-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, April 16, 2012

Kurelakan Kasihmu 7, 8



TINIE terjaga apabila telefon bimbitnya bergegar. Barulah dia teringat yang dia kini masih berada di hospital. Tinie melihat ke skrin telefon bimbitnya. Nama tunangnya Rafiq tertera jelas. Oh, dia terlupa beritahu tunangnya itu tentang Adnin Najwa yang kemalangan. Tentu lelaki itu risau kerana sejak semalam dia tidak langsung menelefon lelaki itu. Sudahlah kini mereka sedang berjauhan kerana lelaki itu terpaksa ke luar negara kerana hal kerja. Tinie segera menjawab panggilan telefon Rafiq.
“Assalamualaikum, sayang.. Emm, ya Tie tau. Sorrylah, Tie lupa nak bagitau abang pasal Wawa kemalangan tadi.. Dia ada kat hospital Kangar ni.. Ya, masih kat dalam emergency room..” suara Tinie yang risau kedengaran.
Irfan Naufal yang sejak tadi masih tertanya-tanya tentang Adnin Najwa, terus menumpukan perhatian pada Tinie yang sedang bercakap telefon. Siapa agaknya gadis itu kepada Adnin Najwa? Mungkin kalau aku pergi bertanya, gadis itu akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Adnin Najwa. Jadi, dapatlah aku tahu siapakah Adnin Najwa yang aku langgar tu.. Irfan Naufal terangguk-angguk. Barulah otaknya kembali berfikir. Tadi, dia tidak terfikir pun mahu bertanya apa-apa pada Tinie kerana terlalu sangat memikirkan keselamatan Adnin Najwa di dalam bilik pembedahan.
Selepas Tinie selesai bercakap telefon, Irfan Naufal bangun. Fizul di sebelahnya sudah tertidur di kerusi menunggu itu. Irfan Naufal segera menghampiri Tinie bersama sebuah senyuman pahit. “Hmm, boleh saya tanya sesuatu?”
Tinie mendongak memandang wajah kacak Irfan Naufal yang tampak sedikit gelisah. “Ya, saya?” jawab Tinie tenang.
“Kat dalam bilik pembedahan tu, kawan awak ke?” soal Irfan Naufal lagi. Keningnya bersatu menanti jawapan Tinie.
“Ya, dia kawan saya. Awat pulak encik tanya? Encik kenai dia ka?” Tinie pula yang menyoal banyak.
“Saya terlibat jugak dalam kemalangan tu. Tapi saya tak cedera sebab sempat keluar dari kereta sebelum kereta saya meletup.. Cuma ada calar-calar sikit je ni. Emm, sayalah yang menyebabkan kawan awak tu kemalangan..” jelas Irfan Naufal dalam perasaan kesal. Terlupa pula dia akan tujuannya menegur Tinie tadi.
“Oh..” hanya itu ayat yang terkeluar dari mulut Tinie. Dia sebenarnya agak terperanjat dan marah kepada Irfan Naufal yang menyebabkan Adnin Najwa kemalangan walaupun dia tahu lelaki itu tidak sengaja. Tetapi, apabila difikir semula, ini bukanlah waktu yang sesuai untuk marah-marah. Bagi Tinie, nyawa Adnin Najwa lebih penting saat ini. Soal salah siapa kemalangan ini berlaku, Tinie mahu tolak ke tepi dulu.
“Saya Irfan Naufal..” ucap Irfan Naufal memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Dia cuba tersenyum pada Tinie yang kini menjeling tajam kepadanya.
“Em, Tinie..” balas Tinie, separuh acuh tidak acuh. Malas pula dia hendak memperkenalkan nama penuhnya kepada lelaki tidak dikenalinya itu.
“Yang kat dalam bilik pembedahan tu, kawan rapat awak ke? Nama dia siapa? Saya bukannya apa, nak tahu sikit-sikit pasal dia sebab sayalah yang menyebabkan dia kemalangan..”
“Nama dia Adnin Najwa. Dia tu memang kawan rapat saya. Duduk serumah..”
“Dah berapa lama awak kenal dengan dia?” soal Irfan Naufal bertubi-tubi tanpa henti. Dah macam wartawan pula. Tinie terdiam seketika memandang ke wajah tampan Irfan Naufal yang kelihatan sedikit resah.
“Baru dua bulan.. Eh, awat awak ni tanya banyak pulak ni? Tadi cakap nak tanya sikit ja..” sahut Tinie sedikit tidak berpuas hati dengan Irfan Naufal. Kata mahu tanya sikit-sikit saja. Ini sudah sampai ke mana sudah. Takkanlah.. Irfan Naufal sukakan Adnin Najwa kut?
“Oh, sorry. I went overboard.. Hm, terima kasih untuk maklumat yang awak bagi..” getus Irfan Naufal dengan keluhan besar. Wajahnya sudah dipenuhi peluh dingin. Kini dia sudah pasti bahawa itu adalah Adnin Najwa yang dia kenali kerana sudah dua bulan gadis itu hilang tanpa berita.
Dalam pada rasa bersyukur kerana sudah berjaya menjumpai Adnin Najwa, dia berasa risau pula. Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada Adnin Najwa? Dan kali ini, dia juga yang menyebabkan gadis itu ditimpa musibah. Irfan Naufal meraup wajahnya sambil duduk semula di kerusi menunggu. Dia bimbang untuk berhadapan dengan Adnin Najwa dan mengakui bahawa dia adalah Irfan Naufal. Lelaki yang paling dibenci oleh Adnin Najwa. Mustahil lagi Adnin Najwa akan menerimanya selepas melihat wajahnya.
Pembedahan masih belum tamat. Sudah dua jam masa berlalu. Hati Irfan Naufal semakin gelisah mengenangkan Adnin Najwa. Dia memejamkan matanya, berdoa banyak-banyak kepada Allah SWT supaya menyelamatkan Adnin Najwa dari bahaya. Dia tidak tega menanggung rasa bersalah yang berlebih lagi dalam jiwanya kerana sekarang ini pun hatinya sudah sarat dengan rasa bersalah yang tidak tertanggung.
Selepas beberapa ketika menunggu, seorang doktor kelihatan berjalan laju keluar dari bilik pembedahan. Tinie terus berkejar ke arah doktor berkenaan diikuti oleh Irfan Naufal.
“Doktor, macam mana dengan kawan saya?” soal Tinie seperti tidak sabar-sabar lagi. Wajahnya sungguh risau. Air mata terasa bagai mahu terbit dari kelopak matanya yang sudah berair.
“Siapa keluarga terdekat mangsa?” soal doktor itu kembali.
“Kawan saya tu yatim piatu. Saya sahabat terdekat dia buat masa sekarang ni, doktor..” balas Tinie laju. Irfan Naufal hanya terdiam menanti kata-kata seterusnya dari doktor pertengahan umur itu. Betapa gelisahnya hati Irfan Naufal ketika ini, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
“Suami dia tak ada ke?” soal doktor itu lagi. Dia pelik kerana berdasarkan pemeriksaan awal dia ke atas Adnin Najwa tadi, gadis itu sedang hamil dua bulan.
“Dia belum kahwin lagi, doktor!” jawab Tinie juga pelik. Kenapa doktor itu bertanya yang bukan-bukan pula? Dan bagaimana pula doktor itu dapat tahu yang Adnin Najwa mempunyai suami? Mengarut ke apa doktor ni?
“Awak pasti ke dia tak ada suami? Sebab berdasarkan pemeriksaan awal kami tadi, mangsa mengandung dua bulan.. Dan sekarang ni dia sudah pun keguguran.. Emm, dan kami sudah mencuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan dia.. Tapi, tak dapat menyelamatkan penglihatan dia.. Cebisan-cebisan kecil kaca yang masuk ke dalam mata dia tu, dah  merosakkan retina mata dia.. Maafkan saya..” terang doktor itu satu-persatu dengan wajah kesal.
Mata Irfan Naufal membesar tidak percaya. Dia terus tersandar di dinding dengan wajah yang sungguh tertekan dan gelisah. Kepalanya dipegang lalu rambutnya diramas-ramas kasar. Adnin Najwa hamil? Ya Allah! Aku pasti, dia hamil sebab aku yang rogol dia hari tu! Dan dia buta pun sebab aku yang langgar dia! Ya Allah ya Tuhanku! Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni?
Ya Allah.. Ampunilah aku.. Najwa, tolong maafkan saya! Tolonglah maafkan saya.. Ya Allah, memang aku ni jenis lelaki yang tak berguna! Apa ada pada ego aku yang menggunung itu selama ni? Agaknya inilah balasan sifat bongkak aku selama ni. Akhirnya Irfan Naufal menangis dan meraung. Dia sudah tidak peduli lagi pada orang-orang di sekelilingnya. Beban di dalam hatinya kini ternyata sudah semakin bertambah.
Fizul yang baru tersedar dari tidur terus datang menghampiri Irfan Naufal dalam keadaan tertanya-tanya. Dia menenangkan Irfan Naufal dengan mengusap-usap belakang lelaki itu. Dia tahu, tentu doktor dari bilik pembedahan itu ada cakap apa-apa tentang gadis yang kemalangan itu. Takkanlah gadis tu meninggal dunia kut? Ya Allah! Engkau kuatkanlah hati Ir..
Tinie sungguh terkejut sebaik sahaja mendengar penjelasan doktor itu. Wawa mengandung? Tapi, dia tak pernah pun beritahu aku pasal suami dia. Dia tak pernah cakap yang dia dah berkahwin. Dia tak cakap pun yang dia mengandung? Em, agaknya sebab ni kut Wawa selalu saja nampak pucat dan murung? Mungkin inilah rahsia yang Wawa cuba sembunyikan dari aku selama ni dan tanggung seorang diri?
Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Aku takkan percaya yang Wawa tu perempuan murahan yang dah terlanjur sampai mengandung. Sebab, walaupun baru dua bulan kami kenal, Wawa memang seorang gadis yang sangat baik. Mustahil Wawa berlakon baik depan aku sebab Wawa memang seorang yang jujur dan selalu ikhlas. Tak mungkin! Tak mungkin dia mengandungkan anak luar nikah! Mungkinkah dia bersuami tapi dia tak mahu beritahu? Mungkin dia ada masalah dengan suami dia? Berbagai-bagai persoalan bermain di benak Tinie ketika ini. Lebih membuatkan hatinya kasihan dan bersedih, Adnin Najwa hilang penglihatannya kerana kemalangan ini.
“Ya Allah…” hanya itu yang mampu Tinie ucapkan. Manik-manik halus sudah terbit dan kini kelihatan meniti di pipi mulus Tinie. Dia terduduk di atas lantai menangisi nasib Adnin Najwa. Sudahlah gadis itu anak yatim piatu, kini pula hilang penglihatan dan juga kehilangan anak yang dikandung. Sungguh, nasib Adnin Najwa memang malang. Dugaan demi dugaan Allah SWT turunkan buatnya. Tabahkanlah hati Adnin Najwa, ya Allah..
“Ir, sudahlah.. Kau sabarlah..” pujuk Fizul lagi apabila Irfan Naufal semakin tidak keruan. Nampak pelik pula lelaki menangis begitu. Tambahan lagi, ramai orang di sekeliling mereka. Semua mata memandang ke arah Irfan Naufal dan Fizul. Entah tengah mengutuk di dalam hati atau bersimpati dengan nasib yang menimpa Irfan Naufal.
“Aku.. Aku perlukan masa bersendirian kejap..” getus Irfan Naufal seraya berlalu pergi dari situ. Fizul hanya memandang langkah Irfan Naufal yang lemah itu.
Tinie juga begitu, dia memandang ke arah Irfan Naufal dengan pandangan bingung. Kenapa agaknya lelaki itu sampai meraung dan menangis begitu kerana Adnin Najwa? Tinie mengelap air matanya.
“Doktor, boleh saya masuk tengok kawan saya tak?” tanya Tinie seraya bangun berdiri semula. Tisu dikeluarkan lalu dia mengesat pipinya yang sebal. Esakannya masih kedengaran halus.
“Boleh, tapi biarlah kami pindahkan dia ke wad dulu. Nanti cik boleh tengok dia..” kata doktor tersebut sambil tersenyum kecil. Dia mengangguk-angguk pada Tinie lalu meminta diri.
Tinie tidak dapat menahan perasaannya apabila terlihat tubuh lesu Adnin Najwa yang dibawa keluar dari bilik pembedahan. Kepala dan matanya berbalut. Bibirnya pucat lesi. Adnin Najwa kelihatan sungguh terseksa walaupun masih tidak sedarkan diri. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati gadis itu.. Sesungguhnya dia amat memerlukan sokongan-Mu, ya Allah.. Sokonglah hati dia, berilah dia kasih sayang-Mu.. Supaya dia dapat menempuhi semua dugaan-Mu ini dengan penuh ketabahan.. Aminn..




“APA yang terjadi pada aku, Tie? Kau cakaplah perkara yang betul. Dah banyak kali aku tanya kau tapi kau tak nak jawab! Aku tahu, kau sembunyikan sesuatu dari aku.. Please, tell me! Aku dapat rasa sesuatu yang tak kena. Kenapa mata aku ni rasa sakit sangat? Kenapa, Tie?!” soalan Adnin Najwa itu sudah berkali-kali rasanya didengari oleh Tinie namun dia tidak mampu untuk menjawab. Lidahnya terasa kelu. Hanya air mata sahaja yang terbit tanpa henti dari tubir mata Tinie. Esakannya ditahan supaya tidak didengari oleh Adnin Najwa.
“Tie? Kau ada kat situ, kan? Kau jawablah soalan aku!” panggil Adnin Najwa sambil mengawang-awangkan kedua belah tangannya ke sekeliling. Walaupun dia tidak dapat melihat, dia tahu yang Tinie masih berada di situ. Adnin Najwa menyeringai kesakitan apabila terlalu banyak bergerak. Bukan sahaja matanya yang terasa perit, bahagian ari-arinya juga terasa sakit.
“Wawa..” getus Tinie perlahan lalu dia segera memeluk tubuh Adnin Najwa. Esakannya sudah kedengaran manakala air matanya terus galak meniti di pipinya. Dia sungguh sebak melihat keadaan Adnin Najwa. “Aku harap, hang boleh bersabaq dan tabahkan hati hang bila aku bagitau hang ni.. Janji dulu dengan aku, Wawa..” kata Tinie seraya melonggarkan pelukan.
Adnin Najwa menelan air liur yang terasa pahit. Dia berasa tidak sedap hati mendengar kata-kata Tinie yang jelas sedang menangis teresak-esak. Beranikah dia berjanji yang dia boleh bersabar apabila mengetahui kebenaran yang bakal Tinie katakan? Adnin Najwa memegang dadanya yang berombak kencang. Mampukah aku, ya Allah? Adnin Najwa nekad. Dia perlu juga mengetahui kebenaran. Akhirnya dia mengangguk-angguk. “Aku.. Janji..”
“Wawa.. Kau keguguran. Dan.. Kau.. Kau.. Dah tak boleh melihat..” tangis Tinie sambil menggenggam tangan kanan Adnin Najwa.
Adnin Najwa tersentak apabila mendengar kata-kata Tinie. Aku.. Keguguran? Anak.. Aku.. Dah tak ada? Adnin Najwa menggigit bibir bawahnya manakala tangan kirinya mengusap perut yang terasa pedih. Entah mengapa perasaan sebak kini bergayut-gayut di tangkai hatinya. Jiwanya perit mengenangkan bayinya yang sudah tiada. Terlupa sudah ayat Tinie yang mengatakan bahawa dia buta. Walaupun hanya sekejap mengandungkan bayinya itu, rasa kasih sayangnya sudah mulai bercambah buat anaknya itu. Ya, dia sudah merancang mahu hidup berdua bersama-sama anaknya selepas anaknya itu lahir. Tapi, Allah lebih menyayangi kau, nak.. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu yang sangat lemah ini..
“Anak ibu..” terasa air matanya terbit. Walaupun matanya masih pedih dan perit, dia tidak peduli. “Anak ibuuu..” tangis Adnin Najwa lagi. Dia seperti sudah tidak terkawal. “Anak ibuuu!!”
Tinie memegang badan Adnin Najwa kemas-kemas. Dia tahu yang dia perlu menyokong Adnin Najwa pada saat sahabatnya itu begitu memerlukan sokongan begini. Esakannya semakin menjadi-jadi melihat keadaan Adnin Najwa yang sudah tidak keruan itu. “Wawa.. Sabar, Wawa.. Aku tahu, masa sekarang ni mesti sukar untuk hang lalui.. Hang ingat Allah banyak-banyak.. Ingat Allah, Wawa.. Banyakkan mengucap.. Tabahkan hati hang..” pujuk Tinie sambil mengelap air mata di pipinya. Dia nampak balutan pada mata Adnin Najwa sudah dibasahi air mata gadis itu. Bimbang pula dia bila mengenangkan luka pada mata Adnin Najwa yang masih tidak sembuh sepenuhnya.
“Tapi Tie, anak aku… Anak aku, Tie.. Ya Allah!” tangis Adnin Najwa pula, semakin menjadi-jadi. Dia memegang lagi perutnya. Perasaan sayangnya yang menggebu buat anaknya kini menjadi kedukaan yang terlampau hebat dalam hatinya selepas mengetahui bahawa dia sudah kehilangan anaknya itu.
“Mengucap, Wawa..” betapa Tinie berasa kagum walaupun bersimpati dengan nasib Adnin Najwa. Antara penglihatannya dan juga anak yang dikandung, Adnin Najwa lebih sedih kehilangan anaknya. Sudah tidak dihiraukan lagi matanya yang buta. Yang dia fikirkan hanyalah mengenai anaknya yang sudah tiada. Inilah kasih sayang seorang ibu. Tinie kini sedang menyaksikan secara langsung betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.
Tinie memeluk lagi Adnin Najwa, kali ini dengan lebih erat. Dia mengusapi belakang gadis itu untuk menenangkannya. Dan air matanya juga sesekali terbit kerana tidak dapat menahan perasaan simpati serta sedih..




IRFAN Naufal duduk di atas batu besar di tepi laut Kuala Perlis dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat mengertikan. Selepas mengetahui mengenai keadaan Adnin Najwa selepas pembedahan tadi, hatinya terus menjadi tidak menentu. Jiwanya lebih tertekan ketika ini. Perasaannya kacau-bilau dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sedihnya hati Irfan Naufal ketika ini, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Namun air matanya cuba ditahan seboleh mungkin. Ini bukan masanya untuk dia menangis lagi.
Tetapi ini adalah saat-saat genting di mana dia harus berfikir tentang tindakan selanjutnya yang perlu dia lakukan. Dan yang pastinya, selepas ini dia tidak mungkin akan melepaskan Adnin Najwa pergi lagi. Dosanya terhadap gadis itu terlalu besar. Dia perlu berbuat sesuatu supaya dia dapat menebus segala kesalahannya. Gadis itu perlu jadi miliknya dan dia akan usahakan untuk memiliki Adnin Najwa.
Jika gadis itu sudah menjadi miliknya, Irfan Naufal bersumpah pada dirinya sendiri yang dia akan belajar menyayangi Adnin Najwa supaya gadis itu akan sentiasa bahagia di sisinya. Tidak mungkin dia akan benarkan Adnin Najwa menderita lagi. Ya Allah, permudahkanlah.. Dan kepala Irfan Naufal terus ditundukkan tatkala ada setitis air jernih yang tiba-tiba gugur.. Rambutnya diramas-ramas menahan sebak. Najwa, please forgive me..




DUA minggu berlalu..
TINIE duduk berteleku di kerusi menunggu berhampiran wad yang menempatkan Adnin Najwa. Dia termenung mengenangkan kesedihan yang masih dialami oleh Adnin Najwa. Dia tahu, tentu sukar untuk Adnin Najwa lalui semua itu. Perasaan simpatinya semakin menebal ketika ini lalu matanya kembali bergenang dengan air mata.
Tinie ingin bertanya Adnin Najwa mengenai kandungan gadis itu yang gugur. Tetapi dia masih tidak mempunyai keberanian untuk bertanya. Bimbang emosi Adnin Najwa kembali terganggu. Gadis itu juga tidak pernah menceritakan kisah di sebalik kandungannya itu. Sebab itulah Tinie berasa terlalu ingin tahu tentang itu. Tapi, dah kalau Adnin Najwa tidak sudi untuk bercerita, tak apalah. Dia faham, mungkin ada masalah peribadi yang dialami oleh gadis itu yang mahu dirahsiakan.
Adnin Najwa memang seorang perempuan yang tabah dan Tinie sungguh kagum dengan ketabahan hati Adnin Najwa. Seminggu juga Adnin Najwa seperti hilang pertimbangan selepas mengetahui mengenai kematian bayinya. Seminggu Adnin Najwa meraung-raung meratapi nasib dirinya yang malang sehingga beberapa kali juga dibius oleh doktor untuk menenangkannya.
Tetapi alhamdulillah, selepas seminggu itu, dia seperti sudah dapat menerima kenyataan. Adnin Najwa sudah mampu tersenyum walaupun hanya senyuman pahit. Tinie tahu Adnin Najwa masih terseksa dan bersedih, tetapi semua itu dipendamkan sahaja dalam hatinya kerana memang Adnin Najwa seorang yang suka memendam rasa.
“Assalamualaikum..” tegur seseorang membuatkan lamunan Tinie terhenti. Tinie mendongak seraya menyeka air mata yang baru ingin terbit.
“Waalaikumussalam.. Encik Irfan..” balas Tinie apabila ternampak Irfan Naufal yang sedang tersenyum pahit ke arahnya. Sudah dua minggu berturut-turut lelaki itu datang tanpa mengenal erti putus asa untuk berjumpa Adnin Najwa. Tapi Tinie yang masih tidak benarkan mereka berjumpa. Tinie bimbang emosi Adnin Najwa akan terganggu lagi.
“Cik Najwa dah okey? Boleh saya melawat dia tak?” soal Irfan Naufal sedikit gelisah. Dia bimbang untuk bersemuka dengan Adnin Najwa walaupun gadis itu kini buta.
“Dia dah okey dari segi fizikal.. Tapi emosi dia masih belum okey sepenuhnya.. Walaupun dia cakap dia okey, dalam hati dia tu saya tau yang dia still sedih..” jawab Tinie dengan jujur.
“Tapi, saya ada hal nak jumpa dengan dia..” kata Irfan Naufal penuh harapan.
“Hal apa? Tentang kemalangan tu? Saya rasa, sekarang bukan masa yang sesuai. I’m afraid you still can’t meet her. She’s still in trauma.. Please?” sahut Tinie dengan wajah serius. Dia menjeling Irfan Naufal yang masih tegak berdiri di hadapannya.
“Siapa tu, Tie?” tiba-tiba sahaja wajah Adnin Najwa terjengul dari muka pintu wadnya. Tangannya memegang sebatang tongkat. Betapa terkejutnya Tinie ketika itu lalu dia segera meluru ke arah Adnin Najwa. Risaunya Tinie ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu.
“Wawa! Awatlah hang ni degil sangat? Aku kan suruh hang panggil aku kalau hang nak ke mana-mana..” leter Tinie sambil memimpin tangan Adnin Najwa.
Irfan Naufal menelan air liur yang terasa perit untuk melalui kerongkongnya. Wajah pucat lesi Adnin Najwa membuatkan dia takut dan kelu untuk berbicara. Balutan masih kemas tersarung di bahagian matanya. Adnin Najwa berbeza dari waktu dia mula-mula mengenali gadis itu kerana sekarang gadis itu sudah bertudung dan berpakaian seperti seorang perempuan.
Benarkah itu adalah Adnin Najwa yang sama? Lama juga Irfan Naufal mengamati hidung mancung dan juga bibir pucat milik Adnin Najwa. Renungannya terhenti pada bibir gadis itu yang menawan. Ya, itu bibir yang sama. Hidung pun sama.. Kulit pun sama gebu seperti waktu dulu. Memang tidak syak lagi. Itulah Adnin Najwa yang dia kenali.
“Aku bukannya apa, Tie.. Tadi aku dengar suara kau tengah bercakap-cakap. Tu yang aku keluar, nak tahu siapa yang datang. Tunang kau datang ke? Dia dah balik dari overseas?” tanya Adnin Najwa lalu tersenyum. Tangan Tinie dicapai dan diusap-usap lembut.
“Bu.. Bukan.. Dia tu..” balas Tinie, gagap. Tiba-tiba pula telefon bimbit Tinie berbunyi. “Wawa, hang duduk sini sat. Buah hati aku call.. Nak cakap sat dengan dia.. Hang duduk sat kat sini tau.. Sat jaa..”
Adnin Najwa hanya terangguk-angguk dalam senyum simpul. Bahagianya kau, Tie! Hidup kau memang sempurna.. Adnin Najwa tiba-tiba teringatkan lelaki yang berbual dengan Tinie tadi. Siapalah agaknya ya? Dia masih kat sini ke? “Assalamualaikum?”
Irfan Naufal tersentak mendengar suara serak-serak basah Adnin Najwa itu. Betapa berdebarnya hati dia ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Salam Adnin Najwa dijawabnya dengan penuh debaran yang sungguh kencang. Bimbang gadis itu cam suaranya. Wajah lembut Adnin Najwa direnungnya lagi. Gadis itu memang sungguh cantik. Irfan Naufal seperti sedang terpukau dengan kecantikan Adnin Najwa.
“Saya Adnin Najwa.. Awak ni siapa, ya? Kawan Tie, ek?” soal Adnin Najwa dengan penuh tanda tanya. Namun bibirnya sentiasa tersenyum.
“Saya Irfan Naufal!” ujar Irfan Naufal tanpa sedar. Entah mengapa dia tercakap nama sebenar kepada Adnin Najwa. Berderau darahnya apabila wajah gadis manis di hadapannya itu berubah terkejut dan terus pucat lesi. Irfan Naufal sudah berasa tidak menentu. Kenapalah aku boleh tercakap nama aku dengan begitu mudah? Ya Allah, apa yang aku patut buat ni? Jantung Irfan Naufal sudah berdegup kencang menanti kata-kata Adnin Najwa yang seterusnya.
Adnin Najwa hampir jatuh terduduk selepas mendengar nama lelaki itu. “Saya pergi dulu..” sahut Adnin Najwa dengan suara bergetar. Tubuhnya terasa menggigil selepas terbayang kembali peristiwa hitam bersama Irfan Naufal dua bulan yang lepas. Dia takutkan lelaki itu. Mungkinkah itu adalah Irfan Naufal yang sama yang pernah menodai kesucian dirinya? Adnin Najwa kalut ingin mempercepatkan langkahnya dengan perasaan yang sudah tidak menentu.
Irfan Naufal kaget melihat tingkah Adnin Najwa yang ingin berlalu. Tentulah gadis itu takutkan dia kerana dia memberitahu nama sebenarnya tadi. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Bengap nak mampus! Irfan Naufal mengutuk dirinya sendiri. Selepas berfikir-fikir, Irfan Naufal mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak mengenali Adnin Najwa. “Cik masih tak sihat ke? Hati-hati berjalan, nanti jatuh..”
“Kau jangan dekat dengan aku! Kau jangan apa-apakan aku lagi.. Tolonglah.. Kalau kau sentuh aku, nanti aku jerit panggil nurse hospital ni!” ugut Adnin Najwa. Tangannya melayang-layangkan tongkat supaya Irfan Naufal tidak dapat mendekatinya.
“Cik? Kenapa ni? Are you okay?” Irfan Naufal memulakan lakonannya seolah-olah dia tidak mengenali Adnin Najwa. Memang nada suaranya cukup menjadi. Dia cuba mengawal perasaan gemuruhnya. Mujurlah Adnin Najwa kini buta. Kalau tidak, tentu gadis itu akan melarikan diri lagi. Dia takkan lepaskan Adnin Najwa lagi. Peluang hanya datang sekali. Dia akan pastikan gadis itu sah menjadi isterinya seperti permintaan Tan Sri Haji Zainal.
Adnin Najwa terkedu selepas mendengar suara lelaki itu seperti tidak mengenalinya. Tetapi, dia takkan semudah itu untuk jatuh sekali lagi ke dalam perangkap Irfan Naufal. Adnin Najwa mengentalkan hatinya. Walau siapapun lelaki itu, sama ada lelaki yang sama atau tidak, Adnin Najwa takkan mudah untuk percaya. Nama Irfan Naufal merupakan nama yang paling dibencinya. Dia takkan sesekali lupa pada nama lelaki terkutuk itu.
“Kau jangan dekat dengan aku!” bentak Adnin Najwa dengan tegas.
“Wait, wait, wait.. Cik dah salah orang kut?” Irfan Naufal mencuba sedaya-upayanya untuk berlakon tidak mengenali Adnin Najwa.
Adnin Najwa tergamam. Eh? Macam mana kalau aku betul-betul tersalah orang? Takkanlah seorang lelaki aje dalam dunia ni yang bernama Irfan Naufal kut? Aduh.. Adnin Najwa menelan liur. Dia hanya mampu berdoa supaya Allah SWT memberikan dia pertolongan. Agar dia terlepas dari situasi yang dia sendiri tidak pasti ini.
“Kau siapa?!” tanya Adnin Najwa dengan suara terketar-ketar. Kedengaran suara keluhan Irfan Naufal.
“Wawa! Kenapa ni, Wawa? Awat hang berpeluh-peluh ni?” soal Tinie yang baru datang. Dia sungguh risau melihat keadaan Adnin Najwa yang menggigil. Adakah Irfan Naufal telah membangkitkan trauma gadis itu selepas menyebut tentang kemalangan yang menimpa mereka?
“Siapa lelaki tu, Tie? Siapa?!” Adnin Najwa mengalihkan pertanyaan kepada Tinie pula. Dia memegang lengan Tinie erat seraya berkata-kata. Dan hatinya berasa sungguh lega dengan kehadiran gadis itu di sini. Syukurlah, ya Allah..
“Dia tu..”
“Siapa, Tie?!” soalan Adnin Najwa yang seolah-olah menekan Tinie itu menjadikan Tinie berasa agak berdebar-debar. Wajah Adnin Najwa yang seperti orang takut itu terpampang jelas. Tinie sungguh pelik.
“Dia tulah orang yang terlibat sama dalam kemalangan pada malam tu. Dia yang pandu kereta dari arah bertentangan dengan hang.. Dan..” Tinie tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Bimbang Adnin Najwa teringat semula mengenai kemalangan itu.
“Saya tak nampak kereta awak waktu tu sebab jalan gelap sangat.. Cik Wawa, saya.. Saya berasa amat bersalah sebab..” belum lagi habis ayat Irfan Naufal, Tinie terlebih dahulu berdehem kuat dan menggeleng-geleng kepala kepada Irfan Naufal tanda menyuruh lelaki itu berhenti bercakap.
“Jom, Wawa.. Kita masuk rehat dalam bilik..” potong Tinie dengan pantas. “Encik Irfan, awak boleh balik dulu..”
“Tapi, Tie..” Adnin Najwa pula yang serba-salah. Nampaknya benarlah lelaki itu bukan Irfan Naufal yang sama.
Lagipun, mana mungkin kebetulan seperti ini berlaku. Jauh dia berpindah dari kotaraya Kuala Lumpur, ingin melarikan diri dari lelaki tak berguna itu. Mustahil ini adalah Irfan Naufal yang berjiwa iblis itu. Lelaki itu bukannya kisah pun sama ada dia hidup atau mati. Lelaki sekejam Irfan Naufal yang pernah menzaliminya itu bukanlah lelaki ini. Adnin Najwa pasti itu. Dia sudah yakin kini. Walaupun dia masih bersedih kerana hilang penglihatan disebabkan kemalangan itu, dia tidak boleh juga menyalahkan Irfan Naufal kerana sebenarnya pada waktu itu memang kebetulan lampu keretanya tiba-tiba terpadam.
“Wawa.. Hang perlukan rehat.. Jangan terlampau fikir pasal kemalangan tu. Kan doktor suruh hang berehat?” potong Tinie lagi.
“At least, bagi saya tebus kesalahan saya? Maksud saya, kesalahan saya langgar awak.. Dan menyebabkan awak hilang penglihatan.. Saya sanggup buat apa aje, sanggup berikan apa-apa aje yang awak mintak.. Saya tahu kesalahan saya ni terlalu besar. Tolonglah maafkan saya.. Ampunkan saya, Cik Najwa..” pinta Irfan Naufal tiba-tiba dengan penuh mengharap. Dia benar-benar berharap Adnin Najwa sudi mendengar kata-katanya lagi. Dia yakin gadis itu sudah percaya bahawa dia bukanlah Irfan Naufal yang pernah dikenali.
Langkah Adnin Najwa dan Tinie terhenti. Adnin Najwa menoleh walaupun dia tidak dapat melihat di manakah kedudukan Irfan Naufal ketika ini. Entah mengapa hatinya seperti menyuruh dia mendengar kata-kata seterusnya dari Irfan Naufal itu. Irfan Naufal yang memang berbeza dari Irfan Naufal yang pernah dikenalinya. Lelaki ini tahu erti bertanggungjawab dan tahu rasa bersalah. Bukan macam Irfan Naufal yang dayus itu!
“Wawa..?” panggil Tinie apabila Adnin Najwa seperti terkaku di situ. Bagai menunggu kata-kata seterusnya dari Irfan Naufal.
“Cik Najwa, saya tahu permintaan saya ni mungkin agak melampau atau mungkin nanti awak akan fikir yang saya ni dah gila atau tak betul.. But.. Would you marry me, please? Kalau Cik Najwa kahwin dengan saya, saya janji akan menjaga Cik Najwa seumur hidup saya.. Saya akan buatkan hidup Cik Najwa bahagia buat selama-lamanya.. Sampailah ke hujung nyawa kita..” getus Irfan Naufal dengan penuh keikhlasan. Dia tahu, inilah peluang untuk dia melamar Adnin Najwa.
Biji mata Tinie terbeliak sakan manakala kerongkongnya terasa tersekat-sekat selepas mendengar lamaran yang tidak terduga dari Irfan Naufal itu. Mak aii.. Lelaki ni memang full of surprises.. Tinie menelan air liur sambil memandang Adnin Najwa yang jelas tergamam. Yalah, siapa yang takkan tergamam mendengar sesuatu yang tidak dijangka seperti itu?


p/s : harap semua terhibur.. :)

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 4/16/2012 11:29:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

30 comments:

  1. Eppy SafriMonday, April 16, 2012 at 11:43:00 AM GMT+8

    ai pun tergamam beb...sungguh lirih hati si IN kali ni..

    tolonglah terima wahai Najwa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 11:58:00 AM GMT+8

    bagus irfan.. hope wawa terima irfan n bg peluang pd irfan utk tebus kesilapannya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 12:25:00 PM GMT+8

    sdih la plak,,buta kan?? xpe asal irfan ad,ksilpn prlu d tebus,,to auni,cpt2 la smbung,, xsbr nk tau,, 6t ksi pjg skit ehh,, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Tie TinieMonday, April 16, 2012 at 12:28:00 PM GMT+8

    gud job Irfan...
    hope wawa x menolak..
    Irfan cuba sebaik mungkin ok.. jgn nak mengalah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 12:30:00 PM GMT+8

    Wah . Sangat terhibur . Bertanggungjawab jugak la irfan ni . Bagus2 . Ni yg sy suka . Hihi . Harap Najwa sudi kawen ngan Irfan la .

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Bell@Monday, April 16, 2012 at 12:39:00 PM GMT+8

    rs perubahan kali nie br kene ngan soul... huhu, klu sblm nie nye plot rs mcm drastik sgt... mcm tetiba je sumthink happend... btw gud job ms writer...n 1 more think... ms writer ad link x utk beli on9 karya ms, entah bila cinta bersemi, cr kat popular n mph dh lama x de stok

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 12:42:00 PM GMT+8

    best...jalan cerita yg menarik...cepat2 sambung ye tak sabar nak tunggu apakah Wawa terima lamaran Irfan Naufal???..suka sebab nama hero sama dngan nama anak saya....hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. Bell@Monday, April 16, 2012 at 12:48:00 PM GMT+8

    thx ms writer..
    perubahan plot kali nie mantap compare 2 plot sblm nie... sblm nie nye cte rs mcm drastik sgt...
    hope leh continue panjang2 sket...

    btw ms writer ad link on9 x utk beli novel entah bila cinta bersemi, cr kat popular n mph lama dh x de stok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღMonday, April 16, 2012 at 12:58:00 PM GMT+8

      sama2..thanks juga utk komen.. :)

      sy rsa baik awk order on9 dgn fajar pakeer atau beli dgn sy..kebetulan ada 1 lebih bku yg free copy :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Bell@Monday, April 16, 2012 at 6:53:00 PM GMT+8

      really... auni leh bg acc mybnk...t bella contact tru fb

      Delete
      Replies
        Reply
    3. Reply
  9. ღAuni_AmauniღMonday, April 16, 2012 at 1:00:00 PM GMT+8

    kepada semua yg sudi hantar komen..

    terima kasih daun keladi.. :)

    sayang korang ketat2.. ^^ <3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. keSENGALan teserlah..Monday, April 16, 2012 at 1:25:00 PM GMT+8

    uihh.
    tergamam jugak.
    bagus irfan bagus.
    tak hesitate untuk melamar adnin najwa.
    =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. keSENGALan teserlah..Monday, April 16, 2012 at 1:26:00 PM GMT+8

    aih.
    kita pun tergamam jugak.
    bagus irfan bagus.
    tak hesitate nak lamar adnin najwa.
    =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 4:41:00 PM GMT+8

    saye pon kelu ...t'gamam

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. nithiaMonday, April 16, 2012 at 6:21:00 PM GMT+8

    irfan harap adengan tersembunyi awak nie lebih ke arah positif ye... harap wawa dapat kembali penglihatannya... tak nak dia buta terus.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousMonday, April 16, 2012 at 7:08:00 PM GMT+8

    best gile la sis..nk lagi cpat2! =))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. MisS_SyaMonday, April 16, 2012 at 7:24:00 PM GMT+8

    wahhhhh..dh lma giler sis x update,mmang rindu bangat dgn n3 sis..thank u sis... :)

    irfan ni mmang bgus la. hrap2 adnin trime die..

    BESTTTT!!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. Aida SherryMonday, April 16, 2012 at 10:59:00 PM GMT+8

    moga irfan akan lebih bertanggungjawab.... Najwa....moga bahagia akan menjelma dlm hidupnya...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. UnknownMonday, April 16, 2012 at 11:44:00 PM GMT+8

    adnin najwa...terimelh irfan naufal tu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousTuesday, April 17, 2012 at 7:25:00 AM GMT+8

    bestnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousTuesday, April 17, 2012 at 1:05:00 PM GMT+8

    BEST

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousTuesday, April 17, 2012 at 1:07:00 PM GMT+8

    Best..!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. syazriniTuesday, April 17, 2012 at 2:51:00 PM GMT+8

    psstt! sis! smbung cpt2..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. ShadTuesday, April 17, 2012 at 6:55:00 PM GMT+8

    best2... harap sgt wawa terima.. plez terima..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousThursday, April 19, 2012 at 3:23:00 PM GMT+8

    sedihnya bila wawa merintih psl baby die..rs nak nangis je

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. 6janamFriday, April 20, 2012 at 2:05:00 PM GMT+8

    wow....one more awesome story from you...you're really talented author auni...i think this novel will get publish 2..congrats n keep it up...:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousSunday, April 22, 2012 at 3:03:00 AM GMT+8

    Mmg full of surprises lah. Tak sabar nak tunggu kemunculan novel ni. Karya auni semua mmg lain drpd novelis yg sedia ada.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 8:41:00 PM GMT+8

    mak aihhh..terkujat den!!
    syabas ir..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. AnonymousTuesday, August 21, 2012 at 8:31:00 AM GMT+8

    Fantastic tak diduga, soalan cepuk emas dari Irfan. well done writer. unexpected!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousTuesday, August 21, 2012 at 8:32:00 AM GMT+8

    Well done writer, soalan cepuk emas dari Irfan was certainly unexpected! keep up the good work please continue, tak sabar

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu