TINIE
terjaga apabila telefon bimbitnya bergegar. Barulah dia teringat yang dia kini
masih berada di hospital. Tinie melihat ke skrin telefon bimbitnya. Nama
tunangnya Rafiq tertera jelas. Oh, dia terlupa beritahu tunangnya itu tentang
Adnin Najwa yang kemalangan. Tentu lelaki itu risau kerana sejak semalam dia
tidak langsung menelefon lelaki itu. Sudahlah kini mereka sedang berjauhan
kerana lelaki itu terpaksa ke luar negara kerana hal kerja. Tinie segera
menjawab panggilan telefon Rafiq.
“Assalamualaikum,
sayang.. Emm, ya Tie tau. Sorrylah,
Tie lupa nak bagitau abang pasal Wawa kemalangan tadi.. Dia ada kat hospital
Kangar ni.. Ya, masih kat dalam emergency
room..” suara Tinie yang risau kedengaran.
Irfan
Naufal yang sejak tadi masih tertanya-tanya tentang Adnin Najwa, terus
menumpukan perhatian pada Tinie yang sedang bercakap telefon. Siapa agaknya
gadis itu kepada Adnin Najwa? Mungkin kalau aku pergi bertanya, gadis itu akan
menceritakan sedikit sebanyak mengenai Adnin Najwa. Jadi, dapatlah aku tahu
siapakah Adnin Najwa yang aku langgar tu.. Irfan Naufal terangguk-angguk.
Barulah otaknya kembali berfikir. Tadi, dia tidak terfikir pun mahu bertanya
apa-apa pada Tinie kerana terlalu sangat memikirkan keselamatan Adnin Najwa di
dalam bilik pembedahan.
Selepas
Tinie selesai bercakap telefon, Irfan Naufal bangun. Fizul di sebelahnya sudah
tertidur di kerusi menunggu itu. Irfan Naufal segera menghampiri Tinie bersama
sebuah senyuman pahit. “Hmm, boleh saya tanya sesuatu?”
Tinie
mendongak memandang wajah kacak Irfan Naufal yang tampak sedikit gelisah. “Ya,
saya?” jawab Tinie tenang.
“Kat
dalam bilik pembedahan tu, kawan awak ke?” soal Irfan Naufal lagi. Keningnya
bersatu menanti jawapan Tinie.
“Ya,
dia kawan saya. Awat pulak encik tanya? Encik kenai dia ka?” Tinie pula yang
menyoal banyak.
“Saya
terlibat jugak dalam kemalangan tu. Tapi saya tak cedera sebab sempat keluar
dari kereta sebelum kereta saya meletup.. Cuma ada calar-calar sikit je ni.
Emm, sayalah yang menyebabkan kawan awak tu kemalangan..” jelas Irfan Naufal
dalam perasaan kesal. Terlupa pula dia akan tujuannya menegur Tinie tadi.
“Oh..”
hanya itu ayat yang terkeluar dari mulut Tinie. Dia sebenarnya agak terperanjat
dan marah kepada Irfan Naufal yang menyebabkan Adnin Najwa kemalangan walaupun
dia tahu lelaki itu tidak sengaja. Tetapi, apabila difikir semula, ini bukanlah
waktu yang sesuai untuk marah-marah. Bagi Tinie, nyawa Adnin Najwa lebih
penting saat ini. Soal salah siapa kemalangan ini berlaku, Tinie mahu tolak ke
tepi dulu.
“Saya
Irfan Naufal..” ucap Irfan Naufal memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Dia
cuba tersenyum pada Tinie yang kini menjeling tajam kepadanya.
“Em,
Tinie..” balas Tinie, separuh acuh tidak acuh. Malas pula dia hendak
memperkenalkan nama penuhnya kepada lelaki tidak dikenalinya itu.
“Yang
kat dalam bilik pembedahan tu, kawan rapat awak ke? Nama dia siapa? Saya
bukannya apa, nak tahu sikit-sikit pasal dia sebab sayalah yang menyebabkan dia
kemalangan..”
“Nama
dia Adnin Najwa. Dia tu memang kawan rapat saya. Duduk serumah..”
“Dah
berapa lama awak kenal dengan dia?” soal Irfan Naufal bertubi-tubi tanpa henti.
Dah macam wartawan pula. Tinie terdiam seketika memandang ke wajah tampan Irfan
Naufal yang kelihatan sedikit resah.
“Baru
dua bulan.. Eh, awat awak ni tanya banyak pulak ni? Tadi cakap nak tanya sikit
ja..” sahut Tinie sedikit tidak berpuas hati dengan Irfan Naufal. Kata mahu
tanya sikit-sikit saja. Ini sudah sampai ke mana sudah. Takkanlah.. Irfan
Naufal sukakan Adnin Najwa kut?
“Oh, sorry. I went overboard.. Hm, terima
kasih untuk maklumat yang awak bagi..” getus Irfan Naufal dengan keluhan besar.
Wajahnya sudah dipenuhi peluh dingin. Kini dia sudah pasti bahawa itu adalah
Adnin Najwa yang dia kenali kerana sudah dua bulan gadis itu hilang tanpa berita.
Dalam
pada rasa bersyukur kerana sudah berjaya menjumpai Adnin Najwa, dia berasa
risau pula. Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada Adnin Najwa? Dan
kali ini, dia juga yang menyebabkan gadis itu ditimpa musibah. Irfan Naufal
meraup wajahnya sambil duduk semula di kerusi menunggu. Dia bimbang untuk berhadapan
dengan Adnin Najwa dan mengakui bahawa dia adalah Irfan Naufal. Lelaki yang
paling dibenci oleh Adnin Najwa. Mustahil lagi Adnin Najwa akan menerimanya
selepas melihat wajahnya.
Pembedahan
masih belum tamat. Sudah dua jam masa berlalu. Hati Irfan Naufal semakin
gelisah mengenangkan Adnin Najwa. Dia memejamkan matanya, berdoa banyak-banyak
kepada Allah SWT supaya menyelamatkan Adnin Najwa dari bahaya. Dia tidak tega
menanggung rasa bersalah yang berlebih lagi dalam jiwanya kerana sekarang ini
pun hatinya sudah sarat dengan rasa bersalah yang tidak tertanggung.
Selepas
beberapa ketika menunggu, seorang doktor kelihatan berjalan laju keluar dari
bilik pembedahan. Tinie terus berkejar ke arah doktor berkenaan diikuti oleh
Irfan Naufal.
“Doktor,
macam mana dengan kawan saya?” soal Tinie seperti tidak sabar-sabar lagi.
Wajahnya sungguh risau. Air mata terasa bagai mahu terbit dari kelopak matanya
yang sudah berair.
“Siapa
keluarga terdekat mangsa?” soal doktor itu kembali.
“Kawan
saya tu yatim piatu. Saya sahabat terdekat dia buat masa sekarang ni, doktor..”
balas Tinie laju. Irfan Naufal hanya terdiam menanti kata-kata seterusnya dari
doktor pertengahan umur itu. Betapa gelisahnya hati Irfan Naufal ketika ini,
hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
“Suami
dia tak ada ke?” soal doktor itu lagi. Dia pelik kerana berdasarkan pemeriksaan
awal dia ke atas Adnin Najwa tadi, gadis itu sedang hamil dua bulan.
“Dia
belum kahwin lagi, doktor!” jawab Tinie juga pelik. Kenapa doktor itu bertanya
yang bukan-bukan pula? Dan bagaimana pula doktor itu dapat tahu yang Adnin
Najwa mempunyai suami? Mengarut ke apa doktor ni?
“Awak
pasti ke dia tak ada suami? Sebab berdasarkan pemeriksaan awal kami tadi,
mangsa mengandung dua bulan.. Dan sekarang ni dia sudah pun keguguran.. Emm,
dan kami sudah mencuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan dia.. Tapi, tak
dapat menyelamatkan penglihatan dia.. Cebisan-cebisan kecil kaca yang masuk ke
dalam mata dia tu, dah merosakkan retina
mata dia.. Maafkan saya..” terang doktor itu satu-persatu dengan wajah kesal.
Mata
Irfan Naufal membesar tidak percaya. Dia terus tersandar di dinding dengan
wajah yang sungguh tertekan dan gelisah. Kepalanya dipegang lalu rambutnya
diramas-ramas kasar. Adnin Najwa hamil? Ya Allah! Aku pasti, dia hamil sebab
aku yang rogol dia hari tu! Dan dia buta pun sebab aku yang langgar dia! Ya
Allah ya Tuhanku! Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni?
Ya
Allah.. Ampunilah aku.. Najwa, tolong maafkan saya! Tolonglah maafkan saya.. Ya
Allah, memang aku ni jenis lelaki yang tak berguna! Apa ada pada ego aku yang
menggunung itu selama ni? Agaknya inilah balasan sifat bongkak aku selama ni.
Akhirnya Irfan Naufal menangis dan meraung. Dia sudah tidak peduli lagi pada
orang-orang di sekelilingnya. Beban di dalam hatinya kini ternyata sudah semakin
bertambah.
Fizul
yang baru tersedar dari tidur terus datang menghampiri Irfan Naufal dalam
keadaan tertanya-tanya. Dia menenangkan Irfan Naufal dengan mengusap-usap
belakang lelaki itu. Dia tahu, tentu doktor dari bilik pembedahan itu ada cakap
apa-apa tentang gadis yang kemalangan itu. Takkanlah gadis tu meninggal dunia
kut? Ya Allah! Engkau kuatkanlah hati Ir..
Tinie
sungguh terkejut sebaik sahaja mendengar penjelasan doktor itu. Wawa
mengandung? Tapi, dia tak pernah pun beritahu aku pasal suami dia. Dia tak
pernah cakap yang dia dah berkahwin. Dia tak cakap pun yang dia mengandung? Em,
agaknya sebab ni kut Wawa selalu saja nampak pucat dan murung? Mungkin inilah
rahsia yang Wawa cuba sembunyikan dari aku selama ni dan tanggung seorang diri?
Ya
Allah, apa yang dah jadi ni? Aku takkan percaya yang Wawa tu perempuan murahan
yang dah terlanjur sampai mengandung. Sebab, walaupun baru dua bulan kami
kenal, Wawa memang seorang gadis yang sangat baik. Mustahil Wawa berlakon baik
depan aku sebab Wawa memang seorang yang jujur dan selalu ikhlas. Tak mungkin!
Tak mungkin dia mengandungkan anak luar nikah! Mungkinkah dia bersuami tapi dia
tak mahu beritahu? Mungkin dia ada masalah dengan suami dia? Berbagai-bagai
persoalan bermain di benak Tinie ketika ini. Lebih membuatkan hatinya kasihan
dan bersedih, Adnin Najwa hilang penglihatannya kerana kemalangan ini.
“Ya
Allah…” hanya itu yang mampu Tinie ucapkan. Manik-manik halus sudah terbit dan
kini kelihatan meniti di pipi mulus Tinie. Dia terduduk di atas lantai
menangisi nasib Adnin Najwa. Sudahlah gadis itu anak yatim piatu, kini pula
hilang penglihatan dan juga kehilangan anak yang dikandung. Sungguh, nasib
Adnin Najwa memang malang. Dugaan demi dugaan Allah SWT turunkan buatnya.
Tabahkanlah hati Adnin Najwa, ya Allah..
“Ir,
sudahlah.. Kau sabarlah..” pujuk Fizul lagi apabila Irfan Naufal semakin tidak
keruan. Nampak pelik pula lelaki menangis begitu. Tambahan lagi, ramai orang di
sekeliling mereka. Semua mata memandang ke arah Irfan Naufal dan Fizul. Entah
tengah mengutuk di dalam hati atau bersimpati dengan nasib yang menimpa Irfan
Naufal.
“Aku..
Aku perlukan masa bersendirian kejap..” getus Irfan Naufal seraya berlalu pergi
dari situ. Fizul hanya memandang langkah Irfan Naufal yang lemah itu.
Tinie
juga begitu, dia memandang ke arah Irfan Naufal dengan pandangan bingung.
Kenapa agaknya lelaki itu sampai meraung dan menangis begitu kerana Adnin
Najwa? Tinie mengelap air matanya.
“Doktor,
boleh saya masuk tengok kawan saya tak?” tanya Tinie seraya bangun berdiri
semula. Tisu dikeluarkan lalu dia mengesat pipinya yang sebal. Esakannya masih
kedengaran halus.
“Boleh,
tapi biarlah kami pindahkan dia ke wad dulu. Nanti cik boleh tengok dia..” kata
doktor tersebut sambil tersenyum kecil. Dia mengangguk-angguk pada Tinie lalu
meminta diri.
Tinie
tidak dapat menahan perasaannya apabila terlihat tubuh lesu Adnin Najwa yang
dibawa keluar dari bilik pembedahan. Kepala dan matanya berbalut. Bibirnya
pucat lesi. Adnin Najwa kelihatan sungguh terseksa walaupun masih tidak
sedarkan diri. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati gadis itu.. Sesungguhnya dia
amat memerlukan sokongan-Mu, ya Allah.. Sokonglah hati dia, berilah dia kasih
sayang-Mu.. Supaya dia dapat menempuhi semua dugaan-Mu ini dengan penuh
ketabahan.. Aminn..
“APA
yang terjadi pada aku, Tie? Kau cakaplah perkara yang betul. Dah banyak kali
aku tanya kau tapi kau tak nak jawab! Aku tahu, kau sembunyikan sesuatu dari aku..
Please, tell me! Aku dapat rasa
sesuatu yang tak kena. Kenapa mata aku ni rasa sakit sangat? Kenapa, Tie?!”
soalan Adnin Najwa itu sudah berkali-kali rasanya didengari oleh Tinie namun
dia tidak mampu untuk menjawab. Lidahnya terasa kelu. Hanya air mata sahaja
yang terbit tanpa henti dari tubir mata Tinie. Esakannya ditahan supaya tidak
didengari oleh Adnin Najwa.
“Tie?
Kau ada kat situ, kan? Kau jawablah soalan aku!” panggil Adnin Najwa sambil
mengawang-awangkan kedua belah tangannya ke sekeliling. Walaupun dia tidak
dapat melihat, dia tahu yang Tinie masih berada di situ. Adnin Najwa
menyeringai kesakitan apabila terlalu banyak bergerak. Bukan sahaja matanya
yang terasa perit, bahagian ari-arinya juga terasa sakit.
“Wawa..”
getus Tinie perlahan lalu dia segera memeluk tubuh Adnin Najwa. Esakannya sudah
kedengaran manakala air matanya terus galak meniti di pipinya. Dia sungguh
sebak melihat keadaan Adnin Najwa. “Aku harap, hang boleh bersabaq dan tabahkan
hati hang bila aku bagitau hang ni.. Janji dulu dengan aku, Wawa..” kata Tinie
seraya melonggarkan pelukan.
Adnin
Najwa menelan air liur yang terasa pahit. Dia berasa tidak sedap hati mendengar
kata-kata Tinie yang jelas sedang menangis teresak-esak. Beranikah dia berjanji
yang dia boleh bersabar apabila mengetahui kebenaran yang bakal Tinie katakan?
Adnin Najwa memegang dadanya yang berombak kencang. Mampukah aku, ya Allah?
Adnin Najwa nekad. Dia perlu juga mengetahui kebenaran. Akhirnya dia
mengangguk-angguk. “Aku.. Janji..”
“Wawa..
Kau keguguran. Dan.. Kau.. Kau.. Dah tak boleh melihat..” tangis Tinie sambil
menggenggam tangan kanan Adnin Najwa.
Adnin
Najwa tersentak apabila mendengar kata-kata Tinie. Aku.. Keguguran? Anak..
Aku.. Dah tak ada? Adnin Najwa menggigit bibir bawahnya manakala tangan kirinya
mengusap perut yang terasa pedih. Entah mengapa perasaan sebak kini
bergayut-gayut di tangkai hatinya. Jiwanya perit mengenangkan bayinya yang
sudah tiada. Terlupa sudah ayat Tinie yang mengatakan bahawa dia buta. Walaupun
hanya sekejap mengandungkan bayinya itu, rasa kasih sayangnya sudah mulai
bercambah buat anaknya itu. Ya, dia sudah merancang mahu hidup berdua
bersama-sama anaknya selepas anaknya itu lahir. Tapi, Allah lebih menyayangi
kau, nak.. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu yang sangat lemah ini..
“Anak
ibu..” terasa air matanya terbit. Walaupun matanya masih pedih dan perit, dia
tidak peduli. “Anak ibuuu..” tangis Adnin Najwa lagi. Dia seperti sudah tidak
terkawal. “Anak ibuuu!!”
Tinie
memegang badan Adnin Najwa kemas-kemas. Dia tahu yang dia perlu menyokong Adnin
Najwa pada saat sahabatnya itu begitu memerlukan sokongan begini. Esakannya
semakin menjadi-jadi melihat keadaan Adnin Najwa yang sudah tidak keruan itu.
“Wawa.. Sabar, Wawa.. Aku tahu, masa sekarang ni mesti sukar untuk hang lalui..
Hang ingat Allah banyak-banyak.. Ingat Allah, Wawa.. Banyakkan mengucap..
Tabahkan hati hang..” pujuk Tinie sambil mengelap air mata di pipinya. Dia
nampak balutan pada mata Adnin Najwa sudah dibasahi air mata gadis itu. Bimbang
pula dia bila mengenangkan luka pada mata Adnin Najwa yang masih tidak sembuh
sepenuhnya.
“Tapi
Tie, anak aku… Anak aku, Tie.. Ya Allah!” tangis Adnin Najwa pula, semakin
menjadi-jadi. Dia memegang lagi perutnya. Perasaan sayangnya yang menggebu buat
anaknya kini menjadi kedukaan yang terlampau hebat dalam hatinya selepas
mengetahui bahawa dia sudah kehilangan anaknya itu.
“Mengucap,
Wawa..” betapa Tinie berasa kagum walaupun bersimpati dengan nasib Adnin Najwa.
Antara penglihatannya dan juga anak yang dikandung, Adnin Najwa lebih sedih
kehilangan anaknya. Sudah tidak dihiraukan lagi matanya yang buta. Yang dia
fikirkan hanyalah mengenai anaknya yang sudah tiada. Inilah kasih sayang
seorang ibu. Tinie kini sedang menyaksikan secara langsung betapa kasihnya
seorang ibu terhadap anaknya.
Tinie
memeluk lagi Adnin Najwa, kali ini dengan lebih erat. Dia mengusapi belakang
gadis itu untuk menenangkannya. Dan air matanya juga sesekali terbit kerana
tidak dapat menahan perasaan simpati serta sedih..
IRFAN
Naufal duduk di atas batu besar di tepi laut Kuala Perlis dengan perasaan yang dia
sendiri tidak dapat mengertikan. Selepas mengetahui mengenai keadaan Adnin Najwa
selepas pembedahan tadi, hatinya terus menjadi tidak menentu. Jiwanya lebih tertekan
ketika ini. Perasaannya kacau-bilau dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Sedihnya hati Irfan Naufal ketika ini, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Namun
air matanya cuba ditahan seboleh mungkin. Ini bukan masanya untuk dia menangis lagi.
Tetapi
ini adalah saat-saat genting di mana dia harus berfikir tentang tindakan selanjutnya
yang perlu dia lakukan. Dan yang pastinya, selepas ini dia tidak mungkin akan melepaskan
Adnin Najwa pergi lagi. Dosanya terhadap gadis itu terlalu besar. Dia perlu berbuat
sesuatu supaya dia dapat menebus segala kesalahannya. Gadis itu perlu jadi miliknya
dan dia akan usahakan untuk memiliki Adnin Najwa.
Jika
gadis itu sudah menjadi miliknya, Irfan Naufal bersumpah pada dirinya sendiri yang
dia akan belajar menyayangi Adnin Najwa supaya gadis itu akan sentiasa bahagia di
sisinya. Tidak mungkin dia akan benarkan Adnin Najwa menderita lagi. Ya Allah, permudahkanlah..
Dan kepala Irfan Naufal terus ditundukkan tatkala ada setitis air jernih yang tiba-tiba
gugur.. Rambutnya diramas-ramas menahan sebak. Najwa, please forgive me..
DUA
minggu berlalu..
TINIE
duduk berteleku di kerusi menunggu berhampiran wad yang menempatkan Adnin
Najwa. Dia termenung mengenangkan kesedihan yang masih dialami oleh Adnin
Najwa. Dia tahu, tentu sukar untuk Adnin Najwa lalui semua itu. Perasaan
simpatinya semakin menebal ketika ini lalu matanya kembali bergenang dengan air
mata.
Tinie
ingin bertanya Adnin Najwa mengenai kandungan gadis itu yang gugur. Tetapi dia
masih tidak mempunyai keberanian untuk bertanya. Bimbang emosi Adnin Najwa
kembali terganggu. Gadis itu juga tidak pernah menceritakan kisah di sebalik
kandungannya itu. Sebab itulah Tinie berasa terlalu ingin tahu tentang itu.
Tapi, dah kalau Adnin Najwa tidak sudi untuk bercerita, tak apalah. Dia faham,
mungkin ada masalah peribadi yang dialami oleh gadis itu yang mahu dirahsiakan.
Adnin
Najwa memang seorang perempuan yang tabah dan Tinie sungguh kagum dengan
ketabahan hati Adnin Najwa. Seminggu juga Adnin Najwa seperti hilang
pertimbangan selepas mengetahui mengenai kematian bayinya. Seminggu Adnin Najwa
meraung-raung meratapi nasib dirinya yang malang sehingga beberapa kali juga dibius
oleh doktor untuk menenangkannya.
Tetapi
alhamdulillah, selepas seminggu itu, dia seperti sudah dapat menerima
kenyataan. Adnin Najwa sudah mampu tersenyum walaupun hanya senyuman pahit.
Tinie tahu Adnin Najwa masih terseksa dan bersedih, tetapi semua itu
dipendamkan sahaja dalam hatinya kerana memang Adnin Najwa seorang yang suka memendam
rasa.
“Assalamualaikum..”
tegur seseorang membuatkan lamunan Tinie terhenti. Tinie mendongak seraya
menyeka air mata yang baru ingin terbit.
“Waalaikumussalam..
Encik Irfan..” balas Tinie apabila ternampak Irfan Naufal yang sedang tersenyum
pahit ke arahnya. Sudah dua minggu berturut-turut lelaki itu datang tanpa
mengenal erti putus asa untuk berjumpa Adnin Najwa. Tapi Tinie yang masih tidak
benarkan mereka berjumpa. Tinie bimbang emosi Adnin Najwa akan terganggu lagi.
“Cik
Najwa dah okey? Boleh saya melawat dia tak?” soal Irfan Naufal sedikit gelisah.
Dia bimbang untuk bersemuka dengan Adnin Najwa walaupun gadis itu kini buta.
“Dia
dah okey dari segi fizikal.. Tapi emosi dia masih belum okey sepenuhnya..
Walaupun dia cakap dia okey, dalam hati dia tu saya tau yang dia still sedih..” jawab Tinie dengan jujur.
“Tapi,
saya ada hal nak jumpa dengan dia..” kata Irfan Naufal penuh harapan.
“Hal
apa? Tentang kemalangan tu? Saya rasa, sekarang bukan masa yang sesuai. I’m afraid you still can’t meet her. She’s
still in trauma.. Please?” sahut Tinie dengan wajah serius. Dia menjeling
Irfan Naufal yang masih tegak berdiri di hadapannya.
“Siapa
tu, Tie?” tiba-tiba sahaja wajah Adnin Najwa terjengul dari muka pintu wadnya.
Tangannya memegang sebatang tongkat. Betapa terkejutnya Tinie ketika itu lalu
dia segera meluru ke arah Adnin Najwa. Risaunya Tinie ketika ini hanya Allah
sahaja yang tahu.
“Wawa!
Awatlah hang ni degil sangat? Aku kan suruh hang panggil aku kalau hang nak ke
mana-mana..” leter Tinie sambil memimpin tangan Adnin Najwa.
Irfan
Naufal menelan air liur yang terasa perit untuk melalui kerongkongnya. Wajah
pucat lesi Adnin Najwa membuatkan dia takut dan kelu untuk berbicara. Balutan
masih kemas tersarung di bahagian matanya. Adnin Najwa berbeza dari waktu dia
mula-mula mengenali gadis itu kerana sekarang gadis itu sudah bertudung dan
berpakaian seperti seorang perempuan.
Benarkah
itu adalah Adnin Najwa yang sama? Lama juga Irfan Naufal mengamati hidung
mancung dan juga bibir pucat milik Adnin Najwa. Renungannya terhenti pada bibir
gadis itu yang menawan. Ya, itu bibir yang sama. Hidung pun sama.. Kulit pun
sama gebu seperti waktu dulu. Memang tidak syak lagi. Itulah Adnin Najwa yang
dia kenali.
“Aku
bukannya apa, Tie.. Tadi aku dengar suara kau tengah bercakap-cakap. Tu yang
aku keluar, nak tahu siapa yang datang. Tunang kau datang ke? Dia dah balik
dari overseas?” tanya Adnin Najwa
lalu tersenyum. Tangan Tinie dicapai dan diusap-usap lembut.
“Bu..
Bukan.. Dia tu..” balas Tinie, gagap. Tiba-tiba pula telefon bimbit Tinie
berbunyi. “Wawa, hang duduk sini sat. Buah hati aku call.. Nak cakap sat dengan dia.. Hang duduk sat kat sini tau.. Sat
jaa..”
Adnin
Najwa hanya terangguk-angguk dalam senyum simpul. Bahagianya kau, Tie! Hidup
kau memang sempurna.. Adnin Najwa tiba-tiba teringatkan lelaki yang berbual
dengan Tinie tadi. Siapalah agaknya ya? Dia masih kat sini ke?
“Assalamualaikum?”
Irfan
Naufal tersentak mendengar suara serak-serak basah Adnin Najwa itu. Betapa
berdebarnya hati dia ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Salam
Adnin Najwa dijawabnya dengan penuh debaran yang sungguh kencang. Bimbang gadis
itu cam suaranya. Wajah lembut Adnin Najwa direnungnya lagi. Gadis itu memang
sungguh cantik. Irfan Naufal seperti sedang terpukau dengan kecantikan Adnin
Najwa.
“Saya
Adnin Najwa.. Awak ni siapa, ya? Kawan Tie, ek?” soal Adnin Najwa dengan penuh
tanda tanya. Namun bibirnya sentiasa tersenyum.
“Saya
Irfan Naufal!” ujar Irfan Naufal tanpa sedar. Entah mengapa dia tercakap nama
sebenar kepada Adnin Najwa. Berderau darahnya apabila wajah gadis manis di
hadapannya itu berubah terkejut dan terus pucat lesi. Irfan Naufal sudah berasa
tidak menentu. Kenapalah aku boleh tercakap nama aku dengan begitu mudah? Ya
Allah, apa yang aku patut buat ni? Jantung Irfan Naufal sudah berdegup kencang
menanti kata-kata Adnin Najwa yang seterusnya.
Adnin
Najwa hampir jatuh terduduk selepas mendengar nama lelaki itu. “Saya pergi
dulu..” sahut Adnin Najwa dengan suara bergetar. Tubuhnya terasa menggigil
selepas terbayang kembali peristiwa hitam bersama Irfan Naufal dua bulan yang lepas. Dia takutkan lelaki itu. Mungkinkah itu adalah Irfan Naufal yang
sama yang pernah menodai kesucian dirinya? Adnin Najwa kalut ingin
mempercepatkan langkahnya dengan perasaan yang sudah tidak menentu.
Irfan
Naufal kaget melihat tingkah Adnin Najwa yang ingin berlalu. Tentulah gadis itu
takutkan dia kerana dia memberitahu nama sebenarnya tadi. Kenapalah aku ni
bodoh sangat? Bengap nak mampus! Irfan Naufal mengutuk dirinya sendiri. Selepas
berfikir-fikir, Irfan Naufal mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak
mengenali Adnin Najwa. “Cik masih tak sihat ke? Hati-hati berjalan, nanti
jatuh..”
“Kau
jangan dekat dengan aku! Kau jangan apa-apakan aku lagi.. Tolonglah.. Kalau kau
sentuh aku, nanti aku jerit panggil nurse
hospital ni!” ugut Adnin Najwa. Tangannya melayang-layangkan tongkat supaya
Irfan Naufal tidak dapat mendekatinya.
“Cik?
Kenapa ni? Are you okay?” Irfan
Naufal memulakan lakonannya seolah-olah dia tidak mengenali Adnin Najwa. Memang
nada suaranya cukup menjadi. Dia cuba mengawal perasaan gemuruhnya. Mujurlah
Adnin Najwa kini buta. Kalau tidak, tentu gadis itu akan melarikan diri lagi.
Dia takkan lepaskan Adnin Najwa lagi. Peluang hanya datang sekali. Dia akan
pastikan gadis itu sah menjadi isterinya seperti permintaan Tan Sri Haji
Zainal.
Adnin
Najwa terkedu selepas mendengar suara lelaki itu seperti tidak mengenalinya.
Tetapi, dia takkan semudah itu untuk jatuh sekali lagi ke dalam perangkap Irfan
Naufal. Adnin Najwa mengentalkan hatinya. Walau siapapun lelaki itu, sama ada
lelaki yang sama atau tidak, Adnin Najwa takkan mudah untuk percaya. Nama Irfan
Naufal merupakan nama yang paling dibencinya. Dia takkan sesekali lupa pada
nama lelaki terkutuk itu.
“Kau
jangan dekat dengan aku!” bentak Adnin Najwa dengan tegas.
“Wait, wait, wait.. Cik dah salah orang
kut?” Irfan Naufal mencuba sedaya-upayanya untuk berlakon tidak mengenali Adnin
Najwa.
Adnin
Najwa tergamam. Eh? Macam mana kalau aku betul-betul tersalah orang? Takkanlah
seorang lelaki aje dalam dunia ni yang bernama Irfan Naufal kut? Aduh.. Adnin
Najwa menelan liur. Dia hanya mampu berdoa supaya Allah SWT memberikan dia
pertolongan. Agar dia terlepas dari situasi yang dia sendiri tidak pasti ini.
“Kau
siapa?!” tanya Adnin Najwa dengan suara terketar-ketar. Kedengaran suara
keluhan Irfan Naufal.
“Wawa!
Kenapa ni, Wawa? Awat hang berpeluh-peluh ni?” soal Tinie yang baru datang. Dia
sungguh risau melihat keadaan Adnin Najwa yang menggigil. Adakah Irfan Naufal
telah membangkitkan trauma gadis itu selepas menyebut tentang kemalangan yang
menimpa mereka?
“Siapa
lelaki tu, Tie? Siapa?!” Adnin Najwa mengalihkan pertanyaan kepada Tinie pula.
Dia memegang lengan Tinie erat seraya berkata-kata. Dan hatinya berasa sungguh
lega dengan kehadiran gadis itu di sini. Syukurlah, ya Allah..
“Dia
tu..”
“Siapa,
Tie?!” soalan Adnin Najwa yang seolah-olah menekan Tinie itu menjadikan Tinie
berasa agak berdebar-debar. Wajah Adnin Najwa yang seperti orang takut itu
terpampang jelas. Tinie sungguh pelik.
“Dia
tulah orang yang terlibat sama dalam kemalangan pada malam tu. Dia yang pandu
kereta dari arah bertentangan dengan hang.. Dan..” Tinie tidak dapat
menghabiskan kata-katanya. Bimbang Adnin Najwa teringat semula mengenai
kemalangan itu.
“Saya
tak nampak kereta awak waktu tu sebab jalan gelap sangat.. Cik Wawa, saya..
Saya berasa amat bersalah sebab..” belum lagi habis ayat Irfan Naufal, Tinie
terlebih dahulu berdehem kuat dan menggeleng-geleng kepala kepada Irfan Naufal
tanda menyuruh lelaki itu berhenti bercakap.
“Jom,
Wawa.. Kita masuk rehat dalam bilik..” potong Tinie dengan pantas. “Encik
Irfan, awak boleh balik dulu..”
“Tapi,
Tie..” Adnin Najwa pula yang serba-salah. Nampaknya benarlah lelaki itu bukan
Irfan Naufal yang sama.
Lagipun,
mana mungkin kebetulan seperti ini berlaku. Jauh dia berpindah dari kotaraya
Kuala Lumpur, ingin melarikan diri dari lelaki tak berguna itu. Mustahil ini
adalah Irfan Naufal yang berjiwa iblis itu. Lelaki itu bukannya kisah pun sama
ada dia hidup atau mati. Lelaki sekejam Irfan Naufal yang pernah menzaliminya
itu bukanlah lelaki ini. Adnin Najwa pasti itu. Dia sudah yakin kini. Walaupun
dia masih bersedih kerana hilang penglihatan disebabkan kemalangan itu, dia
tidak boleh juga menyalahkan Irfan Naufal kerana sebenarnya pada waktu itu
memang kebetulan lampu keretanya tiba-tiba terpadam.
“Wawa..
Hang perlukan rehat.. Jangan terlampau fikir pasal kemalangan tu. Kan doktor
suruh hang berehat?” potong Tinie lagi.
“At least, bagi saya tebus kesalahan saya?
Maksud saya, kesalahan saya langgar awak.. Dan menyebabkan awak hilang
penglihatan.. Saya sanggup buat apa aje, sanggup berikan apa-apa aje yang awak
mintak.. Saya tahu kesalahan saya ni terlalu besar. Tolonglah maafkan saya..
Ampunkan saya, Cik Najwa..” pinta Irfan Naufal tiba-tiba dengan penuh
mengharap. Dia benar-benar berharap Adnin Najwa sudi mendengar kata-katanya
lagi. Dia yakin gadis itu sudah percaya bahawa dia bukanlah Irfan Naufal yang
pernah dikenali.
Langkah
Adnin Najwa dan Tinie terhenti. Adnin Najwa menoleh walaupun dia tidak dapat
melihat di manakah kedudukan Irfan Naufal ketika ini. Entah mengapa hatinya
seperti menyuruh dia mendengar kata-kata seterusnya dari Irfan Naufal itu.
Irfan Naufal yang memang berbeza dari Irfan Naufal yang pernah dikenalinya.
Lelaki ini tahu erti bertanggungjawab dan tahu rasa bersalah. Bukan macam Irfan
Naufal yang dayus itu!
“Wawa..?”
panggil Tinie apabila Adnin Najwa seperti terkaku di situ. Bagai menunggu
kata-kata seterusnya dari Irfan Naufal.
“Cik
Najwa, saya tahu permintaan saya ni mungkin agak melampau atau mungkin nanti
awak akan fikir yang saya ni dah gila atau tak betul.. But.. Would you marry me, please? Kalau Cik Najwa kahwin dengan
saya, saya janji akan menjaga Cik Najwa seumur hidup saya.. Saya akan buatkan
hidup Cik Najwa bahagia buat selama-lamanya.. Sampailah ke hujung nyawa kita..”
getus Irfan Naufal dengan penuh keikhlasan. Dia tahu, inilah peluang untuk dia
melamar Adnin Najwa.
Biji
mata Tinie terbeliak sakan manakala kerongkongnya terasa tersekat-sekat selepas
mendengar lamaran yang tidak terduga dari Irfan Naufal itu. Mak aii.. Lelaki ni
memang full of surprises.. Tinie
menelan air liur sambil memandang Adnin Najwa yang jelas tergamam. Yalah, siapa
yang takkan tergamam mendengar sesuatu yang tidak dijangka seperti itu?
p/s : harap semua terhibur.. :)
ai pun tergamam beb...sungguh lirih hati si IN kali ni..
ReplyDeletetolonglah terima wahai Najwa...
bagus irfan.. hope wawa terima irfan n bg peluang pd irfan utk tebus kesilapannya..
ReplyDeletesdih la plak,,buta kan?? xpe asal irfan ad,ksilpn prlu d tebus,,to auni,cpt2 la smbung,, xsbr nk tau,, 6t ksi pjg skit ehh,, hehehe
ReplyDeletegud job Irfan...
ReplyDeletehope wawa x menolak..
Irfan cuba sebaik mungkin ok.. jgn nak mengalah...
Wah . Sangat terhibur . Bertanggungjawab jugak la irfan ni . Bagus2 . Ni yg sy suka . Hihi . Harap Najwa sudi kawen ngan Irfan la .
ReplyDeleters perubahan kali nie br kene ngan soul... huhu, klu sblm nie nye plot rs mcm drastik sgt... mcm tetiba je sumthink happend... btw gud job ms writer...n 1 more think... ms writer ad link x utk beli on9 karya ms, entah bila cinta bersemi, cr kat popular n mph dh lama x de stok
ReplyDeletebest...jalan cerita yg menarik...cepat2 sambung ye tak sabar nak tunggu apakah Wawa terima lamaran Irfan Naufal???..suka sebab nama hero sama dngan nama anak saya....hihihi..
ReplyDeletethx ms writer..
ReplyDeleteperubahan plot kali nie mantap compare 2 plot sblm nie... sblm nie nye cte rs mcm drastik sgt...
hope leh continue panjang2 sket...
btw ms writer ad link on9 x utk beli novel entah bila cinta bersemi, cr kat popular n mph lama dh x de stok...
sama2..thanks juga utk komen.. :)
Deletesy rsa baik awk order on9 dgn fajar pakeer atau beli dgn sy..kebetulan ada 1 lebih bku yg free copy :)
really... auni leh bg acc mybnk...t bella contact tru fb
Deletekepada semua yg sudi hantar komen..
ReplyDeleteterima kasih daun keladi.. :)
sayang korang ketat2.. ^^ <3
uihh.
ReplyDeletetergamam jugak.
bagus irfan bagus.
tak hesitate untuk melamar adnin najwa.
=)
aih.
ReplyDeletekita pun tergamam jugak.
bagus irfan bagus.
tak hesitate nak lamar adnin najwa.
=)
saye pon kelu ...t'gamam
ReplyDeleteirfan harap adengan tersembunyi awak nie lebih ke arah positif ye... harap wawa dapat kembali penglihatannya... tak nak dia buta terus.....
ReplyDeletebest gile la sis..nk lagi cpat2! =))
ReplyDeletewahhhhh..dh lma giler sis x update,mmang rindu bangat dgn n3 sis..thank u sis... :)
ReplyDeleteirfan ni mmang bgus la. hrap2 adnin trime die..
BESTTTT!!!! :)
moga irfan akan lebih bertanggungjawab.... Najwa....moga bahagia akan menjelma dlm hidupnya...
ReplyDeleteadnin najwa...terimelh irfan naufal tu...
ReplyDeletebestnyaaa..
ReplyDeleteBEST
ReplyDeleteBest..!!!
ReplyDeletepsstt! sis! smbung cpt2..hehehehehe
ReplyDeletebest2... harap sgt wawa terima.. plez terima..
ReplyDeletesedihnya bila wawa merintih psl baby die..rs nak nangis je
ReplyDeletewow....one more awesome story from you...you're really talented author auni...i think this novel will get publish 2..congrats n keep it up...:)
ReplyDeleteMmg full of surprises lah. Tak sabar nak tunggu kemunculan novel ni. Karya auni semua mmg lain drpd novelis yg sedia ada.
ReplyDelete-jaja-
mak aihhh..terkujat den!!
ReplyDeletesyabas ir..
Fantastic tak diduga, soalan cepuk emas dari Irfan. well done writer. unexpected!
ReplyDeleteWell done writer, soalan cepuk emas dari Irfan was certainly unexpected! keep up the good work please continue, tak sabar
ReplyDelete