SUASANA di dalam bilik honeymoon suite itu cukup romantik
ketika ini. Irfan menyalakan lilin khas aromaterapi yang berbau Lavender. Muzik
yang bercampur irama saksofon oleh Kenny G dimainkan, bertajuk ‘I Believe I Can
Fly’. Volume diperlahankan untuk
menimbulkan kesan romantik. Kemudian Irfan memulas suis kawalan lampu tidur di
dalam bilik itu supaya lampu bertukar kepada cahaya yang lebih malap.
Kau buat apa ni, Ir? Nak buat suasana romantik pun,
bukannya Najwa tu boleh tengok suasana ni pun! Tapi, tak apalah. Untuk diri
sendiri pun jadilah. Ir geleng-geleng kepalanya. Namun kemudian bibirnya
mempamerkan senyuman kecil setelah Najwa keluar dari bilik air. Gadis itu sudah
lengkap berpakaian. Itu sedikit sebanyak membuatkan Irfan berasa agak kecewa. Sejak
mereka datang ke sini berbulan madu, Irfan tiada peluang langsung nak tengok
Najwa memakai sesuatu yang seksi.
“Hello, my dear..”
tegur Irfan.
Najwa senyum sendiri. Dia bagai tercari-cari Irfan berada
entah di sudut mana. “Hai.. Eh, awak duduk kat mana ni?”
“Sini, honey..” tangan Irfan menggenggam tangan Najwa.
Tangan gadis itu kemudiannya dibawakan ke dadanya. “Dan awak.. Berada di sini..
Dalam hati saya..”
Najwa menggigit bibir bawahnya. Pipinya terasa hangat.
“Awak ni.. Suka sangat merapu sejak kebelakangan ni!”
“Bila masa saya merapu tu?” soal Irfan lembut, berbisik.
Bulu tengkuk Najwa sedikit meremang mendengar bisikan
hangat itu. Nafas Irfan terasa menampar cuping telinganya. “Hmm, banyak masa
yang awak merapu tu. Tak tau saya nak pilih masa yang mana satu!” balas Najwa
dengan jawapan yang entah apa-apa. Ah, hentam sajalah labu!
“I am not. Saya
tak merapu atau bergurau. Not at all. I
am so serious and I’m doing all this just for our marriage.. Saya dah cakap
yang saya akan pikat awak dan buatkan awak cintakan saya,” bisikan Irfan kali
ini hampir membuat Najwa melompat. Berdegup jantungnya.
“Err.. Emmm.. Tapi,” kening Najwa berkerut. Apa perasaan
ni, ya?
Irfan tertawa kecil. “Okey, dah. Jom kita cerita pasal
benda lain pulak. Saya tahu awak dah mula naik rimas tukan?” duga Irfan.
Najwa sengih dan sedikit terangguk. “Tahu pun awak. Lain
kali janganlah cakap merapu lagi, ya?”
“Tak bolehlah, sayang. Awak tu bini saya. Jadi, memang
saya bertanggungjawab merapu macam tu dengan awak. Barulah terasa mesra sikit.
Dapat pahala lebih tau kalau suami isteri bermesraan. Saya nak ajar awak
dapatkan pahala mudah dan free.. Esok
kan dah nak balik KL. Nanti bila lagi nak berdua-duaan macam ni?”
Najwa tersenyum lagi. Ada-ada saja Irfan ni. “Awak ni,
ada-ada saja tau. Saya tahulah..”
“So, kalau
tahu.. ke sinilah..” Irfan menarik Najwa. Tubuh kecil molek itu dipeluknya.
Entah apa perasaan berbunga yang hadir ini agaknya? Irfan menarik nafas
panjang. “Shall we dance?” ajak Irfan.
“But, how? Saya
kan buu..” tidak sempat Najwa menghabiskan ayat, Irfan sudah memulakan langkah.
Diangkatnya sebelah dan sebelah lagi kaki Najwa lalu diletakkan ke atas
kakinya. Tubuh gadis itu dipeluk lagi dengan lebih kemas.
“Macam ni.. Just
follow my lead!” bisik Irfan. Senyumannya terbit saat itu. Najwa
melentokkan kepalanya ke bahu Irfan yang terasa agak sasa itu. Badan lelaki itu tidaklah besar
mana pun atau berotot tetapi tetap terasa tegap. Begitulah apa yang difikirkan
Najwa di dalam hatinya.
Irfan membawa Najwa menari di dalam pelukannya dan berlapikkan
kakinya mengikuti irama muzik yang dimainkan sejak tadi. Kini muzik saksofon
Kenny G bertajuk Forever In Love pula yang berkumandang. Hati Najwa tiba-tiba
ditumbuhi bungaan yang indah-indah. Dia berasa semakin selesa dan selamat
berada di dalam pelukan suaminya.
“Sayang..” langkah tarian mereka terhenti saat Irfan
bersuara.
Najwa keresahan setiap kali Irfan memanggilnya ‘sayang’
namun dia telah mencuba sebolehnya selama ini untuk membiasakan diri. Dan kini
dia sudah agak terbiasa walaupun keresahan itu tetap akan terwujud jauh di
sudut hatinya. Najwa mendiamkan diri kerana terlalu berdebar.
“Awak kena biasakan diri untuk kebiasaan seterusnya bagi
suami isteri. A kiss.. May I?” pinta
Irfan penuh mengharap. Wajahnya didekatkan ke wajah Najwa.
Najwa masih tidak beriak apa-apa. Mungkin tidak percaya
dengan apa yang baru disebutkan oleh Irfan. Cium? Sah, kalau aku kena cium
dengan dia nanti mesti aku akan terus pergi jadi pesakit di hospital bahagia.
Najwa! Dia kan suami kau? Kenapa kau ni liat sangat nak berikan hak dia? Bibir
Najwa bergetar saat terasa nafas Irfan terkena wajahnya. Dan itu bermakna,
wajah lelaki itu sudah begitu dekat dengan wajahnya! Najwa sudah rasa nak
pitam.
Cuppp! Akhirnya bersatu juga bibir Irfan dengan bibir
Najwa. Lama. Kucupan pertama mereka sebagai suami isteri. Najwa terus kaku
tidak bergerak-gerak. Matanya terasa membesar dan makin membesar. Dia masih
tidak percaya dengan apa yang berlaku. Namun dengan pantas dia menjauhkan
wajahnya dari Irfan. Entah mengapa ciuman itu terasa cukup tragis. Najwa
teringatkan cumbuan kasar lelaki yang pernah meragut kesuciannya dulu. Dan
ciuman Irfan mengingatkan dia pada lelaki tak berguna itu. Najwa panik dan
terduduk di atas lantai.
“Maafkan saya... Maafkanlah saya.. Saya masih tak mampu.
Maafkan saya,” getus Najwa. Air matanya berderai ke pipi.
“No, it’s okay.
Saya yang salah. Maafkan saya..” Irfan mengusap bahu Najwa dengan lembut.
Perasaan bersalah kembali bersarang. Mesti peristiwa buruk itu masih diingat
lagi oleh Najwa. Ya, Najwa. Saya yang salah sebab buat awak jadi macam ni. Maafkanlah
saya.. Maafkan saya! Hati Irfan terus merintih sayu.
SEORANG gadis turun dari sebuah Toyota Vios lalu berjalan
pantas menghampiri pintu kaca syarikat milik Tan Sri Haji Zainal. Sesiapa
lelaki yang melihat, semuanya terliur dengan keseksian gadis itu. Yang
perempuan pula, pasti rasa nak muntah hijau dan rasa nak mengutuk saja melihat cara
pemakaian gadis genit itu.
“Hey, my baby girl,
Rina! How are you? Bila sampai?
Kata nak balik naik flight besok?”
Encik Borhan memeluk Sabrina yang merupakan anak kepada abangnya. Gadis itu
baru pertama kali datang ke Malaysia. Selama ini, Sabrina dan keluarganya menetap
di Amerika Syarikat kerana abang Encik Borhan mempunyai bisnes di sana. Sabrina
datang ke Malaysia untuk melancong sambil melawat pak ciknya iaitu Encik
Borhan.
“Hi, uncle. Sihat
aje ni. Emm, tak jadilah balik besok.. Lagipun Rina memang saja nak buat surprise dekat uncle!” jawab Sabrina
ringkas. Dia tersenyum bangga apabila ada dua tiga orang lelaki yang lalu
lalang di situ memandangnya sampai berlanggar dengan dinding.
“Rina, Rina.. Masih tak berubah perangai suka buat surprise tu ya? Dulu uncle ke sana pun,
Rina suka buat surprise yang uncle
sendiri tak jangka..”
“Biasalah, uncle. Macam tak kenal pulak anak buah uncle
yang comel ni!” Sabrina memuji diri sendiri.
Encik Borhan hanya tersengih memerhatikan gelagat anak
buahnya yang seorang itu. Tidak lama dia tersengih, wajahnya berubah masam
apabila ternampak Tan Sri Haji Zainal dan Irfan sedang berjalan memasuki ruang
pejabat mereka yang luas. Terdapat beberapa buah bilik di ofis mereka. Semuanya
bilik pejabat orang-orang atasan dan terpenting syarikat iaitu bilik CEO,
Pengarah Urusan dan juga Naib Pengarah Urusan. Lebih ringkas lagi, bilik CEO
adalah bilik Tan Sri Haji Zainal. Bilik Pengarah Urusan merupakan bilik Irfan
dan seterusnya bilik Encik Borhan sendiri sebagai Naib Pengarah Urusan.
Sabrina memandang ke arah yang dipandang oleh pak ciknya.
Matanya sedikit membesar melihat kelibat dua orang lelaki kacak. Seorang sudah
agak berumur tetapi masih nampak menarik dan berkarisma. Seorang lagi, lelaki
muda yang memang sungguh kacak. Tidak pernah lagi Sabrina melihat lelaki
sekacak itu walaupun ketika di Amerika Syarikat.
“Morning,
Borhan. Siapa gadis manis ni?” Tan Sri Haji Zainal menyapa Encik Borhan dengan
ceria. Matanya sesekali dihalakan ke arah Sabrina yang sudah tersenyum penuh
makna.
Encik Borhan tersenyum buat-buat. “Emm, ini Sabrina. Anak
saudara saya yang tinggal di US. Baru aje sampai Malaysia.. Saja datang sini
jumpa saya kejap!”
“Oh, begitu. Sabrina ya? Welcome to Malaysia. Have a nice day. Nanti suruh pak cik kamu ni
bawa jalan-jalan keliling KL..” seloroh Tan Sri Haji Zainal cuba beramah mesra.
“Ya, I will..”
Sabrina tersenyum pada Tan Sri Haji Zainal. Kemudian pada Irfan pula namun
lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Sabrina berasa sedikit geram.
“Emm, abah. Ir masuk ofis dulu okey? Banyak kerja
terbengkalai..” pamit Irfan cepat-cepat. Dia rimas melihat Sabrina yang
berpakaian seksi begitu. Satu lagi, sebab mata gadis itu tidak lepas dari
memandangnya. Geli geleman Irfan dibuat Sabrina.
“Oh okey. Abah pun nak masuk ofis jugak. Okeylah,
Borhan.. Sabrina. Saya masuk ke bilik saya dulu. Have a nice trip in Malaysia, okay?” Tan Sri Haji Zainal tersenyum
sebelum melangkah.
Selepas Tan Sri Haji Zainal dan Irfan berlalu, Sabrina
terus mendapatkan Encik Borhan semula. “Who
is them, uncle? So charming. Yang
berumur sikit tu pun sangat charming,
uncle!”
“Rina tak nampak ke pelekat warna keemasan di pintu bilik
dia orang tu? Tan Sri Haji Zainal as the
CEO and Irfan Naufal as the Managing Director.. Bapak dengan
anak,” beritahu Encik Borhan dengan muka bosan yang jelas terpamer.
“Wah, si bapak tu berapa umurnya uncle?” Sabrina teruja.
“Dah 59 tahun. Tak lama lagi dah nak masuk 60 tahun..”
terang Encik Borhan.
“Huh? Tak macam umur tu pun? Nampak macam uncle lagi tua
dari dia!” Sabrina berseloroh dan tertawa geli hati melihat pak ciknya bermuka
cemberut.
“Rina ni.. Uncle tak nak teman jalan-jalan nanti baru
tahu..” ugut Encik Borhan.
“Alah, Pija ada kan?” Sabrina menyebut nama anak gadis
Encik Borhan yang muda dua tahun dari dia. Sepupunya itu memang satu kepala
dengan dia.
Encik Borhan menarik muka masam. Dia mencubit pipi
Sabrina dengan geram. Terjerit kecil Sabrina.
“I see, uncle.
Kalau Rina nak seduce si anak tu..
Boleh?” Sabrina yakin dia boleh cairkan Irfan dengan penampilan seksinya.
“Jangan cuba pun,” ujar Encik Borhan dengan sengih
panjang.
Sabrina mengangkat kening. “Kenapa pulak?”
“Sebab, budak Irfan tu dah kahwin pun..”
“What? Who is his wife? Cantik tertarik bergaya
the bomb macam Rina ni ke, uncle?”
Sabrina memusing-musingkan badannya persis seorang model bergaya.
“Hmm.. I think,
isteri dia tu memang cantik..” jelas Encik Borhan dengan wajah selamba.
“Tapi..”
“Tapi?” Sabrina sudah tidak sabar hendak tahu cerita
seterusnya.
“Buta..” bisik Encik Borhan dengan nada suara serendah
yang mungkin.
Mata Sabrina terbuntang. Dia bagai tidak percaya yang
lelaki bergaya dan kacak seperti Irfan itu berkahwin dengan perempuan buta.
Entah-entah, sebab perempuan tu kaya tak? Mulutnya didekatkan ke telinga Encik
Borhan pula untuk berbisik. “What a waste.
Buta? Irfan tu kut yang buta sebab pilih isteri buta macam tu? Perempuan tu
kaya kut, uncle?”
“Taklah. Perempuan tu anak yatim piatu. Sampai situ saja
yang uncle tau..”
Sabrina semakin pelik. Dahlah buta. Lepas itu, yatim
piatu pula. Apalah yang membuatkan Irfan yang cukup sempurna itu memilih
seorang perempuan buta menjadi isterinya? Takkanlah sebab cinta? Tak mungkinlah
lelaki zaman sekarang ini berfikiran kolot begitu. Dan lelaki sempurna macam
Irfan itu sepatutnya memilih perempuan yang sempurna juga untuk dibuat isteri.
Barulah tak memalukan dia jika hendak membawa isteri ke majlis-majlis
keramaian. Perempuan macam aku ni.. Barulah sesuai, kan? Sabrina berangan.
“Uncle, Rina rasa.. Something
is not right about their marriage. Takkanlah lelaki sesempurna Irfan itu
mahukan perempuan buta seperti tu? Tak masuk akal. Langsung tak logik,” getus
Sabrina dengan muka mengalahkan detektif profesional.
Encik Borhan hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Muka
Sabrina dipandang kosong. Fikirannya cuma dipenuhi dengan hal berkaitan kerja
sahaja ketika ini. Tan Sri Haji Zainal jenis yang tidak suka pekerja-pekerjanya
melengahkan kerja. Nanti buruk pula prestasinya di mata orang tua itu.
CUTI hujung minggu telah tiba. Tan Sri Haji Zainal
membawa keluarganya pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Memang menjadi
kebiasaan keluarga Tan Sri Haji Zainal berkelah begitu pada setiap 2 atau 3
bulan sekali. Bergantung pada kelapangan dia dan Irfan. Kawasan air terjun itu
merupakan hak milik keluarga Tan Sri Haji Zainal. Tiada sesiapa yang dibenarkan
masuk ke situ melainkan ahli keluarga sahaja.
Kawasan air terjun itu agak luas. Terdapat dua buah
pondok indah berhawa dingin yang dibina sebagai tempat beristirahat mereka. Di
dalam pondok-pondok itu segalanya sudah lengkap. Ada bilik tidur, ruang tamu
dan bilik air.
Air terjun di situ memang sangat dingin dan jernih. Najwa
tetap teruja walaupun tidak dapat melihat keindahan tempat itu. Baginya, dapat
merasai semua itu pun sudah cukup. Dia sudah sangat bersyukur.
“Lid! Sejuklah, Lid. Tak naklah..” Najwa tergelak riang.
Mulutnya sahaja yang berkata tak nak. Padahal, dia gembira sangat berada di
dalam air itu.
“Takde, takde! Akak kena jugak mandi dengan Lid.
Nanti Lid merajuk!” ujar Alida seraya menyemburkan air ke badan Najwa. Habis
kuyup baju t-shirt yang dipakai Najwa.
Tan Sri Haji Zainal tidak mandi. Dia hanya duduk di tepi
tebing memasak daging panggang, sosej, ayam panggang serta banyak lagi makanan
barbeku yang lain. Sesekali dia tersenyum riang melihat kegembiraan ahli-ahli
keluarganya. Irfan turut menolong abahnya memanggang. Namun matanya tidak
pernah berkalih lama dari merenung Najwa yang basah kuyup di dalam air terjun.
Nampak comel dan menarik sungguh. Geram pula Irfan tengok. Puan Sri Hajjah
Zairiah pula berada di dalam pondok, hendak tidur sekejap katanya.
“Ir, abah rasa kau patut beritahu Najwa cepat. Abah risau
tengok kau tu. Dah macam jatuh sayang aje?” Tan Sri Haji Zainal mula bersuara.
Nada seakan mengusik Irfan.
Irfan tersenyum. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. “Apa
maksud abah ni?” tangannya digerak-gerakkan untuk mengalihkan ayam dan daging
panggang.
“Abah ni adalah abah kau. Abah bela kau dari kecil lagi..
Cara kau tengok Najwa sekarang ni, dah tak macam awal-awal kahwin dulu..” jelas
Tan Sri Haji Zainal. Wajahnya agak serius.
Irfan tersenyum pahit. “Ir.. Memang dah mula nak dapat
terima dia, bah.. You know, terima
sebagai isteri Ir yang sebenar-benarnya. Jiwa dan raga Ir..”
“Kau dah rancangkan pelan untuk berterus-terang?” soalan
Tan Sri Haji Zainal kali ini benar-benar mencabar jiwa Irfan.
“Dah, abah. Tapi masih belum berani lagi..”
“Apa? Kau ni memang dah gila agaknya? Risiko besar ni
tau!”
Irfan mengeluh. “I
know when is the right time. So, don’t you worry about it.”
“Abah harap, waktu tu dah tak terlambat untuk kau..” ujar
Tan Sri Haji Zainal dengan kerutan di dahi.
“Doakan untuk Ir. Doakan Ir ada kekuatan untuk
berterus-terang sebelum waktu terlambat tu tiba..” ucap Irfan lirih. Wajah
Najwa kembali dipandangnya. Senyuman manis di bibir Najwa itu.. Adakah senyuman
itu akan kekal jika dia berterus-terang? Apa agaknya reaksi Najwa jika dia
memberitahu perkara itu? Irfan menelan air liur. Tidak dapat meneka apa yang
bakal berlaku. Dia terlalu takut jika dirinya dibenci Najwa.
“Ir, I think..
You’ve fall for her.. Daripada cara kau.. Abah yakin kau..”
“I know abah!
Ir tahu. Dan dah tak lama lagi dah semua ni akan berubah menjadi cinta dan
kasih sayang untuk dia, bah..” Irfan memandang lagi Najwa yang sedang
bermandi-manda dengan Alida.
Tan Sri Haji Zainal cuma mampu menggeleng kepala. Dia
juga turut membuang pandang ke wajah ceria Najwa. Bagaimana jika suatu hari
nanti keceriaan itu hilang dari wajah gadis malang itu? Tan Sri Haji Zainal
ingin membuka mulut lagi tetapi terhenti apabila Irfan tiba-tiba merengus
kecil.
“Abah, Ir minta diri kejap. Nak join dia orang mandi. Macam best
aje tu!” Irfan meminta diri untuk ikut serta bermandi-manda. Tan Sri Haji
Zainal tersenyum kelat. Tentu Irfan mahu melarikan diri lagi dari terus
dileteri. Dia kenal sangat dengan perangai Irfan itu.
Alida menjirus lagi badan Najwa dengan air bukit yang
sejuk giler itu. Terjerit-jerit kecil
Najwa dibuat Alida. Alida hanya tertawa melihat telatah comel kakak iparnya.
“Akak ni macam budak-budak kecik tau. Takut air!” ujar Alida geli hati.
Irfan tiba-tiba datang membuatkan Alida terkaku sekejap.
Irfan meletakkan jari telunjuknya ke bibir, tanda menyuruh adik perempuannya
merahsiakan kehadiran dia di situ. Selepas itu, dia membuat isyarat menyuruh
Alida beredar dari situ pula. Alida tersengih faham lalu mengangguk-angguk.
Alida bangun perlahan-lahan dan penuh hati-hati lalu terus beredar.
“Lid! Akak sejuklah. Bukan takut air..” terang Najwa
tersenyum riang. Namun Alida tidak menjawab. Najwa terasa pelik pula. Tadi,
bukan main lagi banyak mulut si Alida itu.
Irfan tersenyum lebar. Pipi Najwa yang sedikit kemerahan
dan basah itu direnung tanpa jemu. Bibir yang sedikit kebiruan kerana kesejukan
ditenung juga dengan nafas yang semakin
berat. Geram! Irfan berpeluk tubuh seketika.
“Lid? Lid dekat situ lagi ke? Kenapa tiba-tiba diam ni?”
Najwa sudah berasa panik dan curiga. Bukan boleh percaya sangat dengan Alida
tu. Jangan-jangan.. Dia berpakat dengan Irfan lagi? Aduh! Pakatan apa pula kali
ni, ya? Najwa berfikir-fikir sendiri, bagai sudah dapat meneka apa yang
berlaku.
“Lida pergi ke tebing,” getus Irfan tiba-tba. Hampir
terloncat keluar Najwa dari dalam air itu. Bibirnya bergetar. Antara kesejukan
dan kegugupan kerana terkejut. Tak sangka pula telahannya tadi betul.
“Oh..” kening Najwa terangkat sedikit. Memang sebijik
betul apa yang diramalnya seketika tadi. Dua beradik itu berpakat lagi. Jagalah
nanti Lid, akak karate! Gumam Najwa di dalam hati.
“Boleh kan suami awak ni datang join?” tanya Irfan lembut. Bagai ingin menduga.
Najwa tersenyum kecil. “Boleh aje. Kenapa pulak tak boleh
kan? Kita ni suami isteri!” giliran Najwa pula yang menggunakan ayat seperti
menduga.
“Eh, terima kasihlah awak..” balas Irfan. Tangannya menjalar
naik ke bahu Najwa.
Najwa sedikit panik. Bimbang gelagat mereka disaksikan
oleh ahli keluarga yang lain. Malulah dia kalau kena peluk kat sini! “Kenapa
sentuh-sentuh saya ni, awak?” suara Najwa sedikit merendah. Gugup.
“Kita kan suami isteri. Lagipun, saya pegang bahu awak
aje ni..” getus Irfan dengan nada yang nakal. Matanya meliar ke tubuh Najwa
yang agak seksi ketika basah begitu. Dari jauh tadi taklah nampak ketara
sangat. Bila duduk dekat macam ni, ketara pula bentuk tubuh Najwa. Aduh, tahan Ir!
Irfan menelan air liur.
“Okey.. Peganglah.. Tak kisah,” ujar Najwa, buat-buat
berani. Padahal di dalam hatinya, dia sudah hampir pitam. Kenapa nak pitam?
Sebab suara mengancam Irfanlah, apa lagi. Suara itu memang mampu meruntuhkan
segala dinding yang ada di dalam hati Najwa.
Irfan tertawa kecil lalu tersenyum nakal. “Boleh?”
Najwa hanya mengangguk. Air liur ditelan entah untuk kali
ke berapa.
Irfan merapatkan tubuhnya pada tubuh Najwa. Debaran Najwa
kian menggila. Dia menjarakkan pula tubuhnya ketika terasa bahu Irfan sudah
bersentuhan dengan bahunya. Irfan mendekatkan tubuhnya sekali lagi, dan seperti
tadi, Najwa menjauhkan semula tubuh mereka.
“Kenapa menjauhkan diri ni?” soal Irfan.
“Kenapa awak dekat sangat? Abah awak nampak nanti, tak
malu ke? Lid tu ada dekat situ, kan?” gerutu Najwa.
“So? Kita ni
suami isteri. Kenalah nampak mesra dan lovey-dovey.
Tak gitu?” duga Irfan, masih bernada nakal.
Najwa menarik nafas panjang. Dia cuba menguatkan
sisa-sisa semangat yang ada di dalam hatinya. “Mana boleh. Saya malu!” Najwa
menundukkan wajahnya yang mulai terasa membahang walaupun berada di dalam air
yang sejuk itu.
“Oh, kalau dah nak dekatkan diri aje pun dengan awak tak
boleh.. Saya peluklah, boleh?” terpacul juga perkataan-perkataan keramat yang
ditakuti Najwa sejak tadi.
Najwa sungguh terkejut dan tiba-tiba sahaja kakinya
terasa kekejangan. Kerana panik, dia tergelincir ketika mengundur ke belakang.
Tubuhnya terasa tenggelam di dalam air. “To.. Tolong!”
“Najwa!” jerit Irfan apabila ternampak Najwa tenggelam timbul
di dalam air. Tubuh gadis itu dibawa arus yang agak deras. Irfan cuba mengejar sepantas
yang boleh. Dah sampai kawasan air yang dalam.
Najwa terus panik kerana dia tidak boleh melihat walau satu
benda pun yang berada di hadapannya. Sudah banyak air yang ditelannya. Dia terkapai-kapai
sendirian, mengharapkan ada orang yang dapat menyelamatkannya. Doanya tidak putus-putus
di dalam hati.
“Kak Najwa!” jerit Alida pula. Alida turut menyertai
Irfan dalam misi menyelamatkan Najwa. Begitu juga Tan Sri Haji Zainal.
Sedang Najwa hampir tidak sedarkan diri, tubuhnya berjaya
dipaut oleh seseorang. Dia dapat merasai tangan seseorang yang memegang lengannya.
Dan selepas itu.. Dia terus tidak sedarkan diri.
NAJWA memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Dia masih menunggu
sesiapa datang menemuinya. Tidak lama menunggu, dia terdengar bunyi seperti pintu
dikuak. Daripada berbaring, Najwa bangun duduk. Siapa agaknya gerangan yang memasuki
bilik itu? Apa yang berlaku tadi? Aku kat mana? Sudah berada di rumah ke? Najwa
tertanya-tanya.
“Kak Najwa.. Dah okey ke?” suara Alida kedengaran bimbang.
Najwa tersenyum pahit. “Okey saja ni. Thanks sebab selamatkan akak, ye Lid. Akak..”
“Bukan Lid yang selamatkan akak..” balas Alida sedikit sebak.
Najwa mengerutkan dahi. “Habis tu? Siapa?”
“Abang Ir!” jawab Alida ringkas. Dia kembali sebak.
“Kenapa suara Lid macam sedih aje? Kita kat mana ni, Lid?”
soalan demi soalan Najwa membuatkan dirinya sendiri berasa rimas dengan soalannya.
Dia tidak betah dihantui tanda tanya begini. Kenapa Alida seperti sedang bersedih?
“Kita dekat hospital ni. Abang Ir masih tak sedarkan diri..
Tadi masa nak selamatkan akak, kepala dia terhantuk batu besar. Walaupun berdarah-darah
macam tu, dia tak berhenti cari akak dalam air tu. So, dia kehilangan banyak darah..” terang Alida dalam tangis.
Najwa terkejut menerima berita itu. Barulah dia sedar di tangannya terdapat tiub. Tentu tiub untuk tambah darah atau air. Katil itu juga
terasa lain benar dari katil di rumah. Dan air mata Najwa mulai mengalir. Dia terlalu
bimbangkan Irfan. “Dia dekat mana, Lid? Tolonglah bawa akak pergi jumpa dia..” tangisan
Najwa berlagu sendu.
“Dia di wad sebelah ni aje. Doktor cakap, dia akan sedarkan
diri juga nanti. Tapi ambil masa juga kerana dia mungkin masih trauma.. Sekarang
ni doktor tengah tambah darah untuk dia..”
“Lid, bawa akak jumpa dia sekarang ni. Now, Lid!” tangis Najwa.
Alida menolong mendudukkan Najwa di atas kerusi roda. Mereka
ke bilik Irfan. Sesampainya Najwa di sebelah Irfan, dia meraba-raba mencari tangan
suaminya itu. Jemari kasar itu digenggam erat lalu dikucup sepenuh perasaan. “Abang,
please bangun.. Wawa ni, bang..” air mata
Najwa menitis ke atas jemari Irfan. Dia sudah tidak pasti lagi sama ada panggilan
‘abang’ itu suatu lakonan di hadapan keluarga Irfan atau memang lahir tulus dari
hatinya.
“Kak Najwa.. Sabar..” Alida cuba menenangkan Najwa yang kelihatan
sungguh sedih dan risau.
“Abang.. Bangunlah. Maafkan Wawa.. Disebabkan Wawa, abang
jadi macam ni. Maafkan Wawa, bang..” getus Najwa sambil menangis teresak-esak.
“Nak, sabarlah.. Nanti bangun juga si Ir tu..” nasihat Tan
Sri Haji Zainal pula. Sedangkan Puan Sri Hajjah Zairiah juga sedang menangis kerana
tidak tahan melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak lelakinya itu.
“Abang.. Maafkanlah Wawa.. Kan Wawa dah jadi beban untuk abang?
Wawa dah cakap dulu, Wawa tak nak jadi beban. Inilah yang Wawa takutkan, bang. Wawa
dah membebankan abang, malah menyakitkan abang..” tangis Najwa berulang kali.
Najwa terus menangis apabila Irfan tidak menunjukkan sebarang
reaksi pun. Dia tunduk dan mencium-cium lagi jemari Irfan. Entah apakah perasaan
yang lahir ketika ini, dia masih tidak dapat mengenal pastinya. Yang pasti, dia
terlalu risaukan Irfan dan berasa bersalah kerana menyebabkan Irfan jadi begitu.
“Abang, please wake
up. I love you...” Najwa terkedu selepas mengucapkan perkataan-perkataan keramat
itu. Dia sendiri terkejut dengan apa yang baru terucap. Adakah benar dia sudah jatuh
cinta terhadap Irfan?
p/s : betul ke Najwa dah jatuh cinta? errkkkk~ hehe part Irfan berterus-terang akan menyusul xlama lagi... stay tuned..huhuhu :)
terbaeiklaa najwa..
ReplyDeleteperasaan sebenar akan muncul bila kita mula merasai kehilangan.... so najwa... awak dah jatuh cinta dgn encik hubby..... jgnlah menidakkan perasaan itu lagi.... moga irfan sedar akan ucapan cinta yg terlafaz itu....
ReplyDeleteX sabar nak tunggu waktu tu..
ReplyDeleteSuspen la pulak...
Hehehhehe....
Gud luck Ir...
wah....xsbr nk tgu ir trus terang...
ReplyDeletehope sgt najwa dapat terima Ir nti..
ReplyDeletethanks auni. semoga ir dan wawa bersama hingga akhirnya.
ReplyDelete-jaja-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlahai..romantic tahap sakit gusi irfan ni! Suka part dorng dancing tue..huuuu..haha..jgn la ade ape2 terjadi ngan irfan..n hopefully irfant terdgr najwa ckp i love u kat irfan..hihi..msti najwa blushing klau dia tau irfan dgr dia ckp i love u..haha..imaginasi lebih la pula! Kiki..thnk u untk n3 ni ya kak..debar2 nk tggu irfan berterus terang..msti perang dunia tue..huhu..chayo2 menulis kak.. :-)
ReplyDeletemuahh3.. tq veron syg.. :)
Deletedik pengarah urusan tu managing director ya bukan general manager
ReplyDeletehairiah
thx tegur.. ^^
DeleteHope btoi2 jtuh cnta..hehe
ReplyDeletebest gila kak...
ReplyDeletecerita ini menarik..saya suka dan tertanya tanya apa akan jadi...good job writer-Anis
ReplyDeleteromanatiknya irfan...saya pun nak suami macam irfan lah..hehehehehhe-Alia
ReplyDeletehehe.
ReplyDeletedah lama akak xupdate...
neway,.best mcm slalu. haha
Hoho.. Xsbr nk tau next n3<3
ReplyDeletebest...suka dgn irfan,,,he3
ReplyDeleteyes, ad entry. hihi cept2 update next entry
ReplyDeleteooohh tidak... dan akhirnye terluah jgk kata2 cinta 2 buat ifran.... best2... xsabar nk tunggu n3 br...
ReplyDeleteoohh tidak... dan akhirnye terluah jg kata2 cinta buat irfan.... cayookk najwa....
ReplyDeletebest laaaa....
ReplyDeletebuat e novel jela hahahaah
xyah nak terbit2...kang mkn mse nak tahu ending ! hehehehe
best sesgt sis..sya suke irfan sesgttttt!
ReplyDeletethumbs up sis.. =)
mmg best pom!
ReplyDelete-fatin aurely-
best ar akak... :)
ReplyDeleteBest sgt2
ReplyDeletebest gilerk
ReplyDeletesalam..Auni..alahai tragisnya..bila Irfan masih pengsan..adakah dengan kedatangan wawa Irfan baru sahaja sedar dan mendengar kata kata keramat yg lama dia tunggu dari gadis yg telah mencuri hatinya..
ReplyDeleteApakah perasaan wawa setelah Irfan menceritakan yg dia lah yg bertanggung jawab memperkosa wawa walaupun itu bukan niatnya sebenar kerana dia pada mulanya hanya mahu mengertak wawa sahaja..dan akak berharap agar wawa befikiran positif akan niat baik Irfan dan bukan nya membelakangi irfan kerana Irfan sanggup menebus kesalahan dan dosanya dengan mengambilnya sebagai seorg isteri walaupun dirinya kekurangan.. Alahai dik rasa tak sabarnya nak tunggu E3 untuk kesinambungan citer ni..