-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, July 7, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 2

DATO’ Adham sedang berehat-rehat sambil membaca akhbar di taman yang terletak di halaman rumah banglo tiga tingkatnya. Lanskap taman itu yang berkonsepkan moden dan kehijauan tumbuhan menambah seri halaman banglo itu sekaligus mewujudkan rasa tenteram tatkala beristirehat di waktu petang seperti ini. Setelah penat bekerja, Dato’ Adham memang lebih suka berehat di rumahnya bertemankan isteri tercinta, Datin Hazwani.

“Wani, mana anak-anak?” Dato’ Adham bersuara sambil melipat akhbar yang sudah habis dibacanya. Pandangannya tumpah ke wajah Datin Hazwani disebelahnya.

“Ira belum lagi balik. Dia cakap nak pergi jumpa kawan tadi. Ifa pula..kan ada di asrama. Takkan abang lupa kot!” Datin Hazwani menggeleng-geleng mengenangkan sikap pelupa suaminya sejak kebelakangan ini. Dia tersenyum akhirnya apabila melihatkan gelagat suaminya yang berkerut-kerut.

“Eh, iya ke? Abang ni memang dah jadi pelupa sekarang ni!” sengih Dato’ Adham. Dia menghirup sedikit air kopi yang sudah lama terhidang di hadapannya sedari tadi. Seingatnya tadi pembantu rumah mereka, Mak Minahlah yang datang menghidang minuman petang ketika dia sedang sibuk membaca akhbar.

“Apa cerita Ifa sekarang ni, Wani?” Dato’ Adham menyoal perihal anak sulungnya yang berada di asrama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu. Dia maklum bahawa Nazifa sudah berada di tahun terakhirnya. Dia ingin mengetahui perkembangan terperinci anaknya itu dari isterinya yang selalu menghubungi Nazifa.

Bukan dia sendiri tidak mahu menghubungi anaknya itu tetapi kesibukan kerja di pejabat tidak mengizinkannya mencuri masa untuk berbual walau seketika. Tambahan pula sekarang ini dia telah mendapat projek usahasama besar-besaran yang bernilai ratusan juta ringgit.

Waktu petang sebegini pula selalunya dihabiskan di pejabat, menguruskan pasal projek besar-besaran itu. Cuma hari ini sahaja dia mendapat sedikit kelapangan untuknya beristirehat dirumah. Jadi, melalui isterinya lah dia merisik khabar tentang anak kesayangannya itu.

“Ifa cakap sekarang ni dia tengah busy dengan final project dia. Kerja lain pun berlambak, bang! Kesian jugak saya dengar rintihan dia semalam!” ujar Datin Hazwani menerangkan keadaan Nazifa. Dato’ Adham yang mendengar hanya terangguk-angguk tanda memahami butir bicara isterinya itu.

“Abang taknak call Ifa sendiri tanya ke? Dah banyak kali jugak dia tanya pasal abang. Rindulah tu agaknya!” sayu suara Datin Hazwani tiba-tiba apabila mengenangkan perasaan Nazifa yang terlalu merindui bapanya kerana bapanya itu sudah lama tidak menelefon, jauh sekali berjumpa dengannya. Nazifa juga sudah sebulan tidak balik ke rumah kerana kesibukan ditahun akhirnya.

Walaupun jarak antara UNITEN dengan rumah mereka tidaklah jauh mana, Nazifa lebih selesa tinggal di asrama. Bayangkan, jauh manalah sangat UNITEN di kawasan Bangi, Selangor dengan rumah mereka yang terletak di Subang Jaya.

Senang sedikit mahu menyiapkan kerja, begitulah kata-kata Nazifa. Sememangnya Nazifa seorang yang bertanggungjawab. Sifatnya yang suka merendah diri tidak seperti anak orang berada itulah yang selalu dibangga-banggakan oleh Datin Hazwani. Dia bangga mempunyai seorang anak yang tahu menjaga diri dan mendengar kata.

“Kejap lagi abang call dia, Wani!” ujar Dato’ Adham sambil tersenyum manis ke arah isterinya. Lamunan Datin Hazwani terhenti. Hatinya tiba-tiba berbunga riang. Dia memandang penuh kasih wajah suaminya itu.

Dia tahu, suaminya tidak akan sesekali melupakan isteri dan anak-anaknya meskipun dia sibuk di pejabat. Lagipun Datin Hazwani yakin yang suaminya itu bekerja keras selama ini pun demi mereka sekeluarga.

“Iyalah, bang. Elok la tu abang call Ifa. Wani tau dia rindu sangat dengan abang!” senyuman terukir indah dibibir Datin Hazwani.



“HELLO, assalamualaikum sweetheart. How are you, my baby?” suara Dato’ Adham kedengaran garau dicorong telefon itu. Nazifa yang mendengar suara bapanya terus berubah riak wajah girang.

“Waalaikumussalam, Papa! Papa I’ve missed you so much!” teriak Nazifa girang. Dia benar-benar gembira mendengar suara bapanya. Rasa rindu terhadap bapanya yang selalu membungkam terasa terubat sudah.

“Ya papa tahu Ifa rindu papa, sebab tu papa call ni,” suara Dato’ Adham kedengaran lembut.
“Papa, bila papa nak datang lawat Ifa? Ifa rindu la nak dating dengan papa!” rengek Nazifa manja. Memang sejak kecil, Nazifa lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya. Yang rapat dengan ibunya pula adalah adiknya, Nazira.

Tetapi itu tidak membuatkan hubungan mereka sekeluarga menjadi renggang. Mereka tetap rapat walaupun hakikatnya Nazifa lebih rapat dengan bapanya. Semua itu tidak menjejaskan hubungannya dengan ibunya. Sesungguhnya dia menyayangi kesemua ahli keluarganya.

“Ermm..buat masa sekarang ni papa busy sikit. Tapi papa janji nanti papa akan bawa kita sekeluarga bercuti kat Korea. Nanti kita dating puas-puas, ya?” Dato’ Adham ketawa kecil mendengar rengusan pendek anak sulungnya itu. Nazifa memuncungkan bibirnya tanda memprotes walaupun dia tahu yang bapanya tidak nampak perlakuannya saat itu.

“Ala, pa! Ifa rindu papa ni!” rengek Nazifa lagi.

“Papa janji yang tadi tu, nanti kita dating la. Lagipun Ifa pun busy dengan final project Ifa, kan?” Dato’ Adham cuba memujuk Nazifa.

“Aik? How do you know?” dahi Nazifa terkerut-kerut. Sangkanya bapanya langsung tidak mengetahui perkembangannya disini.

“You think I don’t know? Papa tahulah, Ifa. Tiap-tiap hari papa tanya pasal Ifa kat mama Ifa, tau?” tawa Dato’ Adham pendek. Nazifa teringatkan ibunya yang memang saban hari menelefon bertanyakan khabar dirinya. Rupa-rupanya ibunya telah menceritakan semuanya pada bapanya. Dia tersenyum sendirian. Hatinya sudah terpujuk dengan kata-kata bapanya.

“Ala, mama ni memang tak surprise!” giliran Nazifa pula ketawa kecil. Dato’ Adham juga kedengaran melepaskan tawa dihujung corong telefon itu. Dia menggeleng-geleng memikirkan kerenah anak sulungnya yang seorang itu.

“Pa, Ifa cuti hujung bulan ni lepas habis final exam! Ifa balik nanti, Ifa taknak papa busy sangat. Nanti Ifa nak heret papa jalan-jalan!” seloroh Nazifa.

“Insya-Allah, sayang. Papa akan cuba luangkan masa nanti, ok?” Dato’ Adham tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “Oklah, Ifa. Papa nak mandi ni, mama Ifa dah riuh sekampung tu. Lagipun tak lama lagi dah nak masuk maghrib,” Dato’ Adham cuba berjenaka menyebut pasal ibu Nazifa yang tengah meleter tidak jauh darinya.

Nazifa menjeling jam di tangannya yang sudahpun menunjukkan pukul 7.15 malam. Dia hanya tersengih apabila terdengar riuh suara ibunya yang sayup-sayup dari corong telefon itu.

“Ok, Pa. Don’t forget me because I am always remember you!” riang suara Nazifa kerana rindunya sudah terubat. Namun dia tetap terasa sayu, entah bila lagi bapanya itu akan menelefon. Dia faham benar rutin bapanya itu yang selalu sibuk di pejabat.

Nazifa menjawab salam bapanya lalu meletakkan gagang telefon. Kemudian dia termenung memikirkan kerinduannya yang meluap-luap terhadap keluarganya. ‘Sabarlah hati, hujung bulan dah tak lama lagi!’ detik hati Nazifa.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/07/2009 10:25:00 PM

1 comment:

  1. mizz_BZbodyThursday, April 21, 2011 at 11:16:00 PM GMT+8

    huhuhu tak tau nak comment ape juz nak wish good luck .... :D and the story looks intresting I LIKE IT !!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu