka memang benar-benar dari Jabatan Agama Islam Melaka.
Firdaus dan Hana terkesima. Apa yang ditakutkan memang benar-benar menjadi kenyataan. Mereka gagal menjawab pertanyaan itu. Mereka terdiam dan mulai dilanda berbagai spekulasi serta fikiran yang bukan-bukan.
“Kami...bukan suami isteri..” getus Hana pendek. Nak menipu pun tak guna. Bukan ada bukti pun.
“Dia.. dia jatuh laut tadi, encik! Saya tolong dia.. saya cuba nak tolong dia aje..” Firdaus pula bersuara untuk menerangkan keadaaan sebenar yang terjadi.
Lelaki berkopiah itu kelihatan bercakap seketika dengan teman-temannya. Selesai bercakap, lelaki itu memegang bahu Firdaus. “Encik, sesiapa pun boleh reka alasan macam tu. Masalah sekarang ni, encik tiada saksi dan tiada bukti. Jadi, encik kena ikut kami.. apa-apa pun, kita bincang kat pejabat agama nanti. Jom, ikut kami..”
“Encik, logik ke saya nak berkhalwat dengan perempuan sehodoh ini? Fikirlah logik sikit, encik..”
Hana membesarkan matanya. Amboi! Tak habis-habis dengan perkataan ‘hodoh’ tu? Geram betul Hana.
“Logik atau tak, kita cakap kat pejabat agama saja. Jomlah,” ujar lelaki itu lagi. Membuatkan Firdaus akur.
Firdaus tertunduk. Rasa marah dan kecewa. Kalaulah dia tidak bertikam lidah dengan perempuan hodoh itu tadi, tentu dia takkan kena tangkap khalwat begini. Tolong orang pun disalah erti sebagai kesalahan khalwat! Inilah kali pertama Firdaus ditimpa rasa malu, marah dan kecewa begini. Firdaus sangat bimbang jika imejnya terjejas hanya kerana kes ini. Jangan sampai pihak media tahu tentang perkara ini. Kalau tidak, habislah! Aku takkan maafkan perempuan hodoh tu! Firdaus memang terasa bengang gila ketika ini. Wajah Hana langsung tidak mahu dipandangnya.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/24/2014 12:32:00 AM
Labels: msms

8 comments:

  1. AnonymousWednesday, September 24, 2014 at 8:06:00 AM GMT+8

    Terbaik...next!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousWednesday, September 24, 2014 at 10:17:00 AM GMT+8

    terbaik...next!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousWednesday, September 24, 2014 at 10:45:00 AM GMT+8

    Akhirnyer ader jgak citer terbaru dr kak auni..hehehe next n3 plezzz! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. MisS_SyaWednesday, September 24, 2014 at 10:52:00 AM GMT+8

    Alaaa..sedap2 bace dh abis. Hihihi. Tapi puas giler lah n3 pnjang mcmni! Tq kak auni! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. diraWednesday, September 24, 2014 at 11:36:00 AM GMT+8

    bestttt!! cayok2!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. UnknownWednesday, September 24, 2014 at 3:11:00 PM GMT+8

    best 3x nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, November 17, 2014 at 4:24:00 PM GMT+8

    Ada perancangan tak untuk terbitkan novel ini dalam versi cetak?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousTuesday, September 22, 2015 at 12:49:00 AM GMT+8

    wah hebat ! like it ... wuhuu ... salute lah 😊

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu