-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, July 26, 2009

Virus Vs Shuji 21

SHUJI membungkam. Begitu juga Virus. Tiada lagi kemesraan, tiada lagi keindahan. Yang ada hanyalah suasana hening yang menyelubungi diri kedua mereka. Shuji tunduk memandang lantai. Kesal dengan perbuatannya memaksa Virus menceritakan segala-galanya.

Tidak disangka, rupanya Virus mempunyai cerita hitam di sebalik kisah hidupnya yang kelihatan ceria. Shuji pandang wajah Virus yang sedang terdiam di suatu sudut bilik mereka. Kini mereka sudah selamat sampai ke Malaysia.

Peristiwa semalam amat memeranjatkannya. Tergamaknya dia mengorek cerita hitam tersebut dari Virus. Tentu isterinya itu teringat semula akan kejadian itu. Trauma yang dihadapi Virus semenjak itu cukup payah untuk diluputkan, sehinggalah dia menukar penampilannya dan berjaya melepasi dugaan hidup tersebut. Ibubapa Virus sendiri juga tidak tahu mengenai hal itu. Sekarang ini dia pula yang membangkitkan semula hal tersebut secara tidak sengaja.

“Ida, abang minta maaf. Abang bukan nak ungkit semula apa yang terjadi pada Ida. Abang cuma nak tahu dan yang penting, abang nak tahu sebab abang sayangkan Ida..” Shuji mula bersuara lembut setelah lama membungkam.

Virus hanya diam tidak berkata apa-apa. Dia teringat semula kejadian itu. Hendak dikatakan dia takut pada lelaki itu sekarang, tidak pula. Cuma apabila difikirkan semula kejadian itu, jiwanya bagai kembali ke masa dan ketika itu. Ketika dirinya lemah tidak berdaya.

Trauma yang sekian lama cuba dilupakan, kini kembali menghantui dirinya. Teringat kembali bagaimana dia meronta-ronta ingin melepaskan diri dari lelaki keparat itu. Virus menggigit bibirnya sambil menundukkan kepala. Tiba-tiba sahaja tubuhnya terasa menggigil.

Shuji yang ternampak tubuh Virus menggigil, terus menghampiri dan memegang bahu isterinya itu. Rasa panik membelenggu dirinya. Virus seperti sedang dalam igauan semalam. Bagai sedang bermimpi ngeri. Peluh yang memercik di dahi isterinya di lap perlahan.

“Cinta, Cinta okey tak?” soal Shuji dengan wajah risau. Virus masih senyap. Dia masih didalam dunianya sendiri.

“Cinta..okey tak? Abang minta maaf..” Shuji menghampiri tubuh kecil Virus lalu dipeluknya Virus erat-erat. Bagai tidak mahu dilepaskan lagi. Virus tersentak dengan pelukan hangat suaminya. Dia tersedar dari bayangan masa silam. Spontan dia membalas pelukan Shuji.

“Abang..Cinta pun sayangkan abang..” ujar Virus. Airmatanya bergenang di kelopak mata. Terharu menghayati kehangatan kasih sayang suaminya. Terlupa sudah peristiwa yang tadinya begitu bermukim di benaknya.

“Thanks, Cinta. Abang terlalu sayangkan Ida..abang minta maaf. Sebab abang, Cinta terpaksa beritahu perkara yang perit untuk Ida ceritakan tu..yang Ida langsung tidak mahu ingat lagi seumur hidup..” Shuji menyesali diri. Pelukan masih erat berlingkar di tubuh Virus. Bahunya terasa basah dengan airmata Virus.

“Tak apa. Abang tak salah. Yang salahnya, Cinta. Sebab Cinta tak pernah nak cerita pada sesiapa pun pasal ni..mama dan papa pun pernah tanya sejak terjadi peristiwa tu. Tapi Cinta tak pernah nak beritahu..” Virus senyum kelat setelah melonggarkan pelukan. Shuji memandang sayu wajah isteri tercintanya. Sungguh mulus wajah Virus.

“Kalau abang jumpa dia lagi, tahulah apa yang abang akan buat pada dia!” Shuji tiba-tiba naik berang apabila terkenangkan semula muka lelaki itu. Virus tersentak tatkala mendengar kata-kata Shuji.

“Tak payahlah, bang..” potong Virus pantas. Shuji terkebil-kebil memandang wajah selamba badak Virus ketika itu.

“Eh, kenapa pulak? Dia tu memang patut diajar! Dasar lelaki dayus! Heee..sakit hati betul. Kalau abang dapatlah, abang nak belasah dia cukup-cukup. Berani dia buat macam tu kat Cinta dulu-dulu!” ujar Shuji dengan wajah penuh bersemangat. Selebihnya dia memang terlalu ingin membelasah lelaki yang hampir-hampir menghancurkan hidup Virus dahulu itu

“Tak payah! Orang cakap, tak payah!” bentak Virus keras.

“Kenapa?!”

“Biar Cinta aje yang ajar dia! Dah lama benar dah Cinta simpan dendam ni. Dulu ada juga cari dia, tapi dah pindah pulak. Dah jumpa dia hari tu, mama pula ada. Kalau tidak, dah lama Cinta belasah dia tau tak? Ini Virus lah! Virus sekarang bukan macam Virus yang dulu-dulu! Even Ikmal pun kalah time lawan bersilat dengan Ida dulu!” getus Virus panjang lebar dengan lagak bersemangat waja. Tangannya menepuk dadanya sendiri tanda kemegahan. Sebenarnya dia cuba menenangkan suasana.

Shuji yang tadinya terkebil-kebil terus meledakkan tawa kecil. Lucu dengan gelagat isterinya. Sekejap serius, sekejap macam ahli falsafah dan sekejap pula seperti mafia lagaknya. Virus..Virus..sebab perangai kau yang tak menentu inilah yang aku jatuh hati agaknya! Shuji mengeluh dalam hati.

“Apasal abang gelak? Apa yang lucunya?” marah Virus. Mulutnya sudah muncung sepanjang 6 inci.

“Tak adalah. Abang rasa kelakar..tak tahu kenapa..” getus Shuji dalam ketawa kecil. Virus menarik muka masam. Sengaja ingin merajuk. Sukanya hati dia gelakkan aku?

“Janganlah tarik muka macam tu. Abang cium nak?” Shuji cuba memujuk. Virus tidak makan saman. Dia tetap begitu. Melayan muka masamnya.

“Dengar ni. Kalau kita terserempak atau terjumpa dia lagi, biar aku yang belasah dia, dowh! Kau jangan masuk campur. Ni perhitungan aku dengan dia..” Virus sudah mula menuturkan bahasa kasarnya apabila melihat tawa Shuji masih tidak berhenti. Lucu sangatlah tu! Karang aku mengamuk jadi macam singa, baru dia kenal aku siapa! Rungut Virus dalam hatinya.

Tawa Shuji tiba-tiba terhenti. Dia memandang Virus yang sedang asyik menguis-nguis sesuatu di atas lantai. Isterinya itu kelihatan merajuk sakan.

“Tapi, abang nak jugak bubuh sebijik dua penumbuk. Biar dia makan penangan tangan suami Ida ni!”

“Tak ada tapi-tapi! Dia tu, aku yang punya. Biar dia rasa penumbuk aku aje. Biar dia tahu yang aku bukan selemah dulu! Cis, bedebah punya Khairul! Dia ingat aku takut ke? Aku tak melawan hari tu sebab mama dengan papa akulah! Dia ingat, dia boleh buli aku lagi? Lai ar!” bebel Virus dengan wajah bengisnya. Kali ini dia sudah berdiri megah sambil meletakkan sebelah kakinya ke atas meja. Sebiji macam lagak samseng sedang kegeraman.

Serta-merta tawa Shuji terburai lagi. Virus menjeling tajam Shuji yang sedang terkekeh-kekeh ketawa. Entah apalah yang lucunya, Virus pun tak faham. Aku buat apa pun tak kena ke?

“Hoi! Kau ketawa apa lagi ni? Kau tak puas hati ke? Atau kau rasa aku ni tak boleh nak lawan dia?” Virus tidak puas hati. Dipandangnya muka Shuji yang merah padam kerana ketawa.

“Bukanlah..adoi..tak bolehlah, Cinta..memang tak boleh..” Shuji masih ketawa.

“Apa yang tak bolehnya?!” Virus bercekak pinggang. Keningnya terangkat sebelah sambil menanti jawapan Shuji.

“Tak bolehlah abang nak tahan. Abang lucu tengok perangai Ida..berubah-ubah. Cinta ada dua personaliti, ya? Sekejap lembut..sekejap pula kasar macam samseng kampung dusun..nak jadi macam Sarip Dol, ek?” Shuji terkekeh-kekeh lagi ketawa.

“Hoi! Kau ketawa lagi, aku bukak gelanggang WWE! Ini serius!” ugut Virus. Shuji terus saja ketawa tanpa menghiraukan ugutan Virus.

“Aduh! Sakitlah, Cinta! Aduh..lepas..lepas..” Shuji mengaduh kesakitan apabila Virus mula menyekeh kepalanya. Tawanya masih berbaki ketika itu. Bagus juga ni, dah lama tak wrestling dengan Virus! Fikir Shuji sendirian. Ketawanya bertukar ketawa nakal.

Dengan pantas, pergelangan tangan Virus dikuncinya lalu tubuh Virus di tolak ke atas katil. Laju sahaja Shuji melayangkan tubuhnya ke atas tubuh Virus. Kedua tangannya menyokong badannya yang sedang berada begitu hampir dengan tubuh Virus. Nafas Shuji terasa menampar-nampar ke wajah Virus, membuatkan Virus rasa berdebar.

“Nak wrestling lagi? Siapa yang menang?” Shuji tersenyum kecil. Wajah Virus merona merah. Wajahnya dipalingkan ke arah lain, tidak mahu menentang pandangan romantis Shuji.

“Eleh! Kau tu main tipu..” Virus bersuara perlahan. Tenggelam-timbul nada suaranya.

“Tipu? Siapa tipu? Aku, kau, Cinta atau abang?”

“Abang..”

“Tahu pun panggil abang macam tu..”

“Lepaskan Cinta..nak pergi buat kerja sikit..” Virus cuba meloloskan diri namun gagal. Shuji terus mengunci tubuh Virus ke dalam pelukannya.

“Kerja apa lagi? Kerja kita belum selesai..” bisik Shuji perlahan ke telinga Virus. Meremang bulu tengkuk Virus ketika itu. Dadanya berdebar kencang. Perasaannya bagai berada di awang-awangan. Hatinya lemas dek asmara yang melanda.

“I love you..” ucap Virus perlahan sambil memejamkan matanya menikmati belaian mesra suami tercintanya.



KHAIRUL mundar-mandir sendirian. Dia teringatkan pertemuannya dengan Virus tempoh hari. Tidak disangka, lawatannya ke Korea membawa pertemuan dengan perempuan yang sudah lama didendami olehnya. Masih teringat peristiwa yang berlaku dahulu.

Kerana perempuan itulah, dia terpaksa meringkuk dalam penjara. Sebab perempuan itu jugalah, bapanya tidak mahu lagi mengaku dia sebagai anak. Sehinggakan dia terpaksa merempat dari hidupnya yang sedia kaya-raya sebelum itu. Nasib baiklah ibunya ada juga membantu sedikit dari segi kewangan.

Dendamnya tidak akan berakhir. Sudah lama dia mencari Virus, namun tidak berjumpa. Dahulu dia tidak pernah menjangkakan yang perempuan itu akan berpindah rumah.

“Tak guna kau, Ida! Aku akan pastikan yang hidup kau merana lepas ni! Jangan harap kau akan terlepas dari genggaman tangan aku. Biarlah walau kau dah kahwin. Aku akan buatkan sampai suami kau pun dah rasa jijik lagi nak sentuh kau!” Khairul ketawa terbahak-bahak. Matanya dipenuhi api dendam yang membara.



“WOI, Ikmal! Perlu ke aku buat macam ni?” Virus bertanya pada Ikmal apabila mereka tiba di sebuah salun kecantikan. Ikmal tersengih sahaja. Dia mengangguk-angguk. Virus membuat muka bosan. Memang bosanlah kalau selalu macam ni!

“Iyalah..habis tu nak buat macam mana lagi?”

“Buatlah macam lain..”

“Aduh! Loyar buruk pulak kau ni! Aku lesing baru tau!” Ikmal membuat gaya seperti Haji Bakhil yang mahu melesing orang. Virus tergelak kecil. Lucu dengan keletah Ikmal.

“Iyalah..jomlah! Kali ni aje tau? Kalau kau suruh aku buat lagi lain kali..sorrylah, dude! Ni pun nasib baik Shuji yang suruh aku setuju..” Virus bersuara malas.

“Aik? Dah dengar cakap suami nampak? Aku ingat kau ni liat nak mampus!” Ikmal sengaja mengejek Virus. Virus menoleh dengan jelingan tajam.

“Kau jangan banyak cakap! Kau nak, jom. Kalau tak nak..aku blah dululah, beb!” Virus panas hati melihat Ikmal yang sedang tersengih mengejek.

“Ha..jom..jom..” Ikmal mengalah. Kerjanya lebih penting saat ini. Itupun sudah besar tuah Virus sedia menolongnya lagi dengan menjadi model. Bosnya begitu sukakan gambar Virus sewaktu pertunjukan fesyen tempoh hari. Sebab itulah dia meminta tolong dari Virus lagi.

Tidak sedar yang gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Khairul terhendap-hendap memerhatikan kelibat Virus dan Ikmal yang sedang berjalan memasuki salun tersebut. Hatinya bersorak gembira kerana berjaya menemui Virus setelah beberapa hari dia cuba menjejaki perempuan itu.

“Kau tunggulah, Ida..kau takkan aku lepaskan lagi selepas ni..” Khairul ketawa lagi. Dia berasa lucu entah mengapa. Seronok rasa hatinya kerana sudah berjaya menemui perempuan yang sudah banyak menghantui masa silamnya. Dendamnya semakin menyala.


p/s: sory agak pendek..busy tak sempat nak taip banyak2..sowi ek..sile la bace.mesti tak best n3 kali ni..huhu taip pun rush2 je ni..sowi skali lg ek..
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/26/2009 11:46:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

13 comments:

  1. IDA MANSOR / IENA MANSORMonday, July 27, 2009 at 12:21:00 AM GMT+8

    xpe...asl dpt bace ^^
    naseb sllau tdo lewat..
    dptla bace awl..hihi...
    risaula pe yg akan jd t..
    huhu....
    btw mcmane ngan kanadya tu?
    ble nk terbit?
    x sbr nk bli ni ^^.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 12:30:00 AM GMT+8

    tetap best hokay.. jangan risau..

    impatiently waiting for the next entry

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 1:05:00 AM GMT+8

    ist comment dr kiter...
    nk agi sis...
    takut lah..
    mcm ade adegan suspen je..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. MisS_SyaMonday, July 27, 2009 at 7:27:00 AM GMT+8

    ish, sis..apa pulak tak best nya?
    best la sis..takpe pendek pun janji ade..
    hehehheheeh yg pentingnye, crite ni da nak abis kan?
    chaiyok2 sis!! EBCB camne? sempat abis jugak tak?tak sbar nk tau jugak sambungannya..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 12:12:00 PM GMT+8

    suspen... suspen...
    nape la shujing tk ikot mase nih. isk isk isk

    -oewyn-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 1:18:00 PM GMT+8

    btul tuh..saspen tahap dewa nih!
    ngehehe xD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 2:45:00 PM GMT+8

    sis jangan bagi mamat perogol tu apa2 kan virus tau.. nanti tak best.. haha.. biar shujing jadi hero rescue virus, his cinta :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. keSENGALan teserlah..Monday, July 27, 2009 at 2:58:00 PM GMT+8

    whoaaaaa...
    pasnieh mesty ade konflik brat2 nieh,..
    huhu..
    pe la khairul nk wat kt virus nieh..isk2..
    smbung2..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. MaY_LiNMonday, July 27, 2009 at 7:00:00 PM GMT+8

    kawan2..
    jom kite bantu
    virus n shuji!!
    hihih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousMonday, July 27, 2009 at 11:20:00 PM GMT+8

    sis bila laaa virus nak pregnant ni? wakakkaka.. mesti lawak tomboy pregnant

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, July 30, 2009 at 8:54:00 AM GMT+8

    aha..
    bila virus nk pregnant?
    hahaha
    jgn la belaku sesuatu yg buruk kt virus...
    tolong laa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousSunday, February 21, 2010 at 6:21:00 PM GMT+8

    akk bler nk smbng lg???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. imgirlsagitariusTuesday, December 20, 2011 at 11:27:00 PM GMT+8

    best lah citer nie.............

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu