MATA Najwa membesar selepas mengucapkan ‘I love you’ pada Irfan. Benarkah
perasaan di sebalik ungkapan yang baru terbit dari bibirnya? Air liurnya
ditelan. Otaknya pula ligat berfikir tentang apa yang baru dia ucapkan. Eh, aku
ni biar betul? Takkanlah aku sudah mula jatuh cinta pada dia? Ya Allah.
Bantulah aku.. Janganlah sampai hatinya berduka keranaku. Aku tak sempurna
untuk dia.
Namun dengan tidak semena-mena, jemari Irfan seakan
bergerak-gerak. Najwa terus tersedar dari lamunan. “Lid! Abah! Ummi! Abang Ir
dah sedar ke?” Najwa terjerit kecil. Dia menyangka yang Irfan sudah sedarkan
diri.
Tan Sri Haji Zainal dan Puan Sri Hajjah Zairiah mengatur
langkah dengan pantas menghampiri katil Irfan. Alida juga turut menyertai abah
dan umminya. Keluhan kecil Alida kedengaran lemah. “Belum lagi, kak.. Dia masih
belum sedar..” Alida terasa sebak.
Najwa berkerut dahi. “Tapi, dia baru aje gerakkan
jari-jari dia tadi. Akak dapat rasa tangan dia bergerak sikit..” tingkah Najwa
sedikit keliru.
“Betul ke Najwa? Sekejap abah panggil doktor!” Tan Sri
Haji Zainal mengelap air mata yang terasa ingin terbit. Alhamdulillah. Mungkin
ini petanda baik.
Puan Sri Hajjah Zairiah tunduk memandang wajah Irfan yang
pucat lesi. Mata anak lelakinya itu masih terpejam rapat. “Ir sayang..
Bangunlah, sayang. Ummi sedih ni.. Takkan Ir sanggup buat ummi sedih macam ni
sayang?” tangis Puan Sri Hajjah Zairiah.
“Sabarlah, ummi. Kan abah tengah panggil doktor tu?
Mungkin petanda baik sebab Abang Ir dah boleh gerakkan tangan dia. Itu pun
lepas Kak Najwa cakap I love you.
Kalau cakap banyak-banyak perkataan tu, entah-entah dia terus terbangun tak?”
sempat lagi Alida mengusik Najwa dan Irfan.
“Hesy! Lid ni.. Kan Abang Ir tengah sakit ni. Apalah yang
Lid repekkan ni?” bebel Najwa sambil mengelap air matanya. Dia masih risau!
Alida pula sempat lagi hendak menyakatnya.
“Betul cakap Kak Najwa kau tu, Lida. Apalah yang kau
cakapkan waktu abang kau sakit macam ni?” giliran Puan Sri Hajjah Zairiah pula
yang membebel.
“Lida cakap perkara yang betul aje, ummi. Lagipun, Lida
rasa Abang Ir dah okey tu. He just need
little more ‘push’ dari Kak Najwa. Sebutlah lagi perkataan keramat tu akak.
Lid boleh bagi gerenti yang Abang Ir mesti terus bangun nanti!” Alida tersengih penuh makna di hujung
kata-katanya. Tidak lama senyuman itu, pipinya dicubit oleh Puan Sri Hajjah
Zairiah.
Alida terjerit-jerit kecil kepedihan. Mulutnya
dimuncungkan sedepa. Puan Sri Hajjah Zairiah mengangguk-angguk dengan wajah
geram. Geram sangat! “Hah, buatlah lagi. Ummi cubit kat peha pulak. Nak
mengusik tak kira tempat ni. Kesian abang dengan akak kau tu.” Omel Puan Sri
Hajjah Zairiah.
“Ala, ummi ni. Betul apa Lida cakap. Lida suruh Kak Najwa
test aje sebutkan lagi I love you tu.
Manalah tahu, mujarab nanti!” rungut Alida dengan suara yang rendah. Bimbang
dicubit lagi oleh umminya. Wah, garang juga ummi walaupun dah tua-tua ni ye!
Najwa sempat mengulum senyum kecil kerana lucu dengan
tingkah Alida yang nakal serta ibu mertuanya yang comel apabila membebel.
Bagaimana agaknya wajah mereka? Tiba-tiba Najwa berasa sayu. Kalaulah dia dapat
melihat wajah-wajah itu.. Dan wajah yang paling dia teringin sangat nak tengok..
Adalah Irfan. Suaminya Irfan Naufal! Entah mengapa... Tiba-tiba sahaja perasaan
ini muncul di dalam hatinya. Ya, dia sangat teringin hendak melihat wajah
Irfan. Kacakkah? Atau sekadar sedap mata memandang? Kata Tinie, Irfan seorang
lelaki yang sangat kacak dan bergaya. Tapi, boleh percaya ke? Tinie tu, semua
lelaki pun handsome bergaya di mata
dia!
Tidak lama kemudian, seorang doktor dan dua orang
jururawat cantik kelihatan muncul di bilik itu bersama Tan Sri Haji Zainal.
Doktor separuh usia itu berjalan ke arah Irfan. Dia mengarahkan jururawatnya
mengambil alatan-alatan yang perlu. Selepas itu dia mulai memeriksa nadi Irfan.
Mata Irfan juga diperiksa dengan sebuah lampu suluh khas yang kecil. Dengan
senyum yang melebar, doktor itu menghadap semula wajah Tan Sri Haji Zainal
serta ahli keluarga yang lain. Hanya Najwa sahaja yang masih menunggu di
sebelah katil Irfan.
“Alhamdulillah.. Encik Irfan dah tunjukkan tanda-tanda
positif. Dia akan sembuh sepenuhnya dalam 2 hingga 3 hari lagi. Dia dah sedar,
cuma kesan ubat yang masih buatkan dia tidur. Insya-Allah dalam petang atau
malam nanti, dia bangunlah!” terang doktor itu dengan wajah gembira. Selepas
bercakap-cakap seketika dengan Tan Sri Haji Zainal, doktor itu terus keluar
dari bilik wad tersebut.
“Alhamdulillah..” Puan Sri Hajjah Zairiah mengucup dahi
Irfan dengan penuh kasih sayang. Dia bersyukur Irfan tidak apa-apa. Tan Sri
Haji Zainal hanya tersenyum. Di dalam hatinya, dia juga bersyukur sangat.
“Alhamdulillah. Kan Lid dah cakap... Abang Ir dah okey..”
ujar Alida pendek. Dia memegang bahu Najwa lalu diusap lembut.
“Yelah, Lid..” Najwa mengangguk dan mengelap air mata
terakhir. Dia terharu dan juga sangat bersyukur.
“Tapi... Kalau akak nak cepatkan proses Abang Ir bangun,
akak sebutlah banyak-banyak I love you
kat dia!”
“Lid!” Suara Najwa keras. “Lida!” berturut-turut pula
dengan Puan Sri Hajjah Zairiah. Sebutan aje yang lain-lain. Padahal nama orang
yang sama saja. Alida.
“Oppsss..” Alida tersengih apabila ternampak umminya
menjegilkan mata. “Kak Najwa, Lid nak balik rumah ni. Nak ikut? Nanti petang
kita datanglah balik. Okey? Doktor yang rawat akak tengah hari tadi cakap, akak
dah boleh discharge bila-bila masa
saja hari ni jugak sebab akak takde
cedera apa-apa pun,” ajak Alida.
“A’ah, btul tu. Pasal Ir jangan risau sangat, biar ummi
yang tolong tengokkan Ir ni. Ikutlah Lida tu balik rumah. Najwa mesti dah
penat, kan?” sokong Puan Sri Hajjah Zairiah. Wajah Najwa yang serba-salah
dipandang lama.
“Tapi ummi.. Najwa rasa, Najwa kena duduk sini temankan
Abang Ir. Lagipun, Najwa yang menyebabkan dia terlantar kat sini. So, Najwa rasa bersalah kalau tak jaga
dia..” Najwa seakan tercari-cari kedudukan ibu mertuanya.
Puan Sri Hajjah Zairiah dan Alida saling berpandangan.
Rasa tidak sedap hati pula hendak biarkan Najwa menjaga Irfan di sini. Kan
Najwa buta. Dapat ke dia bergerak bebas kalau tiada sesiapa yang membantu
nanti? Serba-salah sangat Alida dan Puan Sri Hajjah Zairiah ketika ini.
“Takpelah,
Lida. Lida baliklah dulu. Ummi temankan Kak Najwa dengan Abang Ir kau kat sini.
Nanti tolong ummi packing
barang-barang ummi dan juga abang kau. Jangan lupa satu benda pun tau?” getus
Puan Sri Hajjah Zairiah, berbisik pada Alida. Tidak mahu perbincangan mereka
didengari Najwa. Nanti rasa bersalah pula gadis itu.
Alida mengangguk kecil. Namun kemudian Alida kembali
memandang wajah umminya. Dia pula yang berbisik. “Ummi, apa kata kalau ummi
yang balik dengan abah. Biar Lida yang duduk sini dengan Kak Najwa? Nanti ummi
datang, Lida pula balik. Okey tak?”
Puan Sri Hajjah Zairiah mengangguk setuju. Dia kembali
menghalakan pandangan ke wajah Najwa. “Najwa, kalau macam tu.. Najwa duduk
sinilah. Lida tak jadi balik.. Dia nak teman jugak. Jadi, ummi balik dengan
abah dulu. Nanti petang sikit, ummi datang semula bawak barang-barang Ir.
Okey?”
Najwa tersenyum manis. “Okey, ummi. Terima kasih bagi
Najwa stay sini. Lid, sure ke tak jadi balik ni?”
“Yes, positive!
Lagipun, Lid tak puas lagi mengusik akak!” usik Alida, menyempat pula dia.
Najwa terkesima seketika. Bibirnya diketap, geram! “Lid
ni.. Dah rasa tak lama lagi nak kena karate ni kan?”
“Alah, rileks la Kak Najwa..” Alida tergelak, begitu juga
Najwa dan Puan Sri Hajjah Zairiah. Tan Sri Haji Zainal hanya menjongket bahu
serta menggeleng.
Matanya melihat jam di pergelangan tangan. Jam tangan berjenama
Rolex itu sudah lama dipakainya. Masih belum bertukar jam walaupun sudah hampir
10 tahun dia membeli jam itu. Kalau orang-orang berpangkat Tan Sri yang lain,
tentu setiap hari sudah bertukar-tukar jam tangan berjenama mereka. “Jomlah,
Yah. Dah nak masuk waktu Asar.. Nanti lepas maghrib kita datang.. Rasa macam
tak sempat nak datang sebelum tu..”
“Yalah, bang. Mana-mana ajelah. Asalkan kita datang
semula ke sini nanti..”
Tan Sri Haji Zainal tersenyum melihat wajah ceria Najwa
setelah doktor memberitahu bahawa Irfan akan sedar nanti. Namun, ada rasa risau
yang masih bersarang. Semoga Irfan dapat segera berterus-terang sebelum Najwa
benar-benar cintakan dia sepenuh hati. Tadi pun Tan Sri Haji Zainal sudah risau
sangat bila Najwa menyebut ‘I love you’
pada Irfan. Dia risau jika benarlah Najwa sudah jatuh cinta pada Irfan, lagilah
susah nanti Irfan hendak berterus-terang.
WAKTU malam menjelma. Puan Sri Hajjah Zairiah dan Tan Sri
Haji Zainal baru sahaja menelefon memberitahu bahawa mereka akan terlewat
sedikit ke hospital. Alida dan Najwa berbual-bual di sofa yang disediakan di
dalam wad itu. Sambil berborak, Alida turut memotong beberapa biji buah epal
untuk santapan mereka berdua.
“Lid, doktor cakap tadi Abang Ir akan sedar petang atau
malam ni. Tapi, dia belum lagi sedar..” Najwa mulai risau kerana Irfan belum
lagi sedar.
Alida menarik nafas pendek. “Hmm, mungkin kejap lagi
kut.. Itulah akak, orang suruh sebut ‘I love you’ banyak-banyak dari tadi lagi.
Akak yang tak nak. Kalau akak buat, mesti dia terus bangun punya. Baru sebut
sekali pun dah bergerak-gerak tangan dia tu!” di hujung ayat, Alida tertawa
kecil.
“Lid ni.. Ke situ pulak. Akak betul-betul risaukan Abang
Ir ni tau!”
“Lid pun risau jugak akak. Tapi dah nak buat macam mana,
Allah masih belum takdirkan dia sedar sekarang atau malam ni. Mungkin besok la
kut...” mata Alida membesar saat terlihat abangnya sudah sedar.
Kepala abangnya sudah bergerak-gerak serta terjengul.
Hendak bangun rasanya. Tangan lelaki itu juga sudah mula menekan katil untuk
menyokong tubuhnya supaya dapat bangun duduk. Matanya mulai mengenal pasti
Alida, kemudiannya Najwa.
Belum sempat Irfan mahu membuka mulut, Alida menaikkan
jari telunjuk ke bibirnya tanda menyuruh abangnya diam sekejap. Alida segera
bangun dari duduknya. Ada agenda yang baru terlintas di benaknya. Alida
tersenyum simpul. ‘Drama’ bakal berlaku.
“Lid... Akak betul-betul risau!” Najwa mulai tidak senang
duduk. Bagaimana jika doktor tersilap check
dan Irfan takkan sedar sampai bila-bila? Ya Allah, selamatkanlah suamiku..
Najwa tergeleng-geleng tidak mahu berfikir yang bukan-bukan lagi.
“Akak, Lid rasa.. Abang Ir memang perlukan akak! Ke
sinilah akak, Lid bawa ke katil dia.. Dia macam sebut-sebut nama akak je tu,”
Alida tersengih pada Irfan yang tengah blur.
Apa yang Lida merepek tu? Aku kan dah sedar.. Irfan mulai
pelik dengan tingkah Alida. Dia membuat isyarat bertanya Alida tentang apa yang
adiknya itu hendak lakukan. Alida hanya membuat isyarat menyuruh Irfan tunggu
di situ dan diam. Lagilah Irfan pelik.
“Lid.. Macam mana kalau doktor salah check? Hesy, akak asyik fikir yang bukan-bukan aje ni, Lid. Akak
risau sangat!” ucap Najwa lagi ketika dia dipimpin oleh Alida ke arah katil
Irfan.
Irfan menelan air liur yang terasa pahit. Kata-kata Najwa
membuatkan dia sedikit tersentuh. Najwa risaukan dia? Dan sewaktu dia belum
bangun tadi, dia bagai terdengar Najwa mengucapkan ‘I love you’ pada dia. Tapi, tak mungkinlah. Itu mungkin cuma mimpi
sahaja.
“Kalau akak risau, akak cubalah cara yang Lid cakapkan
dari tadi tu. Ucapkan ‘I love you’
macam yang akak pernah ucapkan waktu awal-awal tadi tu..” cadang Alida dengan
suara yang kedengaran serius. Sengaja Alida buat suara begitu untuk membuktikan
bahawa dia konon-kononnya tengah serius.
Irfan tergamam. Maknanya betullah apa yang aku dengar
sewaktu belum bangun tadi? Maknanya semua itu bukan mimpilah bila aku terdengar
suara Najwa mengucapkan ‘I love you’
pada aku? Hati Irfan bergetar tidak percaya.
“Lid.. Tak naklah. Janganlah suruh lagi. Takkan sebab tu
aje Abang Ir boleh bangun kut? Jangan bergurau waktu-waktu macam ni, Lid!”
“Kak Najwa, try
je. Lid suruh try sahaja. Okey?”
pujuk Alida lagi. Matanya sempat dikenyitkan pada Irfan yang sudah mula dapat
menangkap makna di sebalik tingkah Alida itu. Irfan terangguk-angguk dan
tersenyum lebar. Tidak sabar dia hendak mendengar lagi sekali dalam keadaan
sedar sepenuhnya.
Najwa menelan liur. Lid ni, takkanlah kena cakap depan
dia kut? Malu tau! Hmm, tapi perlu ke malu kalau perbuatan aku ni hanya demi Irfan?
Untuk cuba memberikan semangat kepada suami aku tu? Kau kan tak pernah buat
apa-apa pun untuk Irfan, Wawa. Inilah waktunya untuk kau jalankan tanggungjawab
kau sebagai isteri dia. Najwa menelan air liur sekali lagi. Berdebar, memang
berdebar hati Najwa sekarang.
“Hmm.. I love..
Emm, love..” Najwa tergagap-gagap
kerana malu dengan Alida.
Alida menepuk dahinya. “Akak malu ke? Lid keluar ya. Akak
cakap-cakaplah dengan Abang Ir! Mudah-mudahan dia sedar nanti!” sempat lagi
Alida tersenyum dan mengenyitkan mata kepada Irfan sebelum dia berlalu keluar.
Irfan hanya membuat muka selamba. Malas hendak melayan
perangai budak Alida itu. Kalau dilayan nanti makin menjadi-jadi pula. Macamlah
dia tidak kenal dengan adik dia tu. Pandangan Irfan jatuh semula ke wajah Najwa
yang merah padam. Mungkin masih belum reda rasa malu.
“Awak.. Awak nak tahu tak?” Najwa memulakan kata apabila
yakin Alida sudah keluar dari situ.
Irfan memasang telinga. Dia merenung wajah mulus Najwa
yang cantik bertudung litup rona krim keputihan itu. Alis mata yang menawan,
bibir merah delima yang merekah, hidung mancung yang kecil serta bulu mata yang
lentik. Memang boleh menggoda mana-mana sahaja lelaki.
Lamunan Irfan terhenti apabila terasa tangannya diraba
oleh Najwa lalu digenggam gadis itu. Najwa juga mengucup lembut jemarinya. Semerta
jantung Irfan terasa bergetar tidak keruan. Ada perasaan sebu yang menggebu dan
berbunga-bunga dalam tangkai hatinya. Adakah ini cinta? Irfan mulai berasa
tidak sedap hati. Kalaulah ini cinta... Apa yang akan terjadi bila dia tahu
akulah Irfan Naufal yang pernah merogol dia dulu? Irfan mulai berasa menyesal
kerana tidak mengikut kata abahnya supaya berterus-terang waktu awal dulu.
“Awak, kalau awak nak tahu.. Dulu sewaktu awal-awal
kahwin dengan awak.. Saya terlalu takut untuk hidup dengan awak kerana saya tak
kenal awak dan saya tak nak menjadi beban untuk awak..” Najwa menjatuhkan
kepalanya ke atas jemari Irfan yang masih digenggamnya. Ada air mata yang
luruh.
Irfan berasa tersentuh mendengar. Air mata Najwa yang
menitis terasa panas di tangannya. Jangan menangis, sayang... Irfan teringin
ucapkan kata-kata itu namun dia ingin terus mendengar apa yang ingin dikatakan
oleh Najwa. Perasaan hatinya yang jauh terpendam.
“Tapi sekarang.. Bila dah lama hidup dengan awak.. Saya
dah rasa lain macam. Saya tak nafikan yang saya dah mula rasa selamat berada di
sisi awak. Saya selesa bila awak berborak dengan saya. Dah tak kekok macam
dulu. Layanan awak yang first class
buat saya berasa dimanjai dan disayangi. Awak terlalu baik buat saya. Saya tak
mampu lukakan hati awak kalau awak tahu semua kebenaran pasal diri saya..
Kerana saya rasa, saya dah hampir-hampir jatuh hati pada awak.. Dan saya takut
untuk mencintai serta dicintai oleh awak. Saya takut suatu hari nanti, hati awak
akan luka berdarah disebabkan saya!”
Terbit air mata Irfan mendengar pengakuan Najwa. Aku yang
bersalah dalam hal ini semua. Kenapa Najwa yang kena tanggung semua sekali? Ya
Allah, kenapa aku ni payah sangat nak buka mulut pasal kejadian tu? Kenapa aku
ni seorang pengecut yang langsung tidak boleh berubah menjadi lebih berani?
Irfan mulai terasa sebak. Namun dia cuba bertahan, tidak mahu Najwa dengar yang
dia sedang menangis.
“Ya, saya memang dah hampir jatuh cinta dengan awak. Hmm,
mungkin juga dah pun jatuh cinta dengan awak.. So, apa yang patut saya buat sebelum saya betul-betul pasti dengan
perasaan saya ni? Perlu ke saya berterus-terang semuanya pasal diri saya?
Awak... Bangunlah. Please! Awak kena
bangun demi saya. Please... Abang,
bangunlah. I love you.. I love you.. I love you!!” Najwa tidak
dapat mengawal perasaannya yang terlalu takut kehilangan Irfan. Berkali-kali
ucapan I love you itu pun, dia tidak
sedar langsung. Dia bagai sudah lupa diri. Menangis dan menangis tanpa henti.
Terasa tangannya digenggam balas, barulah Najwa berhenti
menangis. Air mata dilap dengan laju. Dia bagai menanti tindak balas seterusnya
dari Irfan. Tangan lelaki itu sesekali akan dikucup penuh perasaan.
“Sayang... Don’t
cry,” ucap Irfan perlahan. Suaranya kedengaran sayu. Dia betul-betul
terkejut dengan pengakuan cinta Najwa. Begitu juga dengan panggilan Najwa
kepadanya. ‘Abang’. Itulah yang disebut Najwa tadi. Walaupun hanya sepatah
sahaja, ianya sudah cukup bermakna buat Irfan.
“Awak dah bangun?! Alhamdulillah, syukur! Saya panggil
Lid ya? Li....” tidak sempat Najwa hendak melantangkan suaranya, terasa
bibirnya dikucup lembut oleh Irfan. Mata Najwa membesar, wajahnya bertukar
merah menyala.
Irfan tersenyum selepas menjauhkan kembali wajahnya dari
Najwa. Tubuh gadis itu kemudiannya ditarik rapat naik ke atas katil. Dengan
sepenuh perasaan, dia memeluk Najwa. Air mata Najwa masih menitis. Irfan
menyeka air mata itu. Bibirnya singgah lagi, kali ini di dahi Najwa pula. Dia
sudah tidak boleh menafikan lagi yang dia sudah terlalu sayangkan gadis itu.
Najwa masih tergamam. Namun tidak lama selepas itu, dia
melentokkan kepalanya dengan manja ke dada Irfan. Selesanya.. Bibir Najwa
mengukir senyuman. Dia bahagia. Sangat bahagia apabila dipeluk oleh Irfan. Air
mata mengalir lagi kerana dia terlalu bersyukur dan terharu.
Syaitan yang menyaksikan sepasang suami isteri yang sudah
dilamun cinta itu terus menjadi tidak menentu. Syaitan menghampiri telinga
Najwa dan Irfan lalu berbisik. “Eloklah dah jatuh cinta kan.. Tapi, apa yang
akan jadi bila kebenaran terbongkar? Lebih baik jangan teruskan perasaan cinta
tu kalau takut nanti patah hati!”
Serentak Irfan dan Najwa berasa tidak sedap hati kerana
terpedaya dengan bisikan syaitan. Jantung Najwa mulai mengepam darah dengan
kelajuan yang lebih dari biasa. Begitu juga Irfan. Irfan dah dengar semua yang
aku cakap tadi ke? Najwa mulai tertanya-tanya.
“Emm, awak baru sedar? Awak ada dengar apa yang saya
cakapkan tak tadi?” soalan Najwa melantun dengan tiba-tiba. Irfan tergamam
sekejap.
Irfan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sendiri
berasa resah tentang hal yang dia rahsiakan dari Najwa. Sama juga seperti Najwa
yang gelisah kerana hal itu. Kedua-dua mereka mempunyai rahsia besar yang sama
tetapi hanya Najwa sahaja yang tidak tahu bahawa mereka berkongsi rahsia yang
sama. Irfan yang merogol dan Najwa yang dirogol. Bagaimana agaknya kesudahan
kisah mereka jika segala-galanya terbongkar nanti? Irfan menelan liur kerana
gugup.
“Saya dengar semuanya..” akui Irfan.
Najwa menggenggam cadar katil itu dengan spontan kerana
tergamam. “Semua?” wajahnya mulai terasa panas. Gelisah dan malu memikirkan
yang dia sampai lupa diri masa bercakap tadi.
Najwa menarik nafas panjang. Dia kena juga beritahu Irfan
tentang itu. Sementara perasaan mereka masih belum kuat. Supaya masing-masing
takkan terlalu terluka. Jika Irfan benar-benar ikhlas terhadapnya, tentu lelaki
itu boleh menerima diri Najwa seadanya. Najwa menguatkan semangat. “Apa yang
awak dengar tadi? Saya cakap apa?”
“Awak panggil saya, ‘abang’!” Irfan tersenyum melihat
wajah Najwa berubah terkejut beruk. Memang jelas wajah gadis itu menjadi
bertambah merah.
Najwa mengeluh kecil. Dia sudah tidak peduli tentang itu.
Yang penting sekarang, perkara yang benar-benar penting itu! Tentang kisah
hidup Najwa. “Lagi?”
“Lagi... Hmm.. Apa ya? Saya paling ingat yang ‘abang’ tu
je..”
“Awak! Cepatlah..” Najwa mendesak. Irfan ni, boleh pula
bermain-main.
“Nothing else.. Why?”
Irfan tahu apa yang Najwa maksudkan. Bukan sekarang masanya untuk mereka
berbincang mengenai hal itu. Irfan sendiri masih takut dan belum bersedia!
“Serius ke ni, nothing
else?” Najwa ingin memastikan.
Irfan mengeratkan semula pelukan. “Betul la sayang. Nak
abang buktikan macam mana lagi?” Irfan menggunakan perkataan ‘abang’ dengan
sengaja.
Berderau darah Najwa. Dia menyembunyikan wajah. Malulah
kalau Irfan tengok reaksi wajahnya ketika lelaki itu sudah mula bahasakan diri
sebagai ‘abang’. “I have something to
confess.. Boleh dengar kan?”
Irfan sudah berasa tidak senang duduk. Wajahnya
mempamerkan kerisauan sedangkan hatinya pula sungguh resah dan gelisah.
Kenapalah Najwa hendak membangkitkan lagi hal itu? Ya, Irfan sudah berasa aura
yang dia bakal kehilangan Najwa jika rahsia itu terbongkar. Dan dia tidak mahu
semua itu berlaku! Tetapi dia tahu yang dia masih perlu berterus-terang. Hidup
mereka perlulah berlandaskan kejujuran. Itulah yang dimahukan Najwa agaknya.
Gadis itu tidak mahu terus menipu Irfan dan hidup dalam penipuan buat
selama-lamanya.
“Ermm... Go on..”
suara Irfan kedengaran sungguh lemah sekali.
Najwa menelan liur. “Sebenarnya.. Saya..”
Irfan mengeratkan pelukannya. Dia bimbang Najwa akan
benar-benar menyebut tentang perkara itu. Apa reaksi yang patut dia berikan
nanti? Dicium lembut dahi Najwa yang berada tidak jauh dari bibirnya.
“Sebenarnya.. Saya ni.. Saya.. Emm, saya..”
“Kalau sayang rasa keberatan, takpelah. Tak payah pun takpe.
Abang okey je,” ujar Irfan cepat-cepat. Dia perlu segera bertindak sebelum
kisah itu dibuka.
“Tak! Saya kena juga cerita pada awak.. Tentang siapa
diri saya yang sebenar. Kisah di sebalik hidup saya yang awak nampak normal
ni..”
“Sayang, kalau kisah tu bakal buatkan sayang atau abang
bersedih, baik tak payahlah. Kita teruskan hidup sebagai suami isteri macam ni
sampai ke hujung nyawa kita, ya?” entah dari mana idea itu datang, Irfan pun
tidak pasti. Entah mengapa dia tidak tega kisah itu disebut-sebut lagi dan dia
juga seperti mahu merahsiakan semua itu buat selama-lamanya dari pengetahuan
Najwa agar gadis itu akan sentiasa berada di sisinya sehingga ke akhir hayat
mereka berdua.
Kata abahnya memang betul. Bila hati sudah jatuh sayang,
pasti dah susah hendak berterus-terang. Kalaulah dia mengikut cakap abahnya
waktu itu, tentu semua ini takkan terjadi! Kau bodoh, Ir! Kau memang bodoh,
bangang! Kau pentingkan diri sendiri. Kerana terlalu pengecut, kau sanggup
rahsiakan segala-galanya. Ya, kau memang dasar pengecut! Mata Irfan terasa
digenangi air.
“Tak mungkin hati saya akan tenang sampai bila-bila pun
kalau tak ceritakan pada awak... Emm, please
dengar dengan teliti dan jelas okey?” tekan Najwa. Dia berkeras ingin ceritakan
juga.
Irfan ternganga. Dia mengusap lembut pipi Najwa, mencium
lagi dahi gadis itu semahu-mahunya. Seolah-olah dia sudah tidak lama lagi bakal
kehilangan gadis itu. Yalah, kalaulah Najwa sudah bencikan dia nanti, tentu
sukar lagi untuk dia menyentuh tubuh Najwa seperti ini.
Najwa juga seolah-olah menghayati semua perlakuan Irfan.
Dia bimbang mungkin lelaki itu takkan menyentuhnya begitu lagi selepas
mengetahui perkara yang sebenarnya. Malah, mungkin dirinya akan dibuang terus dari
hidup Irfan kerana perasaan jijik lelaki itu terhadapnya. Ya Allah, tabahkanlah
hatiku.. Najwa menyeka air mata yang ingin tumpah.
“Sebenarnya, saya bukan dara lagi.. Saya pernah dirogol
oleh seorang lelaki..” Najwa menghabiskan ayat senafas sahaja. Dia tidak mahu
gagap lagi. Reaksi Irfan dinantikan dengan penuh debaran yang menggila. Adakah
lelaki itu akan tulus menerima diri dia seadanya? Atau adakah dia akan dibuang
terus dari hidup lelaki bernama Irfan Naufal itu? Lelaki yang sudah mula
disayangi olehnya....
oh no... Ir..
ReplyDeleteplease do something
jgn diam je.. auni.. awat la stop takat tu..
adooiii laaa....
huhuhu....sabo kak :P
Deletewah...x sabar nak tau sambungannyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteJeng jeng jeng.. suka betul lah writer buat reader ternganga mulut.. hehehehe
ReplyDelete-my name is CT-
sakit jantung kejap..adoi lah cepat sambung auni..
ReplyDeletedah confesss si wawa, giliran si ir lak...
ReplyDeletetp x yah lah kottt, nnti sedeyyy lakkk
wawa musti lari biler tau ir yg rogol dia lu..
x moo x moo..
alahai, mcm mna reaksi Najwa agaknya ya leps thu semuanya? minta cerai ke? jangan! sweet jea dua org ni, memng sesuai
ReplyDeleteCEPATLAH SAMBUNG .....
ReplyDeleteoh my god akakkkkk.....naper stop gini sihhh!!bikin tidur mlm sye xsempurna jer mlm nihh! cpt2 smbung k!!!!!
ReplyDeletetaraaa...bagus najwa luahkan apa yg terbuku, selagi disimpan akan jd racun... hope ir pn luahkan jg demi kebahgianan masing2... hope jg jgn la dowg ni bercerai....
ReplyDeletewaduh.. waduh.. gawat ni... cik writer wat saspen la plak.. huhuhu... harap2 la Ir dpt pkir reply yg logik n bernas tuk pengakuan wawa tu..
ReplyDeletex sabar nk tggu next entry...
aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
mmg suspen hbs cte ni..good jod n all the best
DeleteBila nk sambung ni????
ReplyDeletecik writer...ohhh cpt skit updte next n3...
ReplyDeletesudah x sbar nih..huhuhu
Najwa dah berterus-terang hal sebenar....
ReplyDeleteApa reaksi Irfan lepas ni?????
Irfan akan buat pengakuan atau akan terus merahsiakan semuanya?????
ir, jgn nk main aci soroklar..
ReplyDeleteplease.. bg tahu najwa.. jgn seksa diri sndiri.. hope najwa bleh terima pjelasan ir..
cepat update ea kak...
apa jdi lak kalo irfan bgtaw hal sbnr???
ReplyDeletetkut la nk mnnti..huhu
sisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.......................naper gantungkan kt sini???aduihhhh..dag dig dug di dalam kalbu nie sissss.......cpt smbung k sis..debor2 i kat sini...
ReplyDeleteso suwit!
ReplyDeletethanks auni. tak sabar rasanya nak tau apa yang berlaku.
ReplyDelete-jaja-
ir...bgthu jer r..adui..sspen btul..
ReplyDeletemnx2 wawa tmer ir smula..
terima kasih ye kepada yg sudi komen dan tekan LIKE button... hehehe sayangggggggggg sgt2 dengan korang... ^^
ReplyDeletearghhh..sedey2..irfan n najwa hope bhagia selamanya..sob2..sis auni..namo bg depa pisah naa..huhu
ReplyDelete*cik intan erma norsafira
mmg terbaik la..
ReplyDeletenxt n3 lg.....adui bdebar2 pulak nie...jgnlah lama2 marah najwa ye...anggaplah semua itu dugaan drp Allah kerana cinta dah ada dhati
ReplyDeleteomggggggggggg..............
ReplyDeletesis,,smbg cptttttttttttttttt!!suspen nie!!
ReplyDeletesalam Auni..E3 yg sungguh terangat teruja hendak mengetahui kesinambungan apa yg akan terjadi bila wawa dengan berani matinya menceritakan kisah silamnya yg telah dirogol dan masih mengharap agar suaminya tidak menolaknya jauh kerana dia amat mencintai suaminya yg tidak pernah dilihatnya..tanpa dia mengetahui yg perlakunya adalah suaminya sendiri..kan..
ReplyDeleteAkak harap wawa dapat menerima irfan sepenuh hatinya setelah irfan menyatakan bahawa mamat sengal yg merogolnya dahulu adalah dirinya dan dia meminta agar wawa memaafkan dosa dosanya dan mengharap agar wawa dapat menerimanya dan memulakan hidup baru bersamanya..diberi puang yg terakhir untuk dirinya kerana dia betui betui sudah insaf akan kelanjuran yg telah dibuatnya..
best sgt...cpt ar update!!
ReplyDeletebest sgt...cpat2 lar update k!!
ReplyDeleteya Allah, xsangka bila buka bahagian komen..sudah 100+ org yg tekan Like bawah post saya....thanks so much sygs smuaaaa.... i lebiuuuuuuuuuuuu~~~ muaahhhhhhh! :')
ReplyDeletebest sgt kak :) tahniahhh!
ReplyDeleteApsal lagu sedih plak lps en3 ni....
ReplyDelete