-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Saturday, June 20, 2009

Virus Vs Shuji 8

SHUJI dan Virus tiba di hotel Hyatt Regency Incheon yang mengambil masa hanya tiga minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk ke situ. Hotel itu memang dibina khas buat pelancong-pelancong yang baru tiba di Korea.

Virus merengus kuat tiba-tiba apabila turun dari teksi. Shuji tersengih memanjang dari tadi.

“Tiga minit aje dah sampai? Aku ingatkan jauh giler yang kau kata nanti tak sempat nak check-in!” ujar Virus dengan rasa tidak puas hati.

“Ala, mana aku tahu!” balas Shuji sambil membuat muka tidak bersalah. Padahal dia tahu bahawa hotel tersebut bukanlah jauh pun. Sengaja dia tidak mahu Virus berlama-lama mengurat gadis Korea tadi.

“Kalau aku tau, aku dah dapat dah mengorat cik Hye Won kau tu!” rungut Virus sambil mengeluarkan beg pakaiannya dari teksi. Shuji juga menolong mengeluarkan semua barang-barang mereka.

“Nak buat macam mana, kita kan gay! Manalah dia nakkan gay macam kita ni?” ejek Shuji dengan mengangkat bahu. Muka Virus sudah bertukar merah kerana menahan geram.

“Kaulah gay! Aku perempuan!” marah Virus.

“Haa..mengaku pun kau tu perempuan! Ada hati nak mengorat perempuan jugak..” bidas Shuji sinis. Senyuman meniti pula dibibirnya selepas itu. Wajah Virus dipandangnya tanpa berkelip.

“Dahlah! Jom check-in!” sambung Shuji sambil menahan rasa hendak ketawa apabila melihatkan muncung mulut Virus yang sudah sepanjang 10 inci.

“Aku tak nak sebilik dengan kau!” kata Virus apabila mereka sudah masuk ke lobi hotel tersebut.

“Kenapa? Kita kan suami isteri!” Shuji tersenyum mengusik. Muka Virus berubah merah padam.

“Kalau kau ambil satu bilik, aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!” ugut Virus dengan wajah bersungguh-sungguh. Sakit hatinya apabila melihat senyuman nakal Shuji itu. Geli-geleman pun ada, sampai menyucuk-nyucuk tulangnya rasa geli itu.

Shuji mencebik lalu segera berlalu ke kaunter hadapan untuk mengambil kunci bilik.

“Hello, sir. Annyeong haseyo! May I help you?” gadis Korea itu mengukir senyuman apabila ternampak Shuji sedang berdiri terpacak dihadapan kaunter itu. Kekacakan Shuji menarik perhatiannya.

“Ya, I’ve made a reservation at your hotel last week. Can you check my name, Mohd Adli bin Mohd Azri?!” Shuji tersenyum membalas. Virus sudah berdiri disebelah Shuji ketika ini.

“Wait a second, sir..” ujar gadis itu tersipu-sipu.

“Okay!” balas Shuji sambil memandang Virus disebelahnya. Gadis itu hanya diam. Sesekali kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan tanda sedang memerhatikan sekeliling hotel tersebut.

“Ya, Mohd Adli. You reserved one room, right? Regency Suite King? And Honeymoon Package?” soal gdis itu ingin memastikan.

Wajah gadis itu berubah jelik. Matanya memandang pelik Shuji dan Virus. Dalam hatinya sudah mengatakan bahawa mereka itu adalah gay.

Mata Shuji dan Virus sudah terbeliak ketika ini apabila terdengar tentang ‘Honeymoon Package’.

“Don’t think we’re gay..she’s a girl..and my wife!” sengih Shuji membuatkan gadis tadi tersenyum semula.

Virus mencebikkan bibir. Malas dia mahu berkata apa lagi. Hatinya sedang sakit! Tentu ini kerja mama aku! Aduh, mama..mama..kenapalah mama suka merancang benda yang pelik-pelik untuk anakmu ini? Rintih Virus dalam hatinya yang kian gelisah.

"Is it, sir?" soal gadis Korea tadi ingin memastikan semula.

“Ya, I think..” jawab Shuji lambat-lambat. “Can I have one different room that is closed to this room?” sambung Shuji dengan wajah penuh mengharap.

“I’m afraid no, sir. Because now is peak season. All rooms already full, sir. We’re just accepting early reservations!” senyum gadis itu dengan sopan dan kata-katanya juga berhati-hati supaya pelanggannya tidak berasa kecewa.

“Oh, I see..ermm..please wait a minute..” balas Shuji dengan wajah serba salah. Wajah Virus dipandangnya. “So? Macam mana?” soal Shuji.

“Hotel lain!”

“Hah?! Malaslah aku..terima aje la bukan tak biasa tidur sebilik dengan aku! Lagipun, nanti aku tidurlah kat sofa. Macam biasalah!” pujuk Shuji. Memang dia malas mahu fikir panjang-panjang.

“Ahh! Lantak kaulah nak buat macam mana pun! Aku malas nak ambil tahu..” suara Virus sudah seakan pasrah. Dia berjalan menjauhi kaunter lalu memonyokkan mukanya. Hebat betul mamanya kerana memilih musim orang melancong begini. Tentulah bilik semuanya penuh! Teliti benar rancangan orang tua itu.

“Okay, miss..deal..” sengih Shuji dengan senyuman manis. Membuatkan gadis Korea tersebut tersipu-sipu kerana terpikat dengan kekacakan Shuji. Tetapi, jelas Shuji adalah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan dia tidak langsung mempunyai peluang. Itulah yang difikirkan oleh gadis itu.

“De(ya), Oppa..opss..” senyum gadis itu apabila dia tersilap kata. Kunci bilik terus diserahkan kepada Shuji.

“Never mind! Kansang hamida(terima kasih)!” kata Shuji dengan ketawa kecil.

“By the way, miss. Can I know the direction to the West?” sambung Shuji apabila dia teringatkan mahu bertanyakan arah barat, iaitu arah Kiblat. Senanglah untuk dia menunaikan solat nanti.

“There, sir!” senyum gadis itu mesra sambil menunjukkan ke arah kirinya.

“Thanks, sweety..” kata Shuji sambil mengenyitkan matanya pada gadis itu. Dia terus berlalu menghampiri Virus yang sedang memeluk tubuh di suatu sudut lobi tersebut.



SESAMPAINYA di bilik suite tersebut, mata mereka sekali lagi terbelalak melihatkan suasana romantik yang telah siap disediakan. Cahaya lampu yang agak suram dan menenangkan, lilin yang terpasang menghiasi tepian bilik tersebut, haruman aroma terapi serta taburan kelopak bunga ros di atas katil. Semuanya begitu membangkitkan suasana romantik didalam bilik itu.

“Argghhhh!!” jerit Virus sambil berlari ke sana kemari dengan wajah tidak percaya. Hatinya gelisah melihatkan semua itu. Bagai orang gila lagaknya berlari tidak tentu arah.

Shuji yang melihat hanya terdiam, tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Memang ibu mentuanya itu hebat. Dari jauh pun boleh merancang semua ini dengan begitu teliti.

Virus masih berlari. Mencari sudut yang tidak romantik. Tetapi, setiap sudut yang dilawati olehnya, semua seperti sudah dihiasi dengan hiasan romantik. Didalam tub mandi juga telah ditaburkan dengan kelopak-kelopak bunga ros.

Nampaknya ini juga separuh dari rancangan Datin Rosmah. Virus menarik muka masam. Hendak memaki hamun, itu adalah mamanya. Berdosa hukumnya kalau seorang anak yang memaki hamun ibubapa sendiri.

Panasnya hati Virus ketika ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Virus terduduk di sofa melepaskan lelah kerana penat berlari. Bilik yang dingin itu tetap dirasakan panas ketika ini. Dia mencapai majalah diatas meja lalu mengipas-ngipas wajahnya tanda dia sedang panas hati.

“Hah?! Apa yang kau tercegat lagi kat pintu tu?” soal Virus kasar. Wajah Shuji yang sedang terkebil-kebil dari tadi itu dipandang sekilas lalu pandangannya dihalakan semula ke hadapan. Sakit betul hatinya.

“Aku bukan tercegat, aku terkejut beruk aje! Mama kau memang hebat, kan? So impressive!” kata Shuji sambil mengusung beg pakaiannya masuk ke dalam lalu menutup pintu bilik.

“Memang mama aku hebat pun!” Virus bersuara sambil membuat muka geram. Memang dia geram dengan mamanya.

“Like mother, like daughter!” ucap Shuji perlahan sambil menggeleng-geleng kepalanya lemah. Punggungnya dihenyakkan ke sofa lalu dia mengeluh panjang.

Shuji menggeliat sebentar lalu menguap. Suasana suram begitu memang sesuai untuk tidur. Rasa mengantuknya tiba-tiba datang.

“Buatkan aku air teh! Panas ni!” ujar Virus tiba-tiba dengan muka bengis. Macam singa betina pun ada. Shuji menelan liur melihatkan wajah Virus seakan ingin memakannya.

“Hah? Terbalik! Sepatutnya isteri la kena buatkan air untuk suami..” kata Shuji dengan wajah bersahaja. Tidak pedulikan muka bengis Virus.

“Ahh! Kalau kau tak mahu buat, aku buat sendiri!” marah Virus lalu bergerak ke dapur mini bilik tersebut. Seketika kemudian, dia mengeluh.

“Kenapa mengeluh?” soal Shuji. Pelik dengan sikap Virus.

“Mana kopi? Teh? Gula? Argghh semuanya bikin aku panas aje!” gerutu Virus seorang diri. Rambutnya diusap-usap kasar sehingga kusut masai.

“Tu kot! Kat tepi TV tu!” ujar Shuji bersahaja apabila dia ternampak seperti paket-paket kecil yang berada disebelah TV. Beg pakaiannya ditarik menghampiri almari pakaian. Selepas itu dia duduk di sofa sambil memerhatikan langkah Virus.

“Mana?” soal Virus.

“Tu! Cari pakai mata, jangan pakai hidung!” getus Shuji malas. Badannya dibaringkan ke sofa panjang tersebut. Selesa benar dirasakan olehnya sekarang.

Virus pergi mencapai sepaket kecil bungkusan plastik yang disangkanya teh. Dengan bersahaja, dia berlalu ke dapur dan mengoyakkan plastik tersebut.

“Argghhh!! Benda apa ni, Shujing? Oi, Shujing!” panggil Virus dengan wajah geli geleman memegang benda yang seakan berminyak itu. Macam plastik tetapi bukan plastik.

Shuji bangun menghampiri Virus yang sedang terkial-kial. Matanya terbeliak ketika melihat benda yang sedang dipegang oleh Virus. Takkan benda itu pun Virus tidak tahu? Shuji menelan liur. Takkanlah dia kena terangkan pada Virus kot?

“Woi, benda ni apa? Makanan ke?” soal Virus lagi dengan wajah pelik.

“Err..tu..tu..”

“Apa??!”

“Ermm..tu kan protection untuk..ermm..untuk..pendek kata, itu kondom!” jelas Shuji dengan wajah tersipu-sipu. Dia tunduk pula selepas itu. Muka Virus sudah berubah merah padam ketika itu.

“Argghhhh!! Tidakkkk!” Virus melemparkan benda itu ke wajah Shuji lalu Shuji mengambilnya dan terus membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran. Tindakan yang amat spontan dari mereka. Kedua mereka tercengang-cengang. Debaran dalam hati mereka sungguh hebat sekali ketika ini.

Wajah Virus merona merah. Memanglah dia tahu tentang benda itu tetapi dia tidak pernah melihatnya. Sekadar mendengar dari mulut-mulut orang sahaja. Virus tunduk. Menggetap bibir. Tiada lagi kata-kata yang lahir. Hanya debaran dan rasa malu. Ya, malu yang teramat sangat!

Shuji masih kaku di sebelah tong sampah. Dia memegang dadanya yang agak berombak. Aduh! Apa aku nak buat ni? Malunya..desis hati Shuji sambil tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Tiba-tiba kedengaran suara Virus sedang ketawa terbahak-bahak. Tetapi tawa itu kedengarannya seperti ketawa yang sengaja dibuat-buat. Bagai ingin cover malu. Shuji mendongak dan menoleh melihat wajah Virus yang sedang cuba mengawal perasaan.

“Apa yang kau gelak?” soal Shuji pelik.

“Tak ada apa-apa. Aku nak pergi mandi kejap!” jawab Virus dalam tawa yang masih berbaki lalu melangkah laju ke bilik air.

“Malunya aku! Ahh, malu, malu, malu, malu! Macam mana aku nak berdepan dengan dia lagi lepas ni?” kata Virus perlahan sambil kakinya terus melangkah. Mukanya sudah seperti muka orang tua nak mampus.

Shuji terkebil-kebil melihat langkah Virus itu. Pantas dia menuju ke sofa lalu merebahkan badannya ke situ. Alat kawalan jauh TV dicapai olehnya lalu siaran EBS Sat dipilihnya. Drama Korea bertajuk Witch Yoo Hee sedang ditayangkan oleh stesen TV berkenaan ketika ini. Shuji membiarkan sahaja siaran itu sambil matanya kian mahu lelap. Perlahan-lahan, dia tertidur di sofa berkenaan.



SHUJI membukakan matanya. Suasana bilik agak suram seperti tadi. Jam ditangannya dikerling. Sudah pukul 7 malam waktu Korea. Setahunya, dia diberitahu tentang perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia ialah satu jam. Bagaimana dengan solat Asar aku tadi? Shuji mengeluh mengenangkan dia yang tertidur tadi.

Shuji tergesa-gesa bangun lalu menuju ke bilik air, pantas mengambil wuduk lalu bersolat. Usai bersolat, barulah dia memusingkan lehernya ke sekeliling bilik tersebut mencari-cari kelibat Virus. Virus kelihatan sedang terlena dibuai mimpi atas katil yang masih bertaburan dengan kelopak bunga ros.

Perlahan-lahan Shuji menghampiri tubuh Virus yang sedang tidur nyenyak itu. Dia duduk dibirai katil sambil memerhatikan wajah Virus. Lama sekali pandangannya tertumpu pada seraut wajah yang semakin comel dimatanya itu. Ahh! Apa aku fikir ni? Dia kan kawan baik aku! bentak Shuji dalam hatinya yang berdebar-debar.

Namun dia bagaikan tidak dapat mengawal diri apabila mendapat peluang begini. Mahu sahaja ditenung segenap wajah itu setiap masa. Bagaikan tidak puas untuknya merenung muka Virus itu. Entah apalah perasaan yang hadir dihatinya ketika ini.

Pernah juga dia merenung muka Virus yang sedang tidur dua hari lepas dibilik mereka, namun gadis itu pula tiba-tiba terjaga lalu membantutkan niatnya. Kini, Virus bagai dibuai mimpi indah sehinggakan lena sekali tidurnya.

Inilah peluangnya, Shuji! Peluang yang selama ini kau nanti-nantikan! Bagai ada suatu suara berbisik di telinganya. Peluang? Peluang apa? Shuji tertanya-tanya pada hatinya. Peluang untuk kau mendekati dia! Suara itu berbisik lagi membuatkan Shuji menelan liur.

Pandangannya beralih dari mata bundar Virus, ke bibir mungil gadis itu. Merah walaupun tanpa secalit gincu. Tubuh gadis itu yang sedang terbaring dengan tangannya sedang memeluk bantal ditenung pula oleh Shuji. Subhanallah..indah sekali rupanya ciptaan Tuhan ini. Kulit Virus yang putih kemerahan itu telah membuatkan jiwa lelakinya seakan meronta-ronta. Helaan nafas Virus yang berbunyi perlahan itu meresahkan hati Shuji.

Apa lagi yang kau tunggu? Dia kan isteri kau! Kau pula suami dia! Apa kau nak takut? Suara tadi berbisik semula. Bagaikan menekan Shuji supaya bertindak. Bertindak? Buat apa? Hati Shuji bagaikan tertanya-tanya.

“Hah? Kau buat apa ni?” tiba-tiba sahaja Virus bersuara setelah membuka mata. Dia terkejut apabila melihat Shuji sedang gelisah disebelahnya. Shuji tersentak lalu membuat muka selamba, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Tak ada apa. Aku nak kejutkan kau aje! Tidur sampai tak ingat dunia.. kau dah solat Asar belum?” kata Shuji sambil memandang muka Virus yang sudah terkejut beruk.

“Alamak! Pukul berapa sekarang? Astaghfirullah..” Virus bingkas ke bilik air setelah Shuji memberitahu bahawa waktu Asar sudah mahu habis.

Usai berwuduk, Virus memakai telekung lalu bersolat dengan penuh khusyuk. Tubuh Virus yang dibaluti oleh telekung itu direnung oleh Shuji tanpa berkelip. Pertama kali dia melihat Virus memakai telekung dan bersolat di depan matanya. Sebelum ini, Virus lebih selesa bersolat di bilik ibubapanya.

Wajah Virus didalam telekung itu direnung oleh Shuji lama. Indah sekali pada pandangannya. Cantik benar Virus ketika itu dimatanya. Hatinya bagai digamit semula oleh suatu perasaan yang semakin lama semakin bersemi dalam hatinya. Apakah perasaan ini, ya Allah? Sayangkah aku pada dia? Tapi, dia kan kawan baik aku! Shuji bersoal-jawab didalam hatinya.

“Woi! Aku lapar! Aku nak keluar makan lepas solat Maghrib kejap lagi!” kata Virus selepas selesai bersolat dan berdoa. Kata-kata itu telah mematikan lamunan indah Shuji tadi.

“Solat Maghrib sama-sama kejap lagi. Aku jadi Imam!” getus Shuji sambil menjeling Virus yang masih berteleku diatas sejadah. Jelas sekali riak terkejut pada wajah gadis itu. Memang Virus terkejut, sebab dia tidak pernah berjemaah bersama suaminya selama mereka berkahwin.

Perlahan-lahan Virus mengangguk membuatkan Shuji mengukir senyuman puas hati. Iyalah, takkanlah orang mengajak untuk berjemaah, dia nak tolak pula? Lagipun, berjemaah itu adalah lebih afdal kerana pahalanya lagi berganda-ganda banyaknya dari bersolat sendirian.

Inilah masanya untuk dia mengumpul pahala itu. Lebih-lebih lagi, dengan suami sendiri yang menjadi Imam, tentu lebih banyak pahala yang bakal didapati olehnya. Suami? Bila masa aku menganggap Shuji itu sebagai suami aku? Virus tertanya-tanya didalam hatinya.

Setelah yakin yang waktu Maghrib sudah masuk dengan melihat kalendar Islam yang dibeli sebelum datang ke Korea hari itu, mereka bersedia di atas sejadah. Hati Virus bagai berdebar kencang ketika ini, entah mengapa!

Sebaik sahaja terdengar takbir yang dilaungkan oleh Shuji, mereka berjemaah dengan penuh khusyuk. Setiap bait ayat yang dituturkan oleh Shuji memang cukup jelas dan mengasyikkan sekali di telinga Virus. Hatinya bagaikan ditusuk dan disuntik oleh suatu perasaan yang halus.

Usai bersolat, mereka berzikir lalu berdoa. Sungguh terang dan jelas sekali doa yang dibacakan oleh Shuji sehinggakan berjaya membuatkan hati Virus terasa sayu.

“Salam?” getus Shuji apabila melihatkan Virus seakan sedang mengelamun. Ada air jernih yang bergenang dimata Virus ketika itu.

Lamunan Virus terhenti apabila Shuji menyuakan tangan padanya. Perlahan-lahan Virus mencapai tangan Shuji lalu dia menyalami tangan suaminya itu untuk kedua kalinya.

Semasa nikah dahulu adalah kali pertama tetapi ketika itu dia terus salam gaya orang lelaki bersalam sehingga membuatkan semua hadirin rasa terkejut. Dia hanya buat tak endah ketika semua mata hadirin memandang cara dia menyalami suaminya yang bagaikan tidak ikhlas itu. Brutal lah katakan! Huhu

“Tak cium tangan?” soal Shuji sambil matanya menyorot wajah Virus yang seakan berubah lembut. Tiada lagi wajah bengis dan tidak puas hati pada muka gadis itu.

Dupp!! Jantungnya seakan berdebar kencang ketika hidungnya menyentuh jemari Shuji. Dia menyalami tangan Shuji dan mencium jemari lelaki itu tanpa dia sendiri sedari!

Selepas tersedar, Virus terus menarik pantas tangannya dari pegangan Shuji lalu bangun membuka telekungnya. Sambil itu, dia bersiul-siul mahu menyedapkan hatinya yang dilanda ribut. Debaran didalam dadanya ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu!

Shuji tersenyum sendirian apabila membayangkan kembali perlakuan Virus tadi. Hatinya bagai berbunga-bunga kini. Entah mengapa dia berasa gembira dengan ciuman Virus ditangannya tadi.

Virus membungkam sahaja sambil melipat telekungnya. Wajah Shuji langsung tidak dipandang olehnya. Ya Allah, apakah perasaan ini? Dia kan kawan baik aku walaupun aku pernah kata yang aku tidak mahu berkawan dengannya lagi?! Dia tetap kawan aku sebenarnya! Tapi, kenapa perasaan aku sekarang ini lain macam aje, ya Allah! Hati Virus resah dan gelisah sambil memikirkan jawapan kepada persoalannya itu.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/20/2009 07:50:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

12 comments:

  1. syazriniSaturday, June 20, 2009 at 9:13:00 PM GMT+8

    next!!! =)
    mcm biasa, best sgt..
    nanak lagikkk =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. keSENGALan teserlah..Saturday, June 20, 2009 at 9:47:00 PM GMT+8

    huhu..
    besh giler...
    gile klaka tang kondom uh..
    malu seyhh..
    tape2..
    xslh ade prasaan ngn kawn baek..
    lgipon ,,korang da kawen..
    nk lgi..!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousSaturday, June 20, 2009 at 10:21:00 PM GMT+8

    best sgt2,,...
    dupdap nak tau pa nkjd pasni...
    wat buku sure pnas jer kt pasaran...hehe...
    *adil*

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. MaY_LiNSunday, June 21, 2009 at 12:58:00 PM GMT+8

    wawawa..
    cinta suda berputik ya

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ♥corcraze♥Sunday, June 21, 2009 at 5:00:00 PM GMT+8

    kalo tak silap actually 'kamsha hamnida'(formal thx)
    condom?huahuahua!!
    baru first time salam?
    masa nikah tak salam?
    batal air semayang..?

    ok,best nak laaaggiii..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ღAuni_AmauniღSunday, June 21, 2009 at 6:01:00 PM GMT+8

    yup~ formal thx tuk front desk staff tu ^^
    lupe nk mention pulak pasal salam time nikah tu ekeke
    dia salam sekali lalu je ngn shuji ades let me edit the part huhu :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. miss_syaSunday, June 21, 2009 at 7:33:00 PM GMT+8

    they r so cute!!!
    suke sgt2 criter ni..
    ada ke plak condommm
    hahahahhahhhahhaa
    cpt2 sambung ek!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. ⓛⓘⓣⓣⓛⓔ ⓢⓠⓤⓐⓡⓔSunday, June 21, 2009 at 10:18:00 PM GMT+8

    penat oo bace dr chapter 1 hingga 8..
    nice story..
    n nice name..
    ade wat research psl bhs korea ea?
    nway.. congratz..
    nk crita dr kamu lg..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSunday, June 21, 2009 at 11:12:00 PM GMT+8

    haha..lwk gle...smbg lg ye...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousMonday, June 22, 2009 at 7:15:00 PM GMT+8

    bole nama aku dicommercialkan..swt @_@
    -shibuya7d-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. ceritaku MEMORIKUWednesday, July 1, 2009 at 8:16:00 PM GMT+8

    warghhh.
    bestbest
    -na'dz

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousThursday, December 1, 2011 at 9:31:00 AM GMT+8

    condom tu ape ?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu