-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, March 21, 2011

Virus Vs Shuji 27

IKMAL membuka matanya. Pandangannya masih kabur namun semakin jelas kini. Dia cuba mengamati wajah seseorang yang berada di sebelah katilnya. Eh, macam muka si Virus pulak. Ikmal membesarkan matanya sedikit. Kelihatan Virus sedang tersengih-sengih memandangnya sambil mengangkat-angkat kening.

“Oi! Ikmal! Kau dengar tak aku panggil kau ni? Ni cuba kau bilang berapa jari aku yang aku tengah tunjuk pada kau ni..” sergah Virus tiba-tiba sambil menunjukkan tiga jarinya pada Ikmal, membuatkan Ikmal hampir-hampir kehilangan nafasnya. Dia mengurut dadanya seketika.

“Hisy! Kau ni kan. Kau tak nampak ke aku tengah sakit lagi ni? Baru je aku sedar ni. Ada ke patut kau sergah aku macam tu? Heeeee..” leter Ikmal dengan wajah masih terkejut. Ikmal masih memegang dadanya ketika itu. Virus tersenyum pahit. Memang tidak patut pun dia buat begitu. Mungkin dia terlalu gembira melihat Ikmal yang akhirnya sudah sedarkan diri itu.

“Ala! Sorrylah. Aku tak sengaja…” balas Virus dengan rasa bersalah. Iyalah, kata mamanya, Ikmal juga memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa dia dan Shuji.

Sepatutnya, Ikmal perlu dilayan dengan baik selepas apa yang telah lakukan terhadap dia dan juga Shuji. Virus terhutang nyawa pada Ikmal. Dan Virus juga terhutang budi pada sahabat baiknya itu kerana telah selamatkan Shuji juga.

“No problem lah..” getus Ikmal sambil mengukir senyum ikhlas. Anak matanya tiba-tiba meliar, mencari seraut lagi wajah sahabat baiknya iaitu Shuji. “Wei, Shuji mana?”

Soalan Ikmal itu benar-benar meruntun jiwa Virus. Teringat kembali bagaimana dinginnya layanan Shuji terhadapnya semalam. Virus terdiam seribu bahasa, membuatkan Ikmal terasa pelik.

“Virus! Kau okey, ke?” soal Ikmal lagi. Virus tersentak dari lamunannya yang seketika tadi. Dia memandang wajah pucat Ikmal di hadapannya.

“Aku okey aje. Terima kasihlah wei. Aku dengar mama aku cerita pasal kegagahan kau hari tu. Wah, berani jugak kau ni yer..ingatkan penakut!” Virus mengalihkan topik perbualan, sekaligus berterima kasih pada Ikmal di atas jasa-jasa lelaki itu. Ikmal tersengih-sengih bangga. Hah! Pantang kena puji sikitlah dia ni! Omel Virus dalam hati. Namun dia juga tersengih akhirnya.

“Tengoklah ini siapa. Ini Ikmal laa….mestilah aku ni gagah berani!” balas Ikmal dengan hidung yang kembang. Bangga diri. Virus tergelak-gelak kecil.

“Tapi dengan aku……kenapa kau takut sangat?” ejek Virus, ingin mengusik.

“Ala, kau tu perempuan. Takkanlah aku nak berkasar kot?” Ikmal mempertahankan diri. Virus ketawa lagi, kali ini semakin kuat. Ikmal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Apa yang kau ketawa tu, bahlul?” tanya Ikmal pelik.

“Eleh, dulu masa kau tak tahu aku ni perempuan pun kau takutkan akulah! Ala, mengaku aje yang kau tu memang takutkan aku secara semulajadinya!” Virus ketawa terkekeh-kekeh melihat Ikmal yang terpinga-pinga.

Memang benar pun, sejak mereka bertiga mula berkawan, Ikmal memang tidak berani bertelagah dengan Virus. Si Virus itu garang betul, membuatkan Ikmal banyak berdiam diri jika Virus mengamuk.

“Ala, malaslah aku nak bertekak dengan kau..” ujar Ikmal akhirnya mengalah. Virus tertawa lagi sambil mengangkat-angkat kening.

“Anyway, aku memang sangat berterima kasih kat kaulah. Kalaulah kau tak ada, aku tak tahulah apa yang akan jadi kat Shuji..” getus Virus dengan senyum pahit. Dia tidak mahu membayangkan sesuatu yang buruk menimpa insan kesayangannya itu.

“Ish, aku ni kan kawan kau orang. Takkanlah aku tak buat apa-apa kalau kau orang dalam kesusahan? Kau orang aje kawan baik aku dunia akhirat, dowh!” balas Ikmal dengan senyum simpul.

Dari luar bilik wad berkenaan, Shuji memerhatikan gelagat Virus dan Ikmal dengan hati yang berbelah bahagi. Dia takut untuk masuk dan berhadapan dengan Virus. Dia tidak mahu Virus terus berharap kepadanya. Virus berhak mendapat seseorang yang lebih layak untuk melindungi dirinya. Bukanlah seorang lelaki yang tidak berguna seperti aku ini! Bentak Shuji di dalam hati.

Ikmal menoleh ke arah pintu bilik wad berkenaan. Dari ekor matatnya, dia seperti terperasankan seseorang yang berdiri di luar sana, namun bila sahaja anak matanya terarah ke pintu berkenaan, tiada sesiapa pula yang dia nampak. Pelik, pelik! Hantu kot? Ikmal menelan liur sambil tergeleng-geleng sedikit.

“Wei, Ikmal! Sepanjang kau tak sedarkan diri..kalau apa-apa yang orang cakap pada kau, kau boleh dengar ke tak?” soal Virus tiba-tiba. Tumpuan Ikmal kini dihalakan pada Virus.

“Hmmm..entahlah. Aku pun tak tahulah. Aku macam…mimpi..tapi..bukan mimpi..entahlah!” jawab Ikmal dengan seribu kerutan di dahinya. Pelik dengan tingkah Virus pada hari itu.

“Jadinya, kau memang tak ada ingat apa-apalah?”

“Maksud kau?”

“Maksud aku..ermm..ni contohlah. Shuji datang melawat kau masa kau masih tak sedarkan diri. Lepas tu, dia cakap sesuatu pada kau. Kau dengar tak? Dan, ingat tak dia cakap apa?” soal Virus dengan mimik muka terlalu ingin tahu. Dia ingin tahu apa yang Shuji beritahu pada Ikmal. Sebab-sebab mengapa lelaki itu berubah dingin terhadapnya. Mungkin Shuji pernah beritahu Ikmal sebab musababnya.

Ikmal terdiam sambil mengerutkan kening. Dia ligat berfikir. Virus pula menanti dengan begitu sabar.

“Hmm..aku rasa, aku tak ada ingat apa-apalah! Sorry…” kata Ikmal dengan wajah bersalah. Dia nampak wajah Virus yang tiba-tiba berubah riak kecewa.

“Tak apalah kalau macam tu..”

“Eh, kau ni kenapa? Cubalah beritahu aku. Mungkin aku boleh tolong?” tanya Ikmal dengan wajah penuh semangat.

Dia tahu, mesti ada sesuatu yang sedang mengganggu jiwa Virus. Takkanlah pasal Shuji pulak? Sebab tadi tu, dia boleh bagi contoh Shuji yang bercakap dengan aku. Kenapa tidak orang lain yang menjadi sampel tu? Kenapa tidak Auntie Ros aje yang menjadi sampel? Ikmal berkata-kata di dalam hatinya.

“Aku..buntulah..” balas Virus lemah. Dia mula menguis-nguis lantai dengan selipar jepun yang dipakainya. Ikmal mengerutkan lagi dahinya. Buntu?

“Siapa yang buat kau jadi macam ni? Lemah tak bermaya aje..ni mesti pasal si Shuji, kan?” soal Ikmal dengan senyum simpulnya. Virus tercengang-cengang ketika itu. Pandai pula si Ikmal ini. Ingatkan otak masih lembab macam dulu! Sempat Virus mengomel didalam hati.

“Adeh. Pandai betullah kau ni Mal. Aku tak sangka sekarang ni otak kau cepat tangkap. Otak kau ni dah upgraded ni. Dulu lembab semacam aje. Sekarang dah brand new? Baguslah!” Virus tertawa kecil, mengusik. Ikmal menarik muka masam. Cis! Sempat lagi kenakan aku! Bebel Ikmal di dalam hati.

“Mestilah. Aku ni kan Pro!”

“Ala..pro? Iyalah tu..” getus Virus sambil menepuk bahu Ikmal, terlupa bahawa Ikmal cedera di bahu.

“HOI! Aduh!!! Sakitlah bongok! Agak-agaklah!” Ikmal mengaduh kesakitan sambil memegang bahunya yang terasa menyengat. Virus tersentak dengan wajah bersalah.

“Sorry, Mal. Aku tak sengajalah. Aku terlupa..heee..” Virus tersenyum kelat, membuat muka kera sumbang. Dia mengusap belakang kepalanya tanda rasa bersalah.

“Aduh, tak apalah. Aku maafkan. Tapi lain kali, tolonglah alert. Nampak tak bahu aku yang berbalut ni? Apalah kau ni…” getus Ikmal dengan wajah selamba. “So, apa masalah kau dengan si Shuji tu?”

Virus tersenyum pahit sambil mengeluh berat. “Hisy..aku pun tak tahulah apa yang tak kena. Dia macam..dingin..dengan aku…” balas Virus lemah. Dia memandang kakinya yang masih menguis lantai.

“Dingin? Kenapa pulak?”

“Itulah aku tak faham. Dia dingin dengan aku. Tak macam dulu…”

“Susah apa? Dia dingin, kau peluklah dia. Nanti ‘panas’ laa..” kata Ikmal sambil meledakkan ketawa kecil. Virus menjeling Ikmal tajam.

“Hisy..aku cakap serius, kau main-main pulak!” bebel Virus.

“Iyalah, iyalah. So? Layanan dia macam mana? Yang kau boleh cakap dia dingin dengan kau tu..”
“Macam ni…” Virus mula menceritakan satu-persatu bagaimana layanan Shuji terhadapnya semalam. Ikmal hanya mengangguk-angguk tanda memahami dan kemudiannya dia ligat memikirkan juga tentang sebab Shuji berkelakuan begitu.

“Hmm..nantilah aku fikir dulu lepas aku dah bercakap dengan Shuji nanti. Kau banyak-banyakkanlah bersabar, ya?” pesan Ikmal dengan rasa kasihan. Virus mengangguk lemah.




SHUJI duduk di kerusi bersebelahan katil Ikmal. Sahabatnya itu kelihatan sedang memakan buah limau yang sudah dikopek kulit. Mungkin jururawat yang membantu mengopeknya.

“So, what’s up? Kau dah sihat? Sorrylah aku menyusahkan kau. Kan dah terbaring kat hospital ni. Sepatutnya aku yang berada di tempat kau, Mal..” getus Shuji dengan wajah bersalah.

“Alamak! Kau ni. Touching-touching pulak. Aku okeylah. Tak nampak ke ni? Aku dah sihatlah! Thanks sebab sudi dermakan darah kau untuk aku!”

“Ala, kau dah tolong selamatkan nyawa aku dan Virus. Mestilah aku tolong selamatkan nyawa kau juga. Tapi, kalau bukan sebab kau selamatkan kita orang pun, aku dermakan juga darah aku ni pada kau. Jika itu yang dapat buat kawan aku terus hidup..” balas Shuji sambil tersenyum kelat. Dia teringatkan Virus. Tidak tahulah apa bakal terjadi jika Ikmal tidak muncul menyelamatkan mereka.

“Aduh..ni yang aku rasa nak menangis ni. Kau ni kan. Janganlah cakap macam tu. Aku ni, walaupun penakut..aku takkan biarkan kawan-kawan aku diperapa-apakan tau? Ingat tu..dan terima kasih sebab jadi kawan aku..” kelopak mata Ikmal seakan mahu berair, namun ditahan sebolehnya. Dia terharu.

“By the way, doktor ada cakap bila kau boleh balik?”

“Dalam masa dua hari lagi, lepas result penuh keluar nanti. Tadi dia orang ada imbas bahu aku ni. Doktor cakap, insyaAllah okey..tak ada apa-apa masalah..” jawab Ikmal dengan senyum kecil.
“Oh, baguslah kalau macam tu!”

“Ya..memanglah. InsyaAllah takkan ada apa-apa pada hero macam aku ni..” Ikmal tergelak-gelak apabila Shuji membuat mimik nak termuntah.

“Yalah. Kaulah hero aku dan Shuji!” kata seseorang. Macam suara si Virus aje? Shuji menoleh. Memang Viruslah yang sedang berdiri tegak sambil memegang sebuah beg plastik berisi buah-buahan. Bila masa pula dia masuk? Shuji menelan liur.

“Adess..buah-buahan lagi? Aku dah mual makan buah hari-hari. Tak ada benda lain ke? Bawalah burger ke, hot dog ke..ini balik-balik, buah jugak!” leter Ikmal dengan wajah menyampah apabila Virus menghulurkan plastik berisi buah-buahan itu kepadanya.

Shuji hanya mengambil sikap berdiam diri. Tidak mahu bersuara walaupun sedikit. Dia mula kekok dengan kedatangan Virus. Ikmal dapat melihat sikap Shuji yang terlalu ketara di hadapannya itu.

Virus duduk bersebelah Shuji, berdekatan dengan kepala katil.

“Shuji, boleh tak kau ambil buah tu sekejap. Tu..” Ikmal mula bersuara memecahkan keheningan antara mereka. Mulutnya terjuih ke arah meja berdekatan Virus. Sengaja dia tidak menyuruh Virus yang tolong ambilkan. Dalam kepala otaknya, dia merencanakan sesuatu buat Shuji dan Virus.

“Suruhlah Virus. Dia kan dah dekat?” ujar Shuji dengan wajah pelik.

“Ala, aku nak kau juga yang ambilkan. Takkanlah tak boleh?” Ikmal buat muka kasihan. Shuji mencemik lalu bangun, ingin mengambil buah yang dipinta Ikmal.

Untuk ke meja tersebut, Shuji terpaksa berhimpit dengan Virus kerana jarak antara katil Ikmal dengan katil pesakit lain di sebelah mereka sungguh dekat.

Virus dapat merasa panasnya tubuh Shuji yang mengenai bahunya. Helaan nafas lelaki itu terlalu dirinduinya. Jiwa Virus berdebar-debar, begitu juga Shuji.

“Hisy! Virus, kau tolong ambilkanlah! Mengada-ngada betullah si Ikmal ni!” ucap Shuji tiba-tiba, lalu duduk semula ke kerusinya. Virus terpinga-pinga sendirian, tersentak dari belaian perasaan sendiri.

“Hoi, aku nak kau yang ambilkanlah. Kau tak sayangkan aku, ke?” Ikmal bersuara lagi, meminta belas kasihan Shuji namun tidak dipedulikan. Shuji takut dengan perasaannya tadi. Dia lemah jika bersentuhan dengan Virus.

“Ala! Sama aje kalau Virus yang ambilkan. Oi, Virus! Bongok! Ambilkan buah tu untuk Ikmal…heeee…” bentak Shuji tiba-tiba.

Bahasa kasar yang digunakan oleh Shuji sedikit sebanyak meremukkan lagi hati Virus. Apa? Dia panggil aku bongok? Oh, dia nak mulakan peperanganlah ni? Okey! Virus mula keraskan hatinya yang tadi begitu remuk.

“Oi, kau tak dengar ke? Atau kau ni pekak, Shujing oi? Ikmal suruh kaulah! Bukannya aku! Dahlah, sekarang ni kau pergi ambil. Aku keluar dululah. Nak balik rumah. Duduk sini lama-lama tatap muka kau boleh bikin nak termuntah..” balas Virus dengan wajah mencuka.

Merah padam mukanya menahan rasa yang berkecamuk. Marah, kecewa dan sakit hati. Semuanya kini menjadi satu perasaan yang tidak menyenangkan hatinya. Ingin sahaja dia cepat berlari dari situ.

Shuji berasa bersalah memperlakukan Virus seperti itu. Dia menunduk sambil memandang kakinya. Perasaanya sayu. Ikmal pula hanya mengambil sikap berdiam diri, masih terkejut dengan kemarahan Virus yang tiba-tiba tadi. Jauh di sudut hatinya, dia malas mahu campur tangan di dalam perbalahan Shuji dan Virus. Mungkin apabila kedua-duanya sudah ‘cool down’, mereka akan ceritakan kepadanya tentang apa yang menyebabkan mereka jadi begitu.



*p/s : maaf sbb dah lama tak buat n3 VVS ni...dulu tersangat la busy ngan study..dah abes belajar ni..hehe skrg n3 dah ada balik...enjoy~ ^^V

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 3/21/2011 11:59:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

6 comments:

  1. keSENGALan teserlah..Tuesday, March 22, 2011 at 12:16:00 AM GMT+8

    huaaaa.
    sedih ni.
    ingat2 lupa dah cite ni.
    sambung lagi sis.

    geram betul ngan shuji.
    kate sayang virus, ape buat cmtu.
    sob sob.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღTuesday, March 22, 2011 at 1:03:00 AM GMT+8

    ades..

    sorry la..lama sgt2 menyepi..haha :)

    skrg da bukak balik.. ^^

    insyaAllah ada n3.. :)

    ala, xlama shuji tu nk jauh2 dr virus..tgk suda..mana dpt tahan..wahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousTuesday, March 22, 2011 at 1:37:00 AM GMT+8

    huahhhhhhhhhh.

    gile betul si shujing ni..! dush2!

    kesiannya virus. ish3!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. MisS_SyaTuesday, March 22, 2011 at 1:45:00 AM GMT+8

    alorhhh....napela shujing niiiiii..
    eh,sis lamanya xnampak..rindunyaaa..
    ahahaha nasib bek dah muncul kembali...mmg cerita ni,sya pn dah igt2 lupa....ades! =P
    xpelah yg penting sis sudah kembali!!!
    BEST! sambung2... =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ;;PEACETuesday, March 22, 2011 at 5:13:00 AM GMT+8

    cian nyer ky virus 2h,,cpat la smbung.,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Hijaukan Bumi KitaTuesday, March 22, 2011 at 10:25:00 AM GMT+8

    adooooiiiii,,cepat2 sambung pliss...
    best la, thumbs up =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu